web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ajak Istikharah, Ustazah Asni Dedah Cerita Nikah Zizi Kirana

Pernikahan itu juga menyatukan kembali Zizi dengan bapanya yang kali terakhir bertemu ketika dia berusia tiga tahun

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Oct 2021 1:03PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asni Manor rupa-rupanya menjadi individu terawal yang menyimpan rahsia perkenalan antara pelakon Zizi Kirana dan suaminya, Yusuf Bahrin. 

Bahkan ketika Zizi menyatakan hasrat untuk mendirikan masjid bersama pelakon itu, Ustazah Asni mengajaknya untuk melakukan solat Istikharah dan mereka berbual mengenai alam rumah tangga sehingga jam 4 pagi.

"Jodoh itu (akan menjadi) mudah jika kita memudahkan urusan. Ada yang memang sudah tertulis jodoh, tetapi dia yang menjadikan proses itu (ke arah pernikahan) susah. 

“Zizi dan Yusuf Bahrin hanya mengambil masa empat hari sahaja untuk menyelesaikan urusan penting sebelum disatukan kerana mereka mengutamakan perkara wajib,” katanya dalam Instagram Live anjuran Nurflixtv bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan, baru-baru ini.

Menurut ustazah yang terkenal dengan teknik mengajar Al-Quran menerusi bermain kompang itu, pandemik hari ini mempunyai hikmah yang besar kerana urusan perkahwinan ternyata boleh dilakukan dengan sangat mudah tanpa menggunakan bajet besar.

“Ibu bapa perlu membuka minda dengan memudahkan urusan perkahwinan anak-anak mereka dan hanya fokus kepada perkara wajib iaitu nikah. 

"Perkara lain seperti majlis persandingan boleh ditangguhkan kerana itu hanya adat. Paling penting nikah perlu isytihar. Nikah wajib isytihar," katanya.

Sementara itu, Zizi ketika berkongsi pengalamannya mendirikan rumah tangga pada musim pandemik berkata, meskipun tempoh perkenalannya dengan Yusuf sangat singkat iaitu dua bulan, dia bersyukur kerana proses pernikahannya mudah dan cepat.

"Ustazah tidak mengenali Yusuf. Apabila saya menyatakan niat kami, antara soalan yang diajukannya ialah ‘Siapa dia? Nak tengok gambar’. Saya memberi dia akaun Instagram Yusuf, selain meminta ustazah untuk bersama-sama melakukan solat Istikharah," katanya.

Penyanyi lagu ‘Eh!’ itu berkata, dari awal perkenalannya dan suami, dia tidak pernah mempertikai sama ada Yusuf mampu membimbing dirinya atau sebaliknya.

"Proses dan persiapan pernikahan kami sangat mudah serta cepat. Menjelang hari pernikahan kami, saya lebih tenang dan santai berbanding orang sekeliling termasuk keluarga, kawan serta pengurus," katanya.

Zizi berkata, pernikahan itu turut melakar kenangan paling manis apabila dia dapat menghubungi bapanya yang kali terakhir ditemui ketika dia berusia tiga tahun.

"Ibu dan bapa saya bercerai. Kami tidak berjumpa lagi sejak usia saya tiga tahun. Dalam usaha mencari wali, termasuk untuk mengiklan mengenainya di akhbar, Allah SWT mempermudahkan urusan saya.

"Saya melakukan carian di Instagram dan terjumpa nama adik-beradik sebapa. Apabila dimaklumkan kepada emak, dia terlebih dahulu menghubungi bapa untuk menyatakan hasrat kami. Hanya selepas itu, baru saya bercakap dengan bapa.

"Walaupun hanya dapat berhubung melalui panggilan telefon, dia memberikan kerjasama yang sangat baik. Segala dokumen penting untuk pernikahan saya dan Yusuf dihantar melalui kaedah kurier," katanya.

Bagi Zizi, dalam setiap kesulitan pasti ada jalan keluar dan dia menyerahkan serta menggantung seluruh harapannya kepada Allah SWT yang berkuasa mengatur segala urusan hidupnya.

Turut merancang untuk membawa suaminya berjumpa dengan bapa kandungnya apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan, Zizi berkata, dia dan Yusuf sangat bersyukur kerana banyak pihak mendoakan kebahagiaan serta kebaikan untuk mereka.

Terdahulu, Zizi dan Yusuf disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid bulan lalu. 

Dalam majlis yang diadakan dengan SOP yang ketat itu, Zizi telah menerima mas kahwin RM300, senaskah Al-Quran, cincin dan seutas gelang tangan. - Getaran, 6 Oktober 2021

Gambar: Nurflix & Instagram @zizi_kirana

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan, Mesej Disampaikan Pengurus

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN