web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cantik Bersongket Hitam, Baju Nikah Zizi Kirana Jadi Perhatian!

Cantik dalam sepersalinan songket hitam, penyanyi Zizi Kirana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pelakon Yusuf Bahrin di Masjid Usamah bin Zaid pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 1:12PM

Gambar oleh @tmfaris

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cantik dalam sepersalinan songket hitam, penyanyi Zizi Kirana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pelakon Yusuf Bahrin di Masjid Usamah bin Zaid jam 10 pagi tadi. 

Dalam sebuah majlis tertutup itu, Zizi sah menjadi isteri hanya dengan sekali lafaz. Mereka dinikahkan oleh imam masjid tersebut iaitu Murshidi Abd Hamid.

Pelantun lagu 'Tentu' ini menerima mas kahwin RM300 bersama senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan. 

Di laman sosial, para peminat membanjiri gambar mereka berdua dengan ucapan tahniah di samping mendoakan kebahagiaan alam rumah tangga mereka.

Selain itu, apa yang lebih menarik, ramai juga yang menyukai baju yang dikenakan kedua mempelai tersebut. Maklumlah, biasanya pengantin akan mengenakan baju berwarna putih.

Tangkapan layar Twitter
Tangkapan layar Twitter

Namun, Yusuf dan Zizi dilihat sangat cantik di dalam busana berwarna hitam dengan tenunan songket itu.

Baju tersebut merupakan hasil rekaan Shanell Harun dan Zizi mendapat sentuhan jurusolek selebriti, Datuk Alha Alfa. 

Terdahulu, Zizi dan Yusuf memang mengakui mereka kawan rapat sejak berkenalan di sebuah rancangan terbitan Astro awal tahun ini.

Masing-masing tidak menolak sekiranya berjodoh suatu hari nanti. Ternyata, hasrat itu terkabul dan mereka bergelar suami isteri hari ini.

Tahniah kami ucapkan kepada kedua mempelai! - Getaran, 19 September 2021

Isu Pada

Misi Mencari Jati Diri Alyph

18 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tak Mahu Beg Tangan Berjenama Mewah, Zizi Kirana Hanya Mahu Beli Kuda Baka Arab 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mahu Sesuaikan Dengan Imej, Zizi Kirana Enggan Menyanyi Lagu-Lagu Lamanya

3

TARA 4 tahun yang lalu

Lagu-Lagu Yang Bertemakan Bulan Ramadan

4

Muzik 4 tahun yang lalu

“Orang Ingat Saya Dah Berhenti Menyanyi” - Zizi Kirana Kembali Dengan ‘Pijak’

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS