web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kepada Pembuli Di Media Sosial, Bermuhasabahlah Diri” - Shalma Eliana

Pelakon Shalma Eliana merasakan sikap warganet yang suka mengecam dan membuli di media sosial wajar dihentikan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 2:28PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja buli, kita semua tahu bagaimana dahsyatnya ia boleh mencengkam kehidupan seseorang. Ia begitu menyeramkan serta meninggalkan trauma seumur hidup, sehingga ada yang sanggup memilih bunuh diri kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan. 

Kesakitan dibuli tidak hanya dilihat dari segi fizikal, tapi ia juga boleh mencederakan mental.

Media sosial tidak hanya menjadi platform perkongsian hidup, malah menjadi medan buli yang selalunya dihadapi oleh mana-mana individu. Artis dan selebriti juga tidak ketinggalan melaluinya. 

Pelakon Shalma Eliana merasakan sikap warganet yang suka mengecam dan membuli di media sosial wajar dihentikan. 

“Sesiapa yang membuli di media sosial, saya harap mereka dapat muhasabah balik setiap perkara yang mereka telah lakukan. 

“Ya, kita faham mengapa seseorang itu menjadi pembuli. Boleh jadi mereka trauma atau ada masalah keluarga.

“Tapi kita tidak boleh meletakkan beban kepada orang lain. Jangan kerana kita tidak gembira dengan perkara yang sedang kita alami, kita melepaskan kemarahan dan tekanan itu kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di sidang media filem Dendam Penunggu baru-baru ini. 

Turut berkongsi pengalaman ialah pelakon Ismail Izzani yang pernah dibuli dan diviralkan di media sosial. 

“Saya tak buli orang, tapi saya pernah dibuli. Buli sebenarnya sudah wujud sejak generasi dahulu lagi. Cuma dulu mungkin mereka menggunakan kekerasan fizikal. Kini, buli banyak dilakukan menerusi media sosial,” kongsinya.

Shalma dan Ismail Izzani masing-masing merupakan pelakon utama untuk Dendam Penunggu yang bakal disiarkan secara eksklusif di Tonton Cinema, 5 November ini.

Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka.

Melakonkan watak Zul, seorang remaja lelaki yang pertama kali tinggal di asrama kerana keluarganya mengalami masalah, Ismail merasakan wataknya ada kaitan dengan kehidupan peribadinya,  membuatkan pelantun lagu ‘Bidadari’ itu tidak kekok menjiwai watak tersebut.

Memandangkan hubungan barisan pelakon sangat akrab, masing-masing merasakan pengalaman sepanjang penggambaran filem seram yang memakan masa selama lapan hari ini sangat menyeronokkan. Pendek kata, mereka semua tidak perlu bersusah-payah untuk mencari keselesaan antara satu sama lain. 

Turut menjayakan filem tersebut ialah Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Ahmad Adly, Shasha Abedul, Sherry Alhadad, Hasnul Rahmat dan Amerul Affendi.

Filem ini bakal disiarkan menerusi platform Tonton Cinema yang berkonsepkan catch-up TV. Ia menawarkan pelbagai filem menarik untuk ditonton dengan cara yang paling selesa. 

Penonton boleh memilih kandungan yang ingin ditonton, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mereka boleh menggunakan aplikasi Tonton yang tersedia untuk telefon dan TV pintar serta di laptop.

Anda juga boleh melayari laman sesawang Tonton Cinema untuk menonton sajian filem menarik dengan harga serendah RM1.90. - Getaran,1 November 2021

Gambar: Tonton Cinema

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Pemandu Tular Tumbuk Lelaki Di Jalan Raya Ditahan

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Doktor Pakar Antara 5 Didakwa ‘Pembuli’ HPP, Tidak Digantung Tugas - Khairy

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN