web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


India Berduka Kehilangan 'Ratu Melodi' Lata Mangeshkar

Belasungkawa. India meratapi kematian penyanyi legenda Bollywood Lata Mangeshkar yang menawan hati pencinta muzik generasi demi generasi tanpa mengira usia.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 10:12AM

Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

India pada Ahad meratapi kematian penyanyi legenda Bollywood Lata Mangeshkar yang menawan hati pencinta muzik generasi demi generasi tanpa mengira usia.

Mangeshkar meninggal dunia di Mumbai selepas beliau dimasukkan ke hospital bulan lalu kerana dijangkiti COVID-19.

Penyanyi latar legenda berusia 92 tahun itu merupakan pendukung utama lagu-lagu dalam filem India, merakam ribuan lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, bahasa ibundanya Marathi dan Benggali, dalam kerjayanya yang menjangkau tujuh dekad.

Mangeshkar terkenal kerana fleksibilitinya dalam nyanyian dan menerima penghormatan sebagai 'Ratu Melodi' India.

"Saya kehilangan kata-kata. Lata Didi yang baik hati dan penyayang telah meninggalkan kita. Kehilangan beliau, tiada ganti buat negara kita," kata Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapan takziahnya.

"Generasi akan datang akan mengingatinya sebagai seorang yang setia kepada budaya India, suara merdunya yang tiada tandingan telah memukau orang ramai," katanya.

Kesihatan Mangeshkar telah merosot dan beliau bergantung kepada bantuan ventilator di Hospital Breach Candy, menurut laporan.

Beliau menjalani "terapi agresif", kata doktor Pratit Samdani dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Merupakan anak sulung daripada lima beradik, Mageshkar dilahirkan di Indore di tengah India, pada 1929 dan kemudian berpindah ke Mumbai (dikenali sebagai Bombay) ketika remaja.

Beliau belajar muzik klasik sejak kecil daripada bapanya dan kemudian berguru dengan tokoh-tokoh dunia muzik seperti Ustad Aman Ali Khan Bhendibazarwale dan Ustad Amanat Khan Devaswale.

Perjalanan karier dalam nyanyian filem bermula selepas beliau mula bekerja dengan Ghulam Haidar, pengarah muzik terkemuka pada zaman itu.

Beliau mula menonjol dalam bidang nyanyian khasnya melalui filem 1948 Majboor dan kejayaan dalam filem itu membuahkan hasil untuk lagu-lagu berikutnya.

Mangeshkar menyumbang suaranya kepada lagu-lagu kebaktian, romantis dan patriotik yang tidak terkira banyaknya dan menjadi popular melalui rangkaian radio dan televisyen nasional India.

Kemajuan dalam teknik penghasilan filem dan muzik serta Internet terus membawa kemasyhuran buat dirinya ketika beliau turut menyaksikan peralihan generasi demi generasi di Bollywood.

Adiknya Asha Bhosle yang berusia 88 tahun juga merupakan penyanyi latar terkenal.

 Mangeshkar menerima beberapa anugerah kebangsaan terkenal di negara itu, termasuk penghormatan awam tertinggi Bharat Ratna pada tahun 2001.

Beliau menetap di kawasan Pedder Road, kejiranan yang kaya di Mumbai, ibu kota Maharashtra dan hab pembikinan filem India, dan pemergiannya amat dirasai di situ.

"Patah hati, tetapi bersyukur kerana pernah mengenali dan mencintai jiwa yang luar biasa ini," tulis pelakon filem Anil Kapoor dalam ciapan tweetnya.

Ketua Menteri Maharashtra, Uddhav Thackeray menyifatkan kematiannya sebagai pengakhiran satu era.

Mangeshkar akan diberikan penghormatan pengebumian negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN