web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ernie Zakrie Hargai Pengorbanan Syamel Dalam ‘Korban’ 

Banyak pengorbanan telah Syamel lakukan sebagai suami serta bakal bapa termasuklah berdepan keadaan arwah ibunya yang sedang tenat di hospital pada saat Ernie berbadan dua. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 5:37PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam pada sarat hamil lapan bulan dan berdebar menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Syamel, penyanyi bersuara emas, Ernie Zakrie masih sempat mencuri masa menghasilkan lagu ‘Korban’ yang juga ciptaannya sepenuhnya. 

“Saya rakam lagu ini ketika kandungan berusia tujuh bulan dan ia ditujukan khas buat insan-insan tersayang dalam hidup saya terutama suami tercinta. 

“Konsep lagu ini memang kena dengan situasi yang saya lalui ketika hamil sama ada sudut emosi mahupun fizikal. 

“Banyak pengorbanan telah Syamel lakukan sebagai suami serta bakal bapa kepada anak kami termasuklah berdepan dengan keadaan genting arwah ibunya tenat di hospital, manakala saya pula pula berbadan dua. 

“Bayangkan perasaan dia (Syamel) ketika berhadapan dengan itu, tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata,” kata Ernie.

Ernie turut memaklumkan, baru-baru ini dia dihadiahkan pula dengan kejutan majlis baby shower dan doa selamat oleh Syamel.

“Saya terharu kerana kedua-dua majlis itu dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman-teman rapat,” katanya. 

Sambung Ernie lagi, pengorbanan pasangan dalam menjaga hubungan memang sangat penting. 

“Sama ada dalam keadaan susah mahupun senang atau dalam situasi yang rapuh sekalipun, ia harus dihargai biarpun tidak terungkap dengan kata. Itulah yang cuba saya gambarkan menerusi lagu ini,” katanya. 

Masih mengetengahkan genre balada pop yang sering dialunkan Ernie sebelum ini, ada unsur dramatik diselitkan sesuai dengan ‘jiwa’ lagu tersebut.

“Kalau pendengar hayati melodinya, agak melankolik, sama seperti lagu ‘Gundah’ yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Namun, ia bukanlah bernuasa sedih tetapi lebih kepada perasaan terharu terhadap pengorbanan yang diberikan.

“Saya hanya mengambil masa selama satu jam lebih untuk merakamkan lagu ini kerana mudah apabila lirik, melodi dan komposisinya hasil ciptaan saya sendiri.

“Namun, pengalaman paling menarik sudah tentu merakamkan single ketika hamil di Studio Kharisma di Petaling Jaya. Syukur saya berjaya melunaskan tugas ini.

“Ini merupakan projek terakhir saya sebelum melahirkan anak dan cuti berpantang selama 60 hari, semuanya bergantung kepada keadaan," katanya. 

Ernie mengakui berdebar menanti kelahiran zuriatnya dan ia lebih dirasakan apabila lagu nyanyiannya, 'Boneka' berjaya mara ke pertandingan muzik tahunan berprestij tanah air, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.

“Syukur Alhamdulillah, saya anggap ia rezeki dan tentang kelahiran anak pula dalam berdebar saya teruja.  

“Segala kelengkapan bayi telah kami sediakan sebaik mungkin.Saya pohon doa daripada semua agar semuanya selamat dan baik-baik saja,” katanya. 

Lagu 'Korban' sudah boleh dinikmati melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer pada hari ini. 

Manakala video lirik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network juga bermula hari ini. - Getaran, 18 Februari 2022

Gambar: Rocketfuel Network 

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN