web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Nynaa Harizal Failkan Permohonan Nusyuz, Sedia Maafkan Isteri

Kontroversi yang melanda rumah tangga pelakon baru, Nynaa Harizal kini berlarutan hingga ke mahkamah apabila suaminya memfailkan permohonan nusyuz.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 12:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suami kepada pelakon yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2019, Nynaa Harizal memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Khamis. 

Permohonan itu difailkan plaintif, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal , 25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.

Menerusi permohonan itu, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka dan mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Nynaa dan Fahmi ketika meraikan ulang tahunnya Oktober lalu.
Nynaa dan Fahmi ketika meraikan ulang tahunnya Oktober lalu.

Fahmi ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersedia menerima dan memaafkan isterinya.

"I love you sayang. Saya tahu awak berada dalam tekanan. Saya rasa sangat kasihan dengan awak. Saya harap awak kuat. Tolong doa dan berzikir kepada tuhan. Saya sentiasa ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat," katanya

Sementara itu, bapa kepada Nynaa iaitu Harizal Hashim, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu.

Tertuduh yang juga seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, Harizal didakwa menakutkan Mohamad Nur Usry Mohd. Yusoff, 25, dengan mengeluarkan sepucuk pistol jenis CZP-07.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan U13/25J, Jalan Setia Perdana, Alam Nusantara, Setia Alam pada pukul 1.40 pagi pada 2 November lalu. - Getaran, 12 November 2021

Foto: Instagram @nynaaharizal___

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas Pesawat Di Bandar Elmina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada 5 Bukti Malaysia Kini Di Kedudukan Terbaik - Fahmi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Guna Jentera Kerajaan Berkempen Untuk Parti Politik - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN