web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kim Kardashian, Kanye West Bercerai

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 9:55AM

Gambar: Rachel Weiss/ AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang realiti popular, Kim Kardashian telah menfailkan tuntutan perceraian terhadap rapper, Kanye West setelah hampir tujuh tahun berkahwin. Perkara ini dimaklumkan oleh pegawai publisiti Kardashian kepada AFP pada Jumaat.

Prosiding perceraian pasangan selebriti itu berlaku hanya beberapa minggu setelah media Amerika Syarikat (AS) melaporkan mereka tinggal secara berasingan dan sedang mengikuti kaunseling yang kononnya adalah ‘masalah perhubungan biasa’.

Laman web gosip selebriti ,TMZ yang menghidu berita ini pada Jumaat menyifatkan perpisahan itu adalah penyelesaian terbaik untuk sebuah perceraian.

Kardashian, 40, turut memohon hak penjagaan bersama ke atas empat orang anak mereka menerusi peguamnya, Laura Wasser yang dilaporkan menyerahkan dokumen perceraian pada Jumaat. Biapun perkara ini disahkan oleh pegawai publisiti keluarga ini, namun tiada butir-butir lanjut dikongsi.

Bintang dunia ini mula menjalinkan hubungan cinta pada 2012 dan kemudiannya melangsungkan perkahwinan penuh mewah di Itali pada 2014.

Keretakan rumahtangga pasangan ini hangat diperkatakan oleh pihak media sejak beberapa bulan lalu ketika West sedang bergelut dengan isu kesihatan mental dan melakukan tindakan-tindakan tidak wajar dengan menyerang serta membidas politik AS.

West, 43, secara terbuka mengakui dia berhadapan dengan gangguan bipolar. Pada Julai tahun lalu, dalam satu ucapan beremosi, ikon hiburan itu mencabar Donald Trump untuk bertanding jawatan Presiden AS. Malah, dia turut memberitahu dia ingin menggugurkan anak perempuannya.

West juga memuatnaik sejumlah ciapan (tweet), yang kemudian dipadam, yang menuduh isteri dan ibu mertuanya berusaha mengurungnya, dan memaksanya untuk bercerai.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7 ; Saint, 5; Chicago, 2; dan Psalm, 1. - AFP, 20 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Refleksi 2 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...