web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berbaloi Potong Rambut, Fify Azmi Menang Pelakon Wanita Harapan FFM31

Pengorbanannya untuk memotong rambut pendek demi watak sebagai Zain dalam filem 'Wira' berbaloi apabila Fify Azmi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 1:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengorbanannya memotong rambut pendek demi watak sebagai Zain dalam filem Wira berbaloi apabila Fify Azmi dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, berkata sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sama sekali memotong pendek rambutnya, namun segala-galanya dilakukan demi memenuhi tuntutan watak dalam filem Wira

“Saya rasa bahagian paling susah sekali dalam filem ini adalah apabila saya terpaksa memotong rambut pendek kerana saya tidak pernah berambut pendek sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Harapan, kata Fify dia sama sekali tidak menyangka akan membawa pulang trofi pada malam itu kerana merasakan pesaing terdekatnya iaitu Mimi Lana yang akan menang.

“Saya ingatkan Mimi Lana yang akan menang kerana dia sangat bagus dan layak untuk menang. Begitu juga dengan calon-calon yang lain.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada mereka yang tercalon kerana pada saya mereka memang layak untuk menang,” ujarnya.

Sebagai salah seorang peserta dari program Pencarian Dewi Remaja 2014/2015, langkah Fify sebagai pelakon dilihat agak lambat berbanding peserta-peserta seangkatan dengannya.

Kata Fify sebelum ini dia banyak menumpukan perhatian pada kerja dalam bidang pengacaraan.

“Saya pun baru sahaja berjinak dalam bidang lakonan lebih kurang dua tahun. Filem Wira adalah yang pertama. Sebelum ini saya banyak buat kerja belakang tabir dan pengacaraan.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan peluang untuk saya menerokai bidang lakonan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fify kini terlibat dengan sebuah drama aksi berjudul Jefri Zain arahan pengarah terkenal Datin Paduka Shuhaimi Baba. - Getaran, 12 Disember 2021

Gambar : Ihsan FFM31

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bintang Tinju MMA Amber Leibrock Peluk Islam, Percaya Islam Beri Ketenangan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

McGregor Berpelukan Dengan Khabib, Drama Apakah Ini?

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Blake, Bersemadilah Dengan Tenang

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN