web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB: Kerajaan Tidak Campur Tangan Dalam Keputusan Mahkamah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:00PM

Kerajaan tidak mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mencampuri keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berulang kali menegaskan bahawa beliau dan kerajaan sama sekali tidak akan mencampuri urusan mahkamah.

"Keputusan itu merupakan proses mahkamah yang perlu dihormati," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di sini hari ini, ketika mengulas tindakan netizen yang mempertikai keputusan terbabit selain mendakwa terdapat campur tangan kerajaan,  

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Alif Omar
Fahmi Fadzil - Gambar oleh Alif Omar

Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan dan melepaskan Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-duanya di akhir kes pendakwaan.

Mengenai cadangan yang disuarakan beliau sebelum ini untuk menubuhkan jawatankuasa khas berhubung skandal 1MDB, Fahmi berkata keperluan menubuhkan jawatankuasa itu akan diteliti sekiranya ia menjadi suatu mekanisme penting untuk mempercepatkan proses mengembalikan dana yang telah diseleweng.

Fahmi berkata walaupun penubuhan jawatankuasa terbabit masih belum dibincangkan namun proses mendapatkan semula dana 1MDB telah dilakukan pelbagai agensi sehingga membuahkan hasil, antaranya persetujuan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) untuk membayar US$1.8 bilion (kira-kira RM8.06 bilion) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) dan 1MDB.

"Buat ketika ini, perkara itu (penubuhan) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan proses untuk mendapatkan semula dana ini sedang berjalan selain ada beberapa perkara yang dikenal pasti segera dalam usaha mengembalikan wang rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

2

Video & Galeri 15 jam yang lalu

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad