web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subsidi: Talian Hayat Untuk Rakyat Memerlukan, Bukan Simbol Kemewahan

Subsidi hari ini bukan lagi bersifat pukal dan membuta tuli seperti dahulu. Kerajaan MADANI bergerak ke arah subsidi bersasar, satu anjakan dasar yang cuba menyeimbangkan kelestarian fiskal dengan keadilan sosial. 

Rencana Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2026 10:17AM

Subsidi barangan keperluan harian amat bermanfaat dalam membantu golongan memerlukan - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perkataan subsidi semakin mudah dijadikan bahan ejekan. Ada melabelnya beban fiskal, menuduhnya punca ketirisan, malah tidak kurang menyamakan subsidi dengan budaya malas dan bergantung. 

Di meja forum dan kertas analisis, naratif ini kelihatan kemas, teratur dan kononnya progresif. Namun di luar dewan berhawa dingin, realitinya jauh berbeza.

Bagi jutaan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, subsidi bukan slogan ekonomi atau angka dalam belanjawan. Ia talian hayat. Ia perbezaan antara dapur yang berasap dan periuk yang kosong. Ia juga gambaran jarak antara mampu bertahan dan terjerumus lebih dalam ke kancah kemiskinan.

Tekanan kos sara hidup yang melanda hari ini bukan berpunca kegagalan rakyat mengurus kewangan. Ia didorong faktor luar kawalan mereka seperti kenaikan harga makanan global, gangguan rantaian bekalan, konflik geopolitik, ketidaktentuan pasaran tenaga dan turun naik ekonomi dunia. 

Semua ini akhirnya mendarat di kaunter pasar, stesen minyak dan bil bulanan isi rumah. Dalam keadaan sebegini, tuntutan supaya subsidi dipotong secara tergesa-gesa, tanpa empati dan tanpa peralihan berperingkat, bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah berisiko mencetuskan ketidakseimbangan sosial yang lebih serius. 

Yang menanggung kesannya bukan mereka yang lantang bercakap tentang disiplin fiskal, tetapi rakyat biasa yang sudah sedia terhimpit.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Atas kesedaran inilah Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk meneruskan subsidi, bantuan dan insentif sebagai penampan. Namun syarat ditetapkan jelas, hanya mereka yang benar-benar layak berpeluang merasai nikmat subsidi.

Tujuannya jelas, memastikan rakyat khususnya dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana tidak terkesan secara mendadak oleh kenaikan kos sara hidup yang dipacu faktor luar.

Tahun ke tahun, angka subsidi tidak kecil. Pada 2024, kerajaan membelanjakan lebih RM70 bilion bagi subsidi, bantuan dan insentif. Pada 2025, sebanyak RM58 bilion diperuntukkan, merangkumi subsidi makanan, tenaga, petrol dan pelbagai bantuan sosial. 

Unjuran bagi 2026 pula sekitar RM49 bilion. Ini bukan angka kosmetik, tetapi cerminan keutamaan kerajaan walaupun berdepan kekangan fiskal.

Namun perlu ditegaskan, subsidi hari ini bukan lagi bersifat pukal dan membuta tuli seperti dahulu. Kerajaan MADANI bergerak ke arah subsidi bersasar, satu anjakan dasar yang cuba menyeimbangkan kelestarian fiskal dengan keadilan sosial. 

Penjimatan hasil penstrukturan subsidi tidak disimpan dalam fail, sebaliknya disalurkan semula kepada program yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Antaranya peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang meningkat kepada RM15 bilion pada 2025, berbanding RM10 bilion sebelumnya, termasuk tambahan RM2 bilion Penghargaan SARA secara ‘one-off’. Bagi keluarga B40 dan M40, bantuan ini bukan teori ekonomi, sebaliknya wang tunai untuk membeli beras, susu anak, ubat dan tambang harian.

Peruntukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula meningkat kepada RM2.9 bilion, berbanding RM2.4 bilion sebelumnya. Ini menyentuh terus golongan paling rapuh seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga miskin tegar. Mereka ini sering menjadi mangsa pertama setiap kali harga naik, tetapi suara terakhir didengari.

Kerajaan turut memperuntukkan RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup secara lebih menyeluruh, termasuk usaha pengawalan harga barangan asas. Di bawah inisiatif ini, Program Jualan Rahmah MADANI menerima RM600 juta untuk menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan di semua 600 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan. Program ini tidak memilih bulu. Apabila harga distabilkan, semua rakyat bernafas lega.

Dalam sektor pendidikan, peruntukan bagi 17 jenis bantuan termasuk makanan asrama, bantuan awal persekolahan dan prasekolah meningkat kepada RM5.3 bilion. Ini pelaburan jangka panjang yang sering dipandang remeh. Meringankan beban ibu bapa hari ini bermakna menyelamatkan masa depan anak-anak esok.

Pesawah juga tidak dilupakan. Peruntukan subsidi dan insentif pertanian ditingkatkan kepada RM2.6 bilion. Ini bukan sekadar soal kebajikan petani, tetapi keterjaminan makanan negara. Tanpa pesawah yang mampu bertahan, slogan keselamatan makanan hanyalah retorik kosong.

Subsidi petrol pula sering dijadikan sasaran politik. Melalui BUDI MADANI RON95, kira-kira 16 juta rakyat layak menikmati harga RM1.99 seliter berbanding harga pasaran RM2.05, dengan had munasabah dan kawalan ketirisan. Ia bukti subsidi boleh disasar tanpa mengorbankan keadilan.

Subsidi petrol BUDI95 antara ‘pemberian’ kerajaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat - Gambar hiasan
Subsidi petrol BUDI95 antara ‘pemberian’ kerajaan yang memberi manfaat besar kepada rakyat - Gambar hiasan

Namun masih ada pihak yang gemar mempersenda usaha ini. Subsidi dilabel kononnya memanjakan rakyat, melemahkan daya saing dan membebankan negara. Kritikan ini mungkin laku di kalangan elit, tetapi terputus daripada denyut kehidupan sebenar.

Bagi rakyat yang bergelut membayar sewa, mengurus pendidikan anak dan menampung keperluan asas, subsidi memberi ruang bernafas. Ia menstabilkan pendapatan boleh guna dan mengelakkan kemiskinan menjadi warisan.

Selari Kerangka Ekonomi MADANI, matlamatnya bukan meninggikan siling segelintir, tetapi menaikkan lantai seluruh rakyat. Apabila golongan bawahan dan pertengahan diperkukuh, ekonomi negara turut menjadi lebih mampan.

Kesimpulannya, subsidi bukan dosa fiskal. Ia tanggungjawab moral sebuah negara. Selagi kos sara hidup terus menghimpit dan realiti rakyat belum stabil, subsidi bersasar yang berhemah dan berperikemanusiaan akan kekal sebagai nadi keseimbangan sosial dan ekonomi negara.

Bagi mereka yang masih mempersoalkannya dari jauh, cubalah turun ke bawah dan dengar denyut nadi rakyat sebelum menghakimi. - Getaran, 19 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia, Singapura Laksana Sistem Imigresen Digital Baharu, Berkuat Kuasa Januari 2027

2

Rencana 14 jam yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

3

Politik 1 hari yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

4

Semasa 2 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Rencana 14 jam yang lalu

Apabila Peraturan Institusi Diubah, Keadilan Menjadi Persoalan

oleh Vinod Sekhar