Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Masyarakat dan Tamadun Melayu wujud sebelum Francis Light tiba

Benarkah Orang Melayu telah pun hidup bermasyarakat di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light yang sering digembar-gemburkan sebagai pembina ketamadunan Pulau Pinang? Ikuti laporan khas episod pertama Getaran mencabar status quo dan mengupas tamadun Orang Melayu Pulau Pinang yang sebenarnya.

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jun 2021 12:12PM

Pandangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah - Gambar Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Tohmahan dan skeptisisme yang dihamburkan kepadanya tatkala mula memperjuangkan naratif sejarah Pulau Pinang yang tidak berlandaskan lensa kolonialisme masih terngiang-ngiang di telinga pengkaji sejarah Pulau Pinang, Professor Datuk Dr. Ahmad Murad Noor Merican.

Barisan pengkritik menggelar beliau 'gila' kerana menyanggah fakta bahawa ketamadunan di Pulau Pinang diasaskan oleh penjajah British, Francis Light, susulan pendaratannya pada tahun 1786, yang menyaksikan nama pulau itu ditukar kepada The Prince of Wales Island.

Professor Datuk Ahmad Murad Noor Merican, pengkaji sejarah Pulau Pinang dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Professor Datuk Ahmad Murad Noor Merican, pengkaji sejarah Pulau Pinang dari Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Murad turut diherdik apabila mengatakan bahawa Orang Melayu di Pulau Pinang sudah pun menubuhkan satu struktur sosial sebelum 1786 dan ia adalah fakta yang tidak patut dikategorikan sebagai pra-sejarah sepertimana tertera di Muzium Pulau Pinang.

“Ramai tokoh-tokoh sejarah Pulau Pinang mengatakan bahawa susur galur Orang Melayu di pulau tersebut datang dari tempat lain dan hanya tiba sekitar tahun 1780–90 an. Inilah sejarah yang telah diarus perdanakan.

''Namun, pada tahun 1763, seorang pelakar peta dari Syarikat Hindia Timur yang bernama Walter Alves telah menggambarkan kawasan tersebut sebagai sebuah town atau bandar.

“Kita kena memahami pemikiran Orang Inggeris pada abad ke-18 ketika itu. Jika ia digelar town ini bermakna ia bukannya sebuah village atau perkampungan. Jika ia digelar pekan maka ia mesti mempunyai kemudahan-kemudahan asas dan struktur perdagangan,” katanya kepada Getaran, ketika ditemui di kediamannya di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Mengulas lanjut Murad yang juga pengarang buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang’ berkata, pekan jika menurut peta lokasi yang Albus katakan itu, merujuk kepada Batu Uban.

Karya bersejarah itu turut menyaksikan beliau dinobat sebagai pemenang Anugerah Buku Negara 2020/2021 (Buku Sejarah Terbaik) anjuran Yayasan Pembangunan Buku.

Masjid Batu Uban adalah masjid tertua di Pulau Pinang dan salah satu tempat kunjungan pelancong luar yang datang ke Pulau Pinang.
Masjid Batu Uban adalah masjid tertua di Pulau Pinang dan salah satu tempat kunjungan pelancong luar yang datang ke Pulau Pinang.
Ruang solat asal Masjid Batu Uban yang ditunjangi empat tiang seri yang diperbuat daripada kayu cendana.
Ruang solat asal Masjid Batu Uban yang ditunjangi empat tiang seri yang diperbuat daripada kayu cendana.
Seorang jemaah sedang mendirikan solat dalam Masjid Batu Uban.
Seorang jemaah sedang mendirikan solat dalam Masjid Batu Uban.
Masjid Batu Uban juga turut digunapakai oleh pelajar-pelajar Tahfiz di Pulau Pinang untuk menghafaz Al-Quran serta mendalami ilmu agama.
Masjid Batu Uban juga turut digunapakai oleh pelajar-pelajar Tahfiz di Pulau Pinang untuk menghafaz Al-Quran serta mendalami ilmu agama.

Apa yang menguatkan lagi hujah Murad perihal tamadun Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kewujudan Masjid Batu Uban yang siap dibina pada tahun 1734, iaitu 52 tahun sebelum pendaratan Light.

“Masjid itu dibina oleh Nakhoda Nan Intan ataupun nama sebenarnya, Haji Muhammad Salleh, yang merupakan seorang pedagang dari Kampong Bod, Payakumbuh, Sumatra,” katanya.

Jelas beliau lagi, Batu Uban di zaman dahulu bukanlah satu perkampungan yang dihimpit dengan jalan raya dan arus pemodenan, sebaliknya ia sebuah pekan pelabuhan yang lengkap dengan semua elemen ketamadunan.

 Tugu gangsa Francis Light yang dipamerkan di Muzium Fort Cornwalis di George Town, Pulau Pinang
Tugu gangsa Francis Light yang dipamerkan di Muzium Fort Cornwalis di George Town, Pulau Pinang

Malah, sebelum kedatangan Light, undang-undang yang digunapakai oleh Orang Melayu Pulau Pinang adalah Undang-Undang Kanun Kedah dan Adat Temenggung.

Menurut sejarah arus perdana, pendaratan Light adalah rentetan daripada perbincangan beliau dengan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan Syarikat Hindia Timur (SHTI) mengenai pajakan pulau tersebut.

“Walaupun ada perbincangan mengenai hal tersebut namun, tiada satu persetujuan pun dibuat terutamanya tentang komitmen SHTI untuk melindungi Kedah dari serangan Siam dan Burma,” kata Murad.

Sehingga kini waris keturunan Nakhoda Nan Intan masih lagi menetap di Batu Uban, dengan kehidupan mereka kekal berkisar sekitar masjid yang berbentuk empat segi serong, hasil binaan nenek moyang mereka sejak 287 tahun yang lalu.

Sheikh Abd Aziz Sheikh Mohamad
Sheikh Abd Aziz Sheikh Mohamad

Generasi keenam Nakhoda Nan Intan, Sheikh Abd Aziz Sheikh Mohamad berkata, masjid berkenaan dibina selepas Nakhoda Nan Intan menjumpai mata air berhampiran persisiran pantai, lalu dibukanya kawasan itu sebagai tempat ibadat dan penempatan.

Menurut beliau, mata air tersebut kini telah dijadikan sebuah telaga yang airnya didakwa tetap berasa tawar, meskipun hanya terletak beberapa meter dari pantai yang berlatar belakangkan Pulau Jerejak.

“Malah, air telaga di masjib ini tidak pernah kering sampai sekarang walaupun ketika Pulau Pinang dilanda musim kemarau,” ujarnya, yang juga Pengerusi Kariah Masid Batu Uban dalam wawancara bersama Getaran.

Menurut Abd Aziz, rekaan asal masjid tersebut ditunjangi empat tiang utama diperbuat daripada kayu cendana yang dikelilingi oleh jeriji besi untuk memisahkan ruangan dalam dan luar masjid.

“Mimbar masjid ini juga diperbuat daripada kayu cendana tetapi ia disapu putih telur untuk menjadikannya lebih tahan lama,” katanya. – Getaran, 17 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Rencana 2 jam yang lalu

Penerbitan Ilmiah Mampu Tinggikan Martabat Bahasa Melayu - Pakar