web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DJ Lin Terima Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Reader’s Digest

Pengiktirafan majalah Reader’s Digest membuktikan DJ LIN semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 8:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin mengakui terkejut apabila dirinya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi Anugerah Jenama Paling Dipercayai anjuran majalah antarabangsa, Reader’s Digest. 

“Anugerah yang diterima ini sangat besar maknanya dalam kembara karier saya sebagai penyampai radio. 

“Tentunya ini merupakan satu penghormatan buat diri saya sekali gus menyuntik inspirasi untuk lebih tekun dan fokus membawa nama stesen radio Suria FM ke tahap lebih tinggi,” katanya. 

Popular menerusi slot Suria Cinta, DJ Lin yang juga Pengurus Besar di stesen radio tersebut berkata, pengiktirafan yang diberikan ini membuktikan bahawa nama DJ LIN semakin dipercayai dan kukuh sebagai jenama yang mampu bertahan dalam cabaran masa kini. 

“Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga rakyat Malaysia yang mengundi dan menyokong DJ Lin selama ini,” katanya. 

Sepanjang 22 tahun terbabit dalam industri penyiaran radio Malaysia, kredibiliti dan populariti DJ Lin telah diiktiraf menerusi tujuh anugerah besar yang pernah dimenanginya sebelum ini. 

Ia terdiri daripada  Anugerah Sri Angkasa bagi kategori Penyampai Radio Terbaik sebanyak tiga kali, Anugerah Penyampai Radio Paling Popular Berita Harian (ABPBH) (tiga kali) dan Anugerah Kesatria Puteri (Industri Radio) Himpunan Wanita Muda Negara 2012. Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai ini merupakan anugerah kelapan buat DJ Lin.

Slot Suria Cinta kendalian DJ lin ke udara setiap Ahad hingga Jumaat pada jam 8 malam hingga 1 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi terbaharu Suria Malaysia. 

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-23 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian lebih 8,000 individu yang telah dipilih daripada Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. - Getaran, 15 September 2021

Gambar: DJ Lin

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Fizz Fairuz, Chiwan Cilok Dan Kai Hassan Barisan Penyampai Baharu Suria FM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN