web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perjuangan Menuntut Keadilan Terhadap Bella Tak Berhenti – Betty Banafe

Gerakan Justice For Bella telah menghantar dua memorandum ke Jabatan Peguam Negara dan akan terus berjuang bagi menuntut keadilan terhadap adik Bella dan akan terus bersuara menerusi #justiceforbella.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 3:06PM

Mona Din bersama Presiden Helping Shoulder, Lila Ruzaini sewaktu menyerahkan memorandum #justiceforbella di Jabatan Peguam Negara serta Betty Banafe

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pelakon dan pengacara Betty Banafe mengakui tidak akan terus duduk diam sekali lagi isu remaja sindrom Down bernama Bella, 13, masih belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

“Mengapa dakwaan ke atas pertuduhan itu jatuh kepada pengabaian? Mengapa bukan penderaan? Perkara ini memang mengundang banyak tanda-tanya kerana jika melihat pada fizikal Bella, memang jelas menunjukkan bahawa terdapat kecederaan yang dialaminya. 

“Apa sebenarnya yang berlaku di dalam perundangan kita? Mengapa kita tidak mampu berasa selamat dengan perundangan kita?

“Apa yang sedang berlaku dengan perundangan kita di saat suasana politik negara berada di dalam keadaan tidak stabil? Di mana sebenarnya bidang kuasa perundangan dalam menentukan keadilan terhadap isu Bella ini,” soalnya. 

Menurut Betty lagi, penglibatannya di dalam gerakan Justice For Bella (Gerakan Menuntut Keadilan Untuk Bella) ini sebenarnya bermula setelah dia terlibat dengan sebuah program kebajikan yang melibatkan anak-anak sindrom Down pada 2019. 

“Setelah mengenali sikap anak-anak sindrom Down ini, saya jatuh cinta dengan mereka kerana mereka anak-anak yang baik. 

“Bila saya dengar kisah kecederaan yang dialami oleh Bella yang dikatakan berpunca kononnya disebabkan Bella itu sendiri ganas, saya rasa ia adalah satu penipuan. 

“Dan, saya paling tidak suka orang berkuasa menggunakan anak istimewa seperti Bella untuk tujuan menindas. Saya kemudian berdoa dan tertanya sendiri bagaimana saya dapat membantu Bella dalam hal ini. 

“Akhirnya dapat dapat panggilan daripada Mona Din (bekas karyawan di Kumpulan Media Karangkraf). Dia beritahu saya dia mahu perjuangkan nasib Bella. Dia minta saya menyokong gerakan ini. 

“Saya setuju kerana dia juga pernah menyokong projek kebajikan yang saya lakukan sebelum ini. Bersama beberapa orang lagi, kami telah wujudkan tanda pagar #justiceforbella dan alhamdulillah ia menjadi viral serta mendapat perhatian berterusan daripada pelbagai pihak termasuk netizen.

“Malah, saya juga mendapat sokongan daripada rakan-rakan selebriti yang turut sama-sama berjuang untuk menuntut keadilan ke atas isu adik Bella ini,” katanya. 

Jelas Betty lagi, gerakan Justice For Bella ini tidak dibantu sesiapa, sebaliknya ia menggunakan duit kocek mereka sendiri untuk bergerak dan berkomunikasi sesama mereka. 

“Kita dapat sokongan yang padu daripada pihak media. Ramai juga yang mahu menyertai gerakan ini. Malah, ramai peguam yang menawarkan khidmat untuk membantu mendapatkan pembelaan dan keadilan ke atas Bella,” katanya. 

Dalam usaha memperjuangkan keadilan terhadap nasib Bella ini, Betty berkata, gerakan Justice For Bella ini benar-benar berusaha untuk mencari kebenaran tentang situasi remaja sindrom Down ini hingga ke akar umbi. 

“Tiada istilah mencari glamor di dalam isu ini. Saya tidak perlukan glamor lagi. Saya sudah lama tinggalkan dunia hiburan. Mona Din juga tidak perlukan glamor kerana dia juga seorang aktivitis dan sukarelawan. 

‘Apabila kami berjuang dan benar-benar masuk dalam permasalahan Bella, banyak keganasan sebenarnya berlaku dan tiada siapa yang berani mendedahkannya kepada umum kerana mereka telah ditakut-takutkan dengan sejarah hitam mereka sebelum ini.

“Kami tahu ada usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk memastikan perjuangan kami ini gagal. Tapi Justice For Bella tidak akan pernah berhenti. Kami sudah aturkan tindakan. Kami ada banyak bukti untuk dikeluarkan.  

“Memorandum untuk Bella telah dihantar di Jabatan Peguam Negara pada Jumaat, 20 Ogos lalu dan memorandum kedua telah pun menyusul minggu lalu.

“Jika isu ini tidak ditangani, maka selepas ini akan berlaku lagi kes seperti ini dan mereka yang bertanggungjawab akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang” katanya. - Getaran, 30 Ogos 2021

Gambar: Facebook Mona Din dan Betty Banafe

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

Semasa 3 tahun yang lalu

1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Keputusan Mahkamah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anjing Terbiar: JPV Keluar Notis Penambahbaikan Kepada MPKL

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN