web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nora Selamat Bergelar Isteri Lagi

Penyanyi Nora Ariffin telah pun diijabkabulkan bersama seorang pensyarah universiti yang bernama Dr. Rushdi Ramli dalam suatu majlis tertutup.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 11:30AM

Gambar: Instagram @itsnoraariffin

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan ahli perniagaan Datuk Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin atau lebih mesra dengan nama pentas Nora Ariffin telah pun diijabkabulkan bersama seorang pensyarah universiti yang bernama Dr. Rushdi Ramli dalam suatu majlis tertutup.

Nora bertemu jodoh dengan Rushdi selepas lebih empat tahun pemergian arwah suaminya, Johan Nawawi yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung pada 24 Mac 2017. Apa yang menarik, Rushdi merupakan sahabat baik arwah Johan sejak kecil lagi.

Berita pernikahan ini telah dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu ‘Interlud’, ‘Di Persimpangan Dilema’ dan ‘Naluri’ ini di platform media sosial miliknya. 

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. 

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja. Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan. 

“Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang  telah ditentukan.

“Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan. Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya termasuk  peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati dan diredai Allah SWT dunia akhirat.



“Buat keluarga, saudara-mara sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan-rakan media dan  semua yang  telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan dah  nasihat pada saya selama ini, Allah saja yg mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” katanya. 

Nora yang sudah 29 tahun menceburkan diri sebagai penyanyi rakaman, telah menghasilkan lima album iaitu Sandiwara (1994), Debaran (1995), Naluri (1996), Kirana (2000), Nora Nora (2002) dan Hikmah (2012). 

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Datuk Nora dan pasangannya. - Getaran, 3 Disember 2021

Gambar: Ihsan Nora Ariffin

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Ugut Bunuh PM Ditahan, Dakwa Tersalah Cakap - Polis Kedah

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN