web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amen Khalid Penyambung Legasi Mamat Khalid 

Sudah lima karya Allahyarham Mamat yang menggunakan tenaga, khidmat dan buah fikiran Amen sebagai pembantu pengarah. Kini, Amen akan menyambung tugas Mamat yang belum selesai.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 5:04PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid yang terkenal dengan karya drama dan filem yang cukup dekat di hati masyarakat berbilang bangsa sangat dirasai puteranya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 26.

Meski bersedih, anak muda berjiwa besar ini akur dengan ketentuan bahawa sudah sampai masanya bapa tercinta kembali ke pangkuan Ilahi dan bersemadi di negeri abadi. 

“Walaupun tidak okay, saya kena okay juga. Sedih memang tak habis lagi. Namun, saya tahu papa (panggilan untuk Mamat) tidak suka kami bersedih. 

“Kalau boleh, papa nak kami sentiasa gembira. Jadi, setiap kali sedih saya akan fikir begitu untuk hilangkan rasa itu," katanya kepada Getaran. 

Amen adalah anak keempat hasil perkongsian hidup Mamat Khalid dengan Hasmah Hassan atau lebih mesra disapa Kak Intan. Adik-beradiknya yang lain ialah Mohd Khalid Zaffa Mohamad, Sara Mohamad, Mohd Adam Khalid Mohamad serta Nuhassanah Mohamad atau Ann yang kini sedang mengikuti pengajian di United Kingdom. 

Tatkala ramai beranggapan Adam bakal mengikut jejak langkah bapa mereka dalam dunia pengarahan kerana sering muncul dalam filem dengan bersenapang di zaman kanak-kanaknya, namun Amenn sebenarnya yang lebih cenderung meneruskan legasi Mamat.

Malah, dia telah pun memikul tugas dan tanggungjawab untuk menjadi pembantu pengarah Mamat menerusi telefilem 16 Puasa, Semerah Darah, 18 Puasa Di Kampong Pisang, Kampong Pisang Muzikal Raya Istimewa dan filem Manap Karaoke

“Banyak yang saya belajar daripada Papa. Selain belajar menjadi manusia, dia juga mengajar Amen selok-belok pengarahan, cara-cara mendapatkan idea untuk berkarya, menulis skrip dan dialog, memahami dan mendalami karakter serta bagaimana mahu meyakinkan pihak produser tentang idea dan karya kita itu. 

“Sebagai bapa, dia seorang yang rugged. Macam mana dia layan orang, begitulah cara dia melayan anak-anaknya. Tapi, kalau kami buat salah, papa akan tegur.  Walaupun ketika bekerja dalam produksinya, saya tetap hormat papa sebagai orang tua saya.  

“Papa mahu saya ikut jejak langkahnya. Dia mahu saya jadi pengarah filem sepertinya dan saya akan teruskan legasi itu.  

“Lagipun, keluarga dan rakan-rakan papa sentiasa berada di belakang saya untuk memberikan sokongan. Selagi mereka ada, saya akan teruskan walaupun ia sebenarnya tugas yang berat,” katanya yang akan meneruskan kerja-kerja Mamat yang belum selesai. 

Meski ramai rancak memberikan tumpuan terhadap projek filem Pasir Salak Berdarah yang telah dirancang arwah Mamat sejak 2017, fokus Amen ketika ini adalah telefilem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang sepatutnya menjalani penggambaran pada 31 Oktober ini. 

“Dalam situasi sekarang, mungkin jadual penggambaran terpaksa diubah. Lagipun, kami perlukan masa untuk tenangkan ibu. Sebagai anak kami mahu ibu gembira dulu. 

“Kemudian baru fikir tentang penggambaran telefilem ini. Lagipun ada beberapa perkara yang perlu diputuskan sebelum memulakan penggambaran.

“Sebenarnya, ada satu projek filem papa yang cukup dekat di hati saya iaitu Enam. Ia fllem epik mengisahkan enam pahlawan berbeza di Perak. 

“Papa tulis skrip ini selepas keluar dari hospital waktu koma kali kedua. Memang dia bersungguh-sungguh menulis skrip filem ini," katanya.  

Tentang filem Pasir Salah Pasir Berdarah pula, Amen berkata, arwah bapanya terpaksa terbang jauh ke London untuk membuat kajian dan mencari buku-buku Melayu di sana demi menyempurnakan naskhah tersebut. 

“Papa dah buat treatment filem ini. Storyboard pun dah siap malah Finas juga mempunyai salinan skripnya. 

“Jika diberi peluang untuk meneruskan projek filem papa ini, saya kena hadamkan dulu skrip dan kena buat kajian saya sendiri,” katanya yang akan memegang amanat bapanya untuk menjaga ibu dan adik-beradiknya yang lain. 

Amen adalah salah seorang ahli Malaysia Cinematic Auteurs Guild (MCAG) iaitu sebuah persatuan yang memayungi sutradra filem teampatan. Persatuan ini turut disertai Khir Rahman, Aziz M Osman, Azhari Zain, Jason Chong, Raizaisyam Rashid dan Nik Amir. 

Gambar: Instagram @Amen Khalid 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN