web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yonnyboii Dan Nik Nazira Selamat Bertunang

Penyanyi rap ini akui kehidupannya lebih bahagia selepas berkenalan dengan tunangnya, Nik Nazira.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 7:03PM

Gambar: Instagram @niknazira dan @yonnyboii

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap, Muhammad Haqeem Nuriman atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Yonnyboii berkongsi berita pertunangannya bersama wanita pilihan bernama Nik Nazira menerusi hantaran gambar di Instagram. 

Menerusi hantaran ini, Yonnyboii akui bahawa dia bukan seorang yang percaya pada cinta sebelum ini tetapi sejak berkenalan dengan Nik Nazira, kehidupannya lebih bahagia. 

“Saya tidak pernah percaya pada cinta, tidak pernah percaya pada peluang. Saya tidak pernah merasa yakin atau segembira sebelum ini. Malah tidak pernah tersenyum lebih daripada sekarang sehinggalah bertemu dengan kamu.

“Kini saya faham apa erti frasa ‘butterflies in my stomach’” katanya dalam coretan kapsyen hantaran yang dimuat naik baru-baru ini. 

Melihat gambar tersebut, pasangan itu berpakaian sedondon berwarna kelabu sambil menunjukkan jari yang sudah disarungkan cincin.

Ia juga difahamkan bahawa majlis pertunangan tersebut diadakan secara kecil-kecilan dan ringkas, malah hanya dihadiri oleh kenalan terdekat. 

Perkongsian gambar tersebut juga mendapat lebih 52 ribu tanda suka dan dibanjiri ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis serta para peminat di ruangan komen yang turut menumpang kebahagian mereka bersama pasangan ini.

Di samping itu, Nazira juga turut berkongsi kegembiraan hari pertunangannya bersama Yonnyboii dengan hantaran dan kapsyen romantik, "Pilihlah seorang yang memilih kita tanpa membuat kita persoalkan nilai kita dalam hidup mereka."

Kami di Getaran ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan agar kebahagiaan mereka kekal hingga ke akhir hayat. - Getaran, 9 Oktober 2021

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN