web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelakon, Pengarah Dan Penolong Pengarah Didenda Miliki, Ambil Dadah

Pelakon drama dan filem serta dua yang lain didenda oleh Mahkamah Majistret di Kuala Kangsar hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dan mengambil dadah, Oktober tahun lepas.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 6:25PM

Pelakon Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 29, keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Kangsar hari ini. Gambar: Rozainah Abdul Rahim, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon drama dan filem serta dua yang lain didenda oleh Mahkamah Majistret di Kuala Kangsar hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dan mengambil dadah, Oktober tahun lepas.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menjatuhkan hukuman denda RM4,000 masing-masing terhadap pelakon Muhamad Niezam Mohd Zaidi, 29 dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail, 48, manakala denda RM3,800 terhadap pengarah Mohd Latiff Zami, 50, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan yang dibacakan secara berasingan.

Mohd Shazmeer turut memerintahkan Muhamad Niezam dan Saiful Zaidrin menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun, manakala Mohd Latiff selama tiga tahun.

Mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan, jika mereka gagal membayar denda. Mereka membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan pindaan, Muhamad Niezam dan Mohd Latiff masing-masing didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 0.60 gram dan 0.20 gram di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri 2 di sini kira-kira pukul 7.15, 10 Oktober 2021.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Saiful Zaidrin pula didakwa memiliki 0.03 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine di tempat, tarikh dan masa sama, mengikut Seksyen 12(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka turut didakwa memasukkan dadah jenis THC dan methamphetamine ke dalam badan di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar antara pukul 9.50 hingga 10.05 pagi hari yang sama.

Untuk kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syuhada Muhammad Lutfi manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Hennie Soraya Hanafi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Sebelum ini, dilaporkan kesemua mereka ditahan di lokasi penggambaran di sebuah rumah inap desa di taman berkenaan.

Muhamad Niezam sebelum ini terkenal dengan lakonan dalam filem ‘Budak Pailang’ dan ‘Highland Tower’, selain drama seperti ‘Diari Platun’, ‘Dewi Lasak’ dan ‘Mencintaimu’. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 17 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

3

Semasa 5 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN