web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tya Ariffin Suntik Elemen Positif Penuh Inspirasi Dalam 'Bersama Tya'

Aktres Tya Ariffin mahu memanfaatkan platform media sosial dengan mengupas isu semasa dan memberikan perkongsian yang positif menerusi program bual bicara, 'Bersama Tya'. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:13AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak perkara yang ingin aktres Nurtria Wulandari Arifin atau Tya Ariffin lakukan termasuklah mempamerkan bakatnya sebagai pengacara menerusi program bual bicara dalam talian yang dinamakan, ‘Bersama Tya’.

Apa yang penting, Tya ingin memberikan suntikan semangat dan berkongsi hal-hal positif kepada peminat hiburan dan masyarakat menerusi program bual bicaranya itu. 

“Sudah setahun lebih COVID-19 melanda dunia dan kita telah berdepan dengan banyak kekangan di era pandemik ini serta terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu. 

“Lalu saya terfikir, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube untuk mengupas isu-isu yang ada di sekeliling serta memberikan perkongsian positif dan penuh inspirasi. 

"Sebenarnya, dulu di negara kelahiran saya iaitu di Indonesia, saya pernah jadi penyampai radio. Cuma, saya tak sempat mencuba untuk jadi pengacara," kata pelakon, penyanyi dan usahawan perniagaan jus kesihatan, Mutyara ini. 

Malah, dalam membiasakan norma baharu, segala tugasan program ini dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.

“Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. 

"Selepas itu, semua saya uruskan sendiri termasuklah menata rias diri dan menentukan pakaian yang mahu dipakai. 

“Malah, tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang. Lagipun, saya sudah terbiasa buat 'Iive' di Instagram, jadi tidak canggung.

"Lebih mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi, ketika 'live' saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya perlu bersedia tekan butang 'live' di telefon bimbit sahaja," katanya.

Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di 'feed' Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad antara selebriti dan personaliti tempatan yang pernah menjadi tetamu program ini. Bahkan,  dia turut mengundang rakan-rakan selebriti dari Indonesia. 

"Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah, terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak-tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.

"Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah, ada yang bersifat semasa dan terkini. Dulu, perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas dalam kalangan usahawan sahaja. 

"Sekarang, sesiapa sahaja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat perkongsian yang sama.  Saya juga sudah ada kumpulan telegram Tya Arifin. 

“Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya," katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.

Dalam pada itu, Tya berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.

"Jika Tun Dr Siti Hasmah sudi jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga dalam kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.

"Malah, saya bercita-cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini," kata isteri kepada Asyraf Khalid yang memiliki dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini.

Disebabkan COVID-19, sudah dua tahun Tya tidak dapat pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta. 

Tya turut berkongsi kerinduannya terhadap keluarga  selepas dua tahun tidak bersua.

"Kerinduan itu terlalu berat. Sudah kering air mata saya menangis kerana rindu. Namun, apakan daya kita perlu melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda," katanya yang sudah lengkap menerima dos dua vaksin. - Getaran, 20 September 2021

Gambar: Tya Ariffin 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Suami Merajuk Sebab Terlalu Sibuk? - Elly Mazlein Jawab Spekulasi Ramai Tentang Isu Rumah Tangganya

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tarikh Luput Vaksin COVID-19 Jenis Comirnaty Dilanjut 18 Bulan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Pengembara China Dikesan Positif COVID-19 Sejak 10 Hari Lalu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Antara 10 Destinasi Pilihan Pelancong China

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN