web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Menang Dua Anugerah, Ben Amir Lebih Memilih

Bukan menuntut yang bukan-bukan, Ben Amir hanya mahu menjadi lebih baik untuk masa depan yang lebih gemilang.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2021 2:36PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring dengan nama dan pencapaian, Ben Amir mengesahkan dia kini lebih selektif dalam pemilihan karya, sama ada dalam pemilihan watak, filem atau drama yang bakal dilakonkannya selepas ini.

Penyandang ‘Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH33’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP AME2020’ itu berpendapat mutu dan kualiti sesuatu filem itu menjadi faktor utama pemilihan tersebut.

“Tentu sekali saya akan memilih karya. Takkanlah kita mahu main berlakon sahaja, bukan? Memilih itu mesti ada,” jelas Ben.

Menurutnya lagi, pemilihan pengarah dan pelakon juga memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kejayaan sesebuah filem.

Tambah Ben, “Sudah tentu akan memilih juga. Memilih untuk berlakon dalam drama apa? Filem apa? Mahu berlakon dengan pelakon mana? Siapa pengarahnya? Semua itu menentukan kejayaan seterusnya.”

“Sayanglah kalau kita sudah dapat anugerah, tetapi tidak berpeluang berlakon untuk karya yang bagus,” jelas Ben lanjut.

“Sebelum menang saya sudah selektif. Tapi sekarang harus lebih memilih lagi” – Ben Amir
“Sebelum menang saya sudah selektif. Tapi sekarang harus lebih memilih lagi” – Ben Amir

Pelakon utama drama Sweet Dreams ini juga menegaskan dia bukan sengaja mahu ‘menuntut’ yang bukan-bukan dalam perkembangan karier lakonannya, tetapi menerangkan tanggungjawab adalah faktor utama yang mempengaruhi keputusannya, “Sama sahaja di luar sana, semakin kita naik pangkat, semakin besar tanggungjawab yang perlu digalas. Semakin banyak gaji, semakin berat perkara yang bakal kita laksanakan.”

Ben turut berkata dia tidak kisah perihal berlakon dengan pelakon yang sama. Asalkan ada jarak antara satu drama itu dengan satu drama lakonannya yang lain. Apa lagi kalau bergandingan dengan pelakon baru, yang penting pelakon baru itu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang lakonan dan boleh memberi komitmen sepenuhnya, seperti dia mula-mula menceburi bidang lakonan ini dahulu.

“Saya tidak pernah lagi meminta siapa (pelakon) yang perlu digandingkan dengan saya. Selama ini saya memang mendapat gandingan yang tepat dengan kriteria saya,” ulasnya yang dalam perancangan untuk mengarah dan menerbitkan iklan jenama produknya sendiri yang dijangka keluar pada pertengahan tahun ini. - Getaran, 27 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...