web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Orang Ingat Saya Dah Berhenti Menyanyi” - Zizi Kirana Kembali Dengan ‘Pijak’

Penyanyi rap wanita terkenal negara, Zizi Kirana tampil dengan lagu terbaharu berjudul ‘Pijak’. Ini merupakan lagu pertamanya selepas berhijab dan bergelar isteri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas kali terakhir muncul dengan lagu hit berjudul ‘Eh!’, penyanyi rap wanita terkenal tanah air, Zizi Kirana atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil muncul dengan single berjudul ‘Pijak’ yang diterbitkan oleh Def Jam Malaysia dan dilancarkan pada 25 Februari lalu.

Lagu ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah kesinambungan kepada lagu ‘Eh!’ yang menceritakan mengenai orang yang mengambil kesempatan di atas kebaikan dan kelemahan orang lain.

“Pendek kata, lagu ini menggambarkan sikap seseorang yang suka pijak kepala. Ini antara cara untuk saya sampaikan nasihat. Bukan nasihat untuk orang saja, tapi untuk saya sendiri  supaya tidak ambil kesempatan atas orang lain,” kata penyanyi yang bakatnya dicungkil menerusi Akademi Fantasia musim ketujuh ini.

Bercerita mengenai pembikinan lagu ini, kata Zizi dia sudah selesa bekerjasama dengan Navigator dan Mambang dan sebab itu dia sekali lagi menggunakan khidmat mereka untuk lagu terbaharu ini. 

Bukan sahaja tampil dengan lagu baharu, Zizi juga menghasilkan video muzik untuk lagu ‘Pijak’.

Video itu diarahkan oleh Acip, yang telah mengarahkan video muzik ‘Eh!’

“Video muzik ini adalah kesinambungan daripada video muzik lagu ‘Eh!’. Cuma kali ini rentaknya berbeza sedikit. Sepanjang proses rakaman video muzik ini semuanya baik-baik sahaja walaupun proses rakaman itu bermula dari pagi sampai malam. 

“Saya dapat pengarah, pasukan, pengarah fotografi (DOP), glam team yang best. Mereka adalah orang yang saya percayai,” katanya.

Ini adalah kali pertama Zizi tampil dengan lagu baharu bersama imej baharunya yang berhijab sepenuhnya. Ditanya adakah dia mempunyai kerisauan terhadap penerimaan daripada pendengar, kata Zizi pada mulanya dia agak takut juga apabila memikirkan imej baharunya.

“Sebenarnya saya gementar. Saya banyak berfikir tentang  penerimaan orang terhadap imej baharu saya. Saya tanya pengurus, ada lagikah orang nak dengar lagu saya?

“Saya tanya suami juga, bolehkah mereka terima saya? Semua ini bermain di fikiran saya. Tetapi mereka ini yang banyak beri semangat kepada saya, jadi saya teruskan,” katanya. 

Tambahnya lagi, disebabkan lama tidak muncul dengan lagu baharu dan sudah berhijab, ada peminat yang beranggapan bahawa dia sudah meletakkan noktah dalam kerjaya nyanyian.

“Sebenarnya ramai yang tanya, ingat Zizi dah berhenti menyanyi dan sudah tidak mahu rap. Bukan tak mahu tapi kita tunggu masa yang sesuai. Sebelum ini saya sibuk bercinta,” katanya sambil ketawa. 

Ditanya tentang cabaran menjadi penyanyi rap selepas berhijrah, kata Zizi dia perlu menjaga batas sesuai dengan imejnya yang sudah bergelar isteri orang. 

“Saya kena tahu batasan pergerakan. Kita dah tak boleh naik atas kerusi atau meja. Perlu banyak berbincang dengan team. 

“Perkara ini automatik terjadi sebab saya sendiri yang rasa ada perkara yang tidak lagi sesuai untuk dilakukan dengan imej serta status saya kini,” katanya menutup bicara.

'Pijak' kini  sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify,  Apple Music,  Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Zizi Kirana. - Getaran, 8 Mac 2022

Gambar: Def Jam Malaysia

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Adegan Nabila Razali Cium Tangan Aedy Ashraf Dalam Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' Dikecam Netizen 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masih Belum Sampai Masa Lagi Untuk Saya Berubah, Emma Maembong Juga Tak Mahu Respon Pasal Hamil 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN