web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doktor Pakar Antara 5 Didakwa ‘Pembuli’ HPP, Tidak Digantung Tugas - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 2:13PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan lima nama doktor yang didakwa sebagai ‘pembuli’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut membabitkan doktor pakar.

Katanya, beliau sudah melihat sendiri nama kelima-lima doktor terbabit yang diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Ya (dah tengok). Buat masa ini, apa yang kita lihat sekarang adalah aduan dibuat.

“Ada nama sudah dihantar kepada saya (bertugas) di peringkat pakar,” katanya selepas merasmikan Hari Jururawat Sedunia di Putrajaya, hari ini.

Menurut beliau, kelima-lima doktor terbabit masih bekerja seperti biasa dan tidak digantung tugas.

“Bila aduan dibuat, kita tak boleh terus gantung atau pindahkan doktor terbabit, ada nama dihantar turut membabitkan peringkat pakar.

“Bukan senang nak kita pindahkan pakar. Jadi buat masa ini, semua masih bertugas seperti biasa dan siasatan masih berjalan,” katanya.

Jelasnya, siasatan berhubung dakwaan tersebut dijalankan Unit Integriti KKM dan pasukan petugas khas bebas yang akan diumumkan esok.

“Bila nama sudah dikemukakan kena melalui siasatan menerusi unit integriti kita, iaitu siasatan tatatertib diambil seperti biasa.

“Setelah siasatan dibuat secara sepenuhnya, laporan akan diberi mengenai tuduhan tersebut.

“Sekarang ini kita menerima banyak aduan tuduhan nama-nama doktor dan pakar yang kononnya membuli doktor junior.

“Jadi demi keadilan untuk semua pihak, ia mesti melalui proses telus yang akan dikemukakan kepada saya nanti,” katanya.

Khairy berkata, siasatan tuduhan tersebut akan mengambil masa beberapa minggu untuk dilengkapkan.

Tegasnya, ia melibatkan tuduhan berat, buli dan budaya kerja tidak profesional, justeru perlu membabitkan sesi temubual dengan pengadu, pakar dituduh serta sebagainya.

Justeru, katanya, lebih baik perkara itu dilakukan dalam tempoh masa tertentu supaya pasukan petugas khas dan unit integriti melaksanakan siasatan tatatertib seperti biasa.

“Kita akan tengok kedua-dua hasil siasatan tersebut sebelum tindakan diambil,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai polisi petugas KKM dilarang membuat kenyataan kepada media seperti dimuat naik di laman sesawang kementerian tersebut, Khairy berkata, perkara itu tiada kaitan dengan tuduhan yang timbul.

“Itu arahan biasa. Hanya dibenarkan buat kenyataan boleh buat kenyataan, bukan hanya berkaitan kes ini. Yang penting kita ambil serius semua tuduhan dibuat.

“Kita juga dapat menjalankan siasatan adil dan telus kepada semua pihak.

“Rakyat nak melihat dan sudah pasti doktor muda nak melihat apa tindakan akan diambil sekiranya didapati betul kes itu berlaku,” katanya.

Susulan itu, beliau mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang kenyataan di media sosial berhubung tuduhan terbabit kerana setiap individu mempunyai pandangan berbeza.

“Tuduhan itu kalau dibuat di media sosial, bukan saya meremehkan tuduhan ini, tetapi bila kita nak ambil tindakan terhadap mana-mana pihak, ia mesti melalui siasatan yang betul, tak boleh dibuat melalui media sosial sahaja.

“Jadi walaupun saya anggap tuduhan itu serius, sebagai menteri saya tak boleh ambil tindakan terhadap tuduhan di media sosial. Ia mesti melalui proses siasatan telus dan betul,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin memaklumkan, sudah menyerahkan nama lima doktor di HPP yang didakwa sebagai pembuli kepada KKM untuk tindakan susulan.

Namun, Dr Norlela berkata, lima doktor terbabit tidak mempunyai kaitan dengan kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di HPP baru-baru ini kerana kes terbabit masih dalam siasatan. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hospital Kerajaan Kekurangan Peralatan, Bekalan Penting

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 19 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan