web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haqiem Rusli Kini Milik Anis Sofea

Dengan dua kali lafaz, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada Anis Sofea ,19, di majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid di Cyberjaya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 4:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebentar tadi, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, telah sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dengan dua kali lafaz.

Majlis yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya kira-kira jam 3.40 petang ini menyaksikan pasangan muda ini dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan dengan disaksikan bapa pengantin wanita, Wan Zamzuri Wan Muhammad.  

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem bin Rusli menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima kepada Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri. 

Kedua-duanya segak dalam busana pernikahan berwarna kelabu rekaan pereka fesyen, Razman Razmi.

Pasangan sama cantik sama padan ini memanjat kesyukuran apabila hari bahagia mereka berjalan dengan lancar dan diraikan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri kira-kira 20 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan rapat dan media mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial seperti mana ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4. 

Majlis akad nikah ini turut disiarkan menerusi Instagram Live di akaun Instagram rasmi Haqiem Ruli dan telah disaksikan lebih 23,000 penonton.

Haqiem dan Anis telah memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan dan resepsi secara tertutup bertemakan 'Wedding in the Sky' atau 'Raikan Cinta di Langit Asmara' bertempat di skyGlass Cyberjaya.

Cincin pasangan mempelai serta mas kahwin digubah indah.
Cincin pasangan mempelai serta mas kahwin digubah indah.

Busana resepsi pula mendapat sentuhan pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini. Majlis perkahwinan ini  dianggarkan bernilai RM7 juta kerana turut mendapat tajaan dari jenama barangan kemas terkenal Habib.

Semalam Haqiem sempat memuatnaik sebuah status di Instagram Story memohon maaf kepada kenalan yang tidak diundang kerana mengikut SOP,

Sepanjang minggu ini tular berita mengenai perkahwinan Haqiem selepas dia membuat pengumuman akan bernikah pada 19 November sewaktu mengambil trofi kemenangan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 malam Sabtu lalu. 

Kisah mengenai isterinya yang berasal dari Kelantan turut tular di media sosial kerana baru berusia 19 tahun dan merupakan rakan kongsi niaga Haqiem. 

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Haqiem dan Anis. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga. - Getaran. 19 November 2021

Gambar: Instagram @aqoimran

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sarat Hamil Tapi Positif Ganja, Wanita Dan Suami Ditangkap Bawa 10KG Dadah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Selepas Bertengkar Dengan Isteri Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN