web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perginya Mazlan Tahir, Dunia Teater Kehilangan Bintang Hebat 

Pemergian Allahyarham Mazlan Tahir mengejutkan warga industri dan penggiat teater. Ia disifatkan sebagai suatu kehilangan besar industri teater.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 6:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktivis teater berkaliber Mazlan Tahir, 56, yang sebelum ini menghidap pelbagai penyakit telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung, kira-kira jam 10.30 pagi tadi. 

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Umi Kalsom Ahmad, sewaktu dalam usaha mendapatkan rawatan mengurut secara tradisional di Sepang, Selangor.

“Sebelum ini, suami saya mempunyai sejarah serangan jantung. Jadi, kami cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk menyembuhkan penyakitnya. 

“Bagaimanapun, belum sempat mendapatkan rawatan, dia sudah meninggalkan kami," kata Umi sewaktu dihubungi portal Getaran. 

Berita pemergian Mazlan Tahir mengejutkan seluruh warga industri dan penggiat teater Melayu tempatan. 

Bahkan, seluruh warga Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM turut terkesan dengan pemergiannya. Allahyarham Mazlan merupakan pensyarah kanan di Jabatan Teater, UiTM serta pensyarah sambilan di ASWARA. 

Ketua Pusat Pengajian Teater UiTM Shah Alam, Dr Norzizi Zulkifli berkata, dia bertugas di bawah satu jabatan teater dengan arwah Mazlan dan isterinya, Umi. 

“Awal pagi tadi saya menghubungi Umi atas urusan kerja dan dimaklumkan bahawa Mazlan pengsan serta sesak nafas. Tidak lama selepas itu dia  meninggal dunia. 

“Saya terkejut dan dan tidak dapat menahan sebak. Saya tidak tahu berapa lama saya menangis sebaikh sahaja menerima perkhabaran duka ini. Rasanya ketika kehilangan arwah bapa dulu pun saya tidak menangis seteruk ini.  

“Hubungan saya dengan arwah Mazlan memang rapat dan kami sudah lama kenal. Malah, saya pernah bertugas di bawahnya sewaktu dia menjadi ketua jabatan. 

“Arwah seorang yang sangat penyayang dan suka mengambil berat. Dia juga suka menjamu tetamu yang datang ke rumahnya termasuk pelajar-pelajarnya,” kata Norzizi sewaktu dihubungi Getaran. 

Dalam dunia teater pula kata Norzizi, arwah sangat berdisiplin, berdedikasi dan mempunyai ilmu yang tinggi. 

“Dia menuntut dalam bidang lakonan dan pengarahan teater di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

“Lakonan dan pengarahan teater memang kepakaran arwah. Kalau lakonan monolog, itu sekada celah giginya kerana dia pelakon teater yang hebat.  Arwah juga warak dan tidak pernah meninggal solat,” katanya. 

Bagi produser dan pengarah teater, Siti Rohayah Atan pula, pemergian arwah Mazlan sangat dirasai.

“Lebih 30 tahun mengenalmu adalah hadiah terindah. Awak orang baik, Lan. Buat isteri isteri dan anak-anak arwah, simpanlah cinta itu di lubuk hati paling dalam,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya. 

Pelakon dan penggiat teater, Che Kem dalam hantaran Facebooknya berkongsi dia dan arwah sering berkomunikasi di alam maya untuk berbincang mengenai sebuah projek. 

“Ternyata dalam leka bertukar bicara rupa-rupanya itu pertemuan akhir kami. Sehingga detik ini, sukar untuk saya terima. 

“Saya pasti setiap yang mengenalinya mengagumi keramahan, budi bahasa dan lembut tutur katanya. Ternyata Allah Maha Mengetahui dan merencana riwayat insan. Sewaktu kita menginginkan kehadirannya, beliau dipanggil pulang,” katanya. 

Sepanjang beberapa dekad bergiat aktif dalam dunia teater, anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor itu telah membintangi pelbagai pementasan teater.  Antaranya, Lantai T Pinkie, Muzikal Mahathir, Muzikal Uda & Dara, Ibu Zain serta Anugerah Sirah Junjungan. 

Pementasan teater arahannya pula adalah Muzikal Selendang Jiwa, Bangsawan Alang Buana dan terbaharu Teater Muzikal Destini Anak Bangsa.

Sepanjang penglibatan arwah  dalam dunia teater, beliau turut menerima pengiktirafan iaitu Tokoh Muda Teater Tanah Air oleh Arkib Negara Malaysia pada 2004 dan Pengarah Teknikal Terbaik sempena Festival Teater Kebangsaan (1992 dan 1993).

Jenazah Allahyarham Mazlan dibawa ke Masjid Al-Istiqamah Kayangan Height untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Subang. - Getaran, 21 Oktober 2021

Gambar: Instagram @norzizizulkifli

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN