web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahun Baharu, Hidup Baharu. Tahniah Buat 3 Pasangan Selebriti Ini!

Getaran ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu buat kesemua pasangan pengantin. Semoga kekal dan bahagia sehingga ke anak cucu.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 6:28PM

Gambar: Instagram Faridism Production, Mahadi BZ, Shikin Gomez

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah al-Quran, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi selamat bergelar isteri kepada pengasas dan Presiden AUF MBZ Consortium, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Majlis akad nikah tersebut berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pagi tadi. Menerusi hantaran video Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.

"Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik," katanya.

Pendakwah bebas, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff dalam hantaran Instagramnya juga turut mengucapkan tahniah atas pernikahan Heliza dan pasangannya.

"Tahniah kedua adinda saya kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

"Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya," ujarnya. 

Ramai warganet juga mengucapkan tahniah buat Heliza dan pasangannya di ruangan komen Instagram.

Para peminat turut berkongsi kegembiraan dan berdoa agar hubungan mereka kekal sehingga Jannah serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. 

Selain Heliza, penyanyi Muhammad Azzammuddin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham juga turut melangsungkan pernikahan bersama Sheryl Shazwanie di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan hari ini, selepas dua tahun menyulam cinta. 

Untuk pengetahuan semua, Azzam dan Sheryl Shazwanie telah bertunang pada hari kelahiran Sheryl yang ke-24 bulan September 2021 yang lalu.

Dilihat pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berona krim menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh Azzam.

Perkongsian video tersebut juga mendapat lebih 84 ribu tontonan dan dibanjiri ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis serta para peminat di ruangan komen yang turut menumpang kebahagian mereka bersama pasangan ini.

Turut meraikan hari bahagia ialah model Shikin Gomez yang kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Rami Aladdin. Perkongsian tentang pernikahan itu di kongsikan lewat beberapa hantaran Instagram Story dan Reel di profil rasminya.

Shikin kelihatan anggun mengenakan busana putih yang ringkas ciptaan Rizman Ruzaini untuk hari istimewanya. Malah kelihatan manis dan ‘glowing’ dengan hasil solekan semula jadi oleh juru solek terkenal, Ahmad Dani.

Empat tahun lalu, Shikin Gomez hanyalah menjadikan dunia peragaan sebagai kerja sambilan dan menolong menggayakan rekaan rakannya.

Siapa sangka nasibnya berubah apabila Shikin hampir membawa pulang gelaran juara Asia Next Top Model.

Model yang berdarah campuran Melayu dan India ini juga pernah bertanding dalam pertandingan Malaysia Supermodel Search pada tahun 2015.

Getaran ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu buat kesemua pasangan pengantin. Kami doakan agar semuanya kekal dan bahagia sehingga ke anak cucu. - Getaran, 1 Januari 2022

Isu Pada

Siti Nurhaliza – Kejora Hati Kita

01 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pengampunan Diraja Wajar Diberi Kepada Banduan Dadah, Buka Lembaran Baharu Kehidupan

2

Gaya 3 tahun yang lalu

Membanggakan! Model Kelahiran Malaysia, Shikin Gomez Dipilih Untuk Berjalan Di Pertunjukan Fesyen Dior

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tahun Baru, Kabinet Dapur Baharu - Cadula Perkenal Banyak Model Baharu Yang Moden

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.