web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nabila Razali Pasang Niat Menunaikan Haji

Biarpun sering dilanda kontroversi dan menerima pelbagai kecaman, kejayaan demi kejayaan diraih Nabila Razali. Selepas berjaya memiliki rumah idaman, dia memasang niat untuk menunaikan haji.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 9:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sering dilanda kontroversi serta nyanyiannya dikritik netizen, penyanyi sensasi, Nabila Razali tetap teguh berdiri dan berjaya menempa kejayaan sebagai anak seni. 

Baru-baru ini dia berkongsi kejayaan dapat memiliki rumah idamannya hasil keringat berjuang sebagai selebriti sejak tahun 2013.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella ini, banyak impiannya sudah tercapai, antaranya memiliki rumah sendiri. Selepas ini dia memasang impian untuk menunaikan ibadah haji pula.

“Saya sudah pasang niat untuk menunaikan ibadah haji. Inshaallah nanti bila sempadan semua sudah buka didoakan agar dipermudahkan urusan untuk buat haji,” katanya.

Selain daripada menunaikan ibadah rukun kelima Islam itu, Bella juga bakal melaksanakan satu lagi impiannya iaitu memiliki perniagaannya sendiri.

“Akan datang, ada bisnes yang baru Bella ceburi. Harapnya ia menjadi dan dipermudahkan serta dilimpahkan rezeki,” ujarnya. 

Berbicara mengenai perkembangan terkini dalam diari seninya, ujar pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ ini, dia baru sahaja habis penggambaran sebuah telemovie untuk tayangan di TV3. 

“Saya sangat teruja dapat membintangi telemovie bergenre komedi ini. Watak saya watak komedi. Para pelakon semuanya sangat best. Tetapi saya tak boleh nak dedahkan dengan lebih lanjut mengenai telemovie ini,” kongsinya. 

Ditanya adakah dia akan melancarkan lagu terbaharu dalam masa terdekat, kata Bella akan ada buah tangan terkini untuk peminat. Namun dia enggan mendedahkan genre dan konsep lagu itu kerana mahu ia menjadi kejutan. 

Nabila ditemui di sesi uji bakat pencarian bakat baru, ‘The Audition’, di mana ia bertindak sebagai juri bersama Amira Othman dan Michael Ang. - Getaran, 29 Oktober 2021.

Gambar : Helmi Anuar. Diambil menggunakan iPhone 13 Pro Max

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN