web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cinta Buat Mohd Ros Suhaimi Terus Berlari

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:58AM

Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim menunjukkan semua pingat yang dikumpulnya sejak menyertai aktiviti larian dari 1993 - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dek kerana minat yang mendalam terhadap aktiviti larian, Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim, 59, menyertai pelbagai acara sukan yang berkaitan dengan aktiviti kegemarannya itu secara konsisten sejak 1993 hingga kini.

Mohd Ros Suhaimi, atau lebih mesra dipanggil Che Ros menyertai pelbagai jenis larian sama ada larian jarak dekat seperti 10 kilometer (km) atau 15km mahupun larian jarak jauh seperti separuh maraton (21km) dan maraton penuh (42km), dan sehingga kini beliau telah mengumpul lebih 500 pingat larian.

Berkongsi minatnya itu kepada Bernama, Che Ros yang merupakan petugas Jabatan Penjara berpangkat sarjan mejar berkata beliau mula berkecimpung dalam sukan larian ketika masih bekerja di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini Suruhanjaya Koperasi Malaysia).

“Pada tahun terakhir iaitu 1993 di Jabatan Pembangunan Koperasi sebelum ditawarkan kerja di Jabatan Penjara, saya baru mula aktif dalam sukan larian kerana ada pertandingan antara agensi di bawah Kementerian Luar Bandar ketika itu.

“Jadi, masa itulah saya masuk sukan larian seperti larian jalan kaki, pecut 100 meter (m) dan 200m sebelum mencuba larian separuh maraton pertama iaitu sempena pembukaan Stadium Shah Alam pada tahun 1993. Selepas itu, menyertai sukan larian menjadi sebati dalam hidup saya,” katanya.

Berkongsi perihal konsistensinya dalam sukan itu, bapa kepada empat anak itu berkata beliau melakukannya kerana iltizam yang tinggi ingin mewakili Jabatan Penjara Malaysia dalam setiap penganjuran kejohanan trek dan padang yang melibatkan anggota dari penjara negara Asia Tenggara lain.

Antara koleksi pingat dikumpul Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim sejak menyertai aktiviti larian - gambar BERNAMA
Antara koleksi pingat dikumpul Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim sejak menyertai aktiviti larian - gambar BERNAMA

Menurut Che Ros sepanjang mewakili jabatannya sebanyak tiga kali sehingga tahun 2019, beliau pernah membawa pulang tiga pingat gangsa bagi kategori jalan kaki 10,000m, 1,500m dan 800m.

“Dalam jabatan penjara juga ramai atlet, jadi saya perlu bersaing dan mengekalkan stamina yang ada untuk dipilih mewakili jabatan terutama bagi kategori larian jarak jauh sehingga berpeluang melancong ke luar negara seperti Brunei, Singapura dan Thailand,” katanya yang pernah merekodkan catatan terbaik empat jam 35 minit bagi acara larian maraton penuh.

Ditanya pula bagaimana beliau boleh mengumpul sehingga lebih 500 pingat dalam acara larian sejak 1993, Che Ros yang berasal dari Raub, Pahang berkata beliau akan sedaya upaya menyertai pelbagai penganjuran sukan larian yang diadakan pada setiap hujung minggu di seluruh negara.

“Jadi, aktiviti hujung minggu saya akan dipenuhi dengan acara larian, kadang-kadang dua hari berturut-turut seperti Sabtu dan Ahad, tapi sekarang apabila di usia senja tidak lagi seperti dulu, namun tetap berlari dan tumpuan banyak pada acara yang belum pernah saya sertai,” katanya.

Antara koleksi sijil penyertaan dan bib larian dikumpul Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim - gambar BERNAMA
Antara koleksi sijil penyertaan dan bib larian dikumpul Mohd Ros Suhaimi Mohd Taharim - gambar BERNAMA

Sementara itu pelari amatur yang juga jurulatih larian, Azwan Bunjing menyifatkan pencapaian Che Ros amat mengagumkan kerana tidak ramai pelari di Malaysia yang berupaya untuk mengekalkan tahap konsistensi bagi satu tempoh yang lama.

“Saya berharap beliau akan terus berlari untuk kekal sihat walaupun setelah bersara nanti.

“Larian atau berjalan adalah fitrah manusia dan ia boleh dikatakan adalah sukan sepanjang hayat yang boleh dilakukan pelbagai golongan bermula dari usia muda hingga tua tanpa memerlukan skil yang tinggi berbanding sukan lain,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

2

Rencana 4 hari yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

3

Rencana 1 minggu yang lalu

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Rencana 2 minggu yang lalu

Monarki Dan Kekacauan Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Rencana 1 hari yang lalu

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

oleh Sophia Ahmad