web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang Tinju MMA Amber Leibrock Peluk Islam, Percaya Islam Beri Ketenangan

Amber memilih memeluk Islam dan melafazkan syahadat di Pusat Komuniti Muslim, East Bay, California, Amerika Syarikat.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 12:13PM

Kisah Amber Leibrock yang dikongsi media tempatan. gambar Instagram amberleibrock_mma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agak mengejutkan ketika menerima berita mengenai atlet atau peninju wanita Seni Bela Diri Campuran (MMA), Amber Leibrock bahawa dia sudah memeluk Islam sejak Julai lalu. Memang benarlah sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa pun dalam pelbagai cara.

Difahamkan, keputusan Amber untuk memeluk Islam dan melafazkan syahadat di Pusat Komuniti Muslim, East Bay, California, Amerika Syarikat itu bermula, selepas seorang jurulatihnya, Mujeeb Hameed berkongsi mengenai keindahan Islam.

Amber Leibrock ketika beraksi dalam saingan MMA.
Amber Leibrock ketika beraksi dalam saingan MMA.

Menurut laporan The Neutra, Amber, 35, amat bersyukur dan mendapat ketenangan selepas memahami mengenai Islam.  Berbanding sebelum ini, beliau sering menganggap dirinya berada dalam kegelapan setiap kali tamat perlawanan.

“Selepas tamat perlawanan, beberapa perkara peribadi berlaku dalam diri saya. Saya rasa seperti dalam kegelapan dan kehilangan. Saya hanya meminta tuhan untuk membantu penuhkan hati dan puaskan jiwa saya,” katanya.

gambar Instagram amberleibrock_mma
gambar Instagram amberleibrock_mma

Sementara itu, mentornya, Mujeeb Hameed memaklumkan bahawa setiap kali perlawanan dia berpesan kepada Amber untuk sabar, bertoleransi dan percaya bahawa tuhan akan sentiasa membimbing serta bersamanya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Amber berkongsi penampilan terbaharunya dengan memakai tudung dan memaklumkan bahawa perjalanan hidupnya yang begitu rumit sebelum ini berjaya mendekatkan dirinya kepada Allah.

“Beberapa bulan lepas telah mengubah hidup saya. Saya telah mengalami beberapa pasang surut. Semuanya membawa saya ke jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari agama saya,” ujarnya.

Amber Leibrock, bintang tinju MMA.
Amber Leibrock, bintang tinju MMA.

Tambahan pula, dia percaya masa yang diberikan kepadanya adalah milik Allah SWT dan beliau tidak sabar untuk menerokai dunia Islam dengan lebih mendalam.

“Ia bukan masa saya tetapi masa Allah SWT dan saya percaya sepenuh hati kepadaNya. Ia adalah tahun yang menakjubkan dan ia masih belum berakhir. Saya tidak sabar-sabar untuk segala-galanya yang disediakan untuk saya, Alhamdulillah!” tambahnya.

Amber Leibrock adalah peninju yang bertanding dalam bahagian Featherweight di bawah Liga Peninju Profesional (PFL). - Getaran, 7 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

McGregor Berpelukan Dengan Khabib, Drama Apakah Ini?

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dr Zaliha ‘Berat Hati’ Tandatangan Pengecualian Nikotin Daripada Akta Racun – MMA

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perlu Pelan Unjuran 5 Hingga 10 Tahun Selesai Isu Petugas Kesihatan

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN