web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yakin Ada Hikmah, Daiyan Trisha Positif COVID-19

Selebriti popular, Daiyan Trisha merupakan mangsa terbaharu virus COVID-19 selepas disahkan positif dan dipercayai dijangkiti oleh salah seorang kontak rapat di set penggambaran.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 5:45PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya virus COVID-19 masih lagi bermaharajalela di bumi kita. Terbaharu selebriti popular, Daiyan Trisha, 28, pula menjadi mangsa virus jahat ini selepas disahkan positif.

Penyanyi lagu 'Penat' itu telah membuat pengumuman tentang status kesihatannya di akaun media sosial dengan mendedahkan bahawa dia kini dijangkiti virus COVID-19.

“Dengan berat hati saya ingin memberitahu bahawa saya telah disahkan positif COVID-19. Saya merupakan kontak rapat dengan seseorang di dalam set penggambaran yang turut positif,” tulisnya.

Menurutnya lagi, pada mula dia mendapat tahu kontak rapat itu positif, dia telah membuat ujian saringan COVID-19, tetapi keputusannya negatif.

“Tapi saya rasa tak sedap badan dan perlu menghadiri beberapa buah acara. Jadi saya sekali lagi membuat ujian saringan dan keputusan kali ini adalah positif,” kongsinya.

Sejak disahkan positif, Daiyan menjalani sesi kuarantin kendiri di rumah. Penggambarannya juga telah menghentikan operasi selama 10 hari untuk menjalani tempoh kuarantin.

Mengulas lanjut mengenai tahap kesihatannya, kata Daiyan dia hanya mengalami simtom biasa seperti migrain, sakit tekak dan berat kepala.

“Alhamdulillah saya masih baik-baik sahaja. Saya ingin memohon maaf kepada semua yang telah menjadi kontak rapat saya. Tolong buat ujian saringan secepat mungkin dan saya benar-benar mohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku.

“Doakan Daiyan cepat pulih dan dapat kembali bekerja kerana saya suka bekerja. Mungkin ini sahaja cara untuk saya akhirnya dapat berehat. Daiyan bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” tulisnya.

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai rakan-rakan selebriti serta netizen yang memberikan kata-kata semangat buatnya dan mendoakan agar Daiyan segera sembuh. - Getaran, 5 Disember 2021

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nama Tersenarai Dalam Kempen Blockout2024, Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Sumbangan Kepada Palestine

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN