Berita Terkini

9 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Tumpuan Kepada Datuk Bandar Ketika KL Bakal Ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19

Rencana Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:16PM

Mahadi Che Ngah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalam situasi negara bakal beralih ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bermula pada 1 April ini, penduduk dan perniagaan di Kuala Lumpur (KL) mengalihkan perhatian mereka kepada pentadbiran Datuk Bandar, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Usaha Mahadi dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk ibu kota diakui, tetapi ia juga tertakluk kepada cadangan penambahbaikan daripada penasihatnya.

Beliau digambarkan sebagai ketua yang efisien dengan visi dan polisi bagus buat segelintir, tetapi bagi sesetengah pula, walaupun dasar tertentu diperkenalkan untuk membantu peniaga mengharungi pandemik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya memberi penekanan lebih untuk membantu peniaga.

Meskipun dapat mencapai sesetengah matlamat utamanya untuk menangani banjir kilat, kesesakan lalu lintas dan isu tadbir urus, cabaran terbesarnya sentiasa mengemudi Kuala Lumpur ke pemulihan pasca-COVID-19.

Menjadikan KL bandar yang lebih mesra alam, sesuai didiami

Bercakap kepada The Vibes, mantan ahli lembaga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrim Tamrin teringat bagaimana Mahadi berkongsi rancangan untuk menjadikan KL sebagai bandar pengangkutan mampan yang mesra rakyat.

Di antara cadangan beliau adalah untuk mewartakan lokasi tertentu seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai zon pejalan kaki sahaja, memperluaskan laluan basikal dan mengurangkan laluan kenderaan, menurunkan had laju kepada 30 km/j di kawasan tertentu serta memperkenalkan caj kesesakan bagi kenderaan persendirian.

“Mahadi mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti bandar Seoul dan Singapura dengan mengadakan lebih banyak ruang untuk orang ramai serta mengurangkan kenderaan persendirian.

“Ini semua cadangan baik. Sebagai contoh menurunkan had kelajuan, ia akan menjadikan kawasan jalan raya lebih selamat dan mengurangkan pelepasan karbon.

“Beliau juga mahu menutup beberapa jalan kepada kenderaan persendirian,” katanya.

Shahrim berkata, wawasan Mahadi datang daripada latar belakangnya sebagai seorang perancang bandar.

Datuk Bandar itu yang memegang ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang sama, memulakan kerjayanya di DBKL pada 1983 sebagai perancang bandar serta memegang jawatan Pengarah Eksekutif (Perancangan) sebelum bersara pada 2019.

Beliau kembali daripada persaraan untuk tempoh dua tahun bermula daripada 1 Oktober, 2020 yang bermakna beliau hanya mempunyai enam bulan untuk mencapai matlamatnya.

Telus dan mengamalkan pendekatan turun padang

Pengarah pengasas Veritas Architects, David M Hashim berkata, latar belakang Mahadi sebagai perancang profesional, sesuatu yang tidak dikongsi oleh penjawat jawatan sebelumnya, bermakna beliau sentiasa terbabit secara langsung dalam butiran teknikal keputusan dasar perancangan bandar dan peraturan bangunan.

“Saya banyak kali melihat interaksi di antara Mahadi dengan pemaju dan pemilik hartanah. Beliau sentiasa sopan, banyak membantu dan berusaha keras untuk menerangkan kenapa kekangan serta peraturan rekaan bandar diadakan.

“Bila ada masa sesuai, beliau mengadakan mesyuarat rasmi dengan ahli DBKL lain untuk mempertimbangkan cadangan dibuat. Dan beliau penyokong kuat mempromosikan usaha CSR perniagaan, terutamanya sebagai tindak balas kepada keperluan berkaitan pandemik golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Menurut David, Mahadi sangat berminat dengan topik bandar pintar dan bagaimana Kuala Lumpur boleh berkembang menjadi lebih ‘mesra pengguna’ dengan mengaplikasikan teknologi digital, malah mereka ada membincangkan penyelesaian pintar seperti pengesan tenaga jarak jauh untuk mengesan serta mengurangkan kesan ‘pulau haba bandar’.

“Beliau menggalakkan pemilik bangunan memasang sistem tenaga pintar. Beliau juga mempunyai rancangan untuk mewujudkan model digital bandar, supaya perancangan bandar masa depan lebih sistematik dan terurus.

“Saya tidak fikir ada seorang datuk bandar yang lebih ghairah tentang ‘penghijauan’ bandar, dan ini sudah tentu akan menjadikan KL lebih sesuai untuk didiami dan menarik kepada pelancong,” katanya.

David juga memuji komitmen Mahadi terhadap ketelusan dalam berurusan dengan pemimpin perniagaan yang membantu merungkai budaya mencari pengecualian atau rayuan khas untuk pertimbangan pembangunan lebih baik.

Ketua Sacha and Tan Architects Sdn Bhd, Soon Tan, bersetuju dengan David bahawa Mahadi adalah orang yang kerap turun padang untuk memantau dan memeriksa isu melanda ibu kota itu.

Beliau juga memuji Datuk Bandar kerana mempercepatkan adaptasi digital dalam perancangan bandar, termasuk memasang kamera dan penderia sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan trafik untuk memantau lalu lintas, jenayah serta memastikan keselamatan.

DBKL memasang kamera dengan ciri kecerdasan buatan (AI) 24 jam bagi pengurusan sistem trafik pintar, pemantauan jenayah, pemantauan komuniti dan pemantauan aset DBKL melalui Kuala Lumpur Command and Control Centre.

Mahadi juga menunjukkan minat untuk menangani akibat perubahan iklim semasa dan akan datang untuk memenuhi keperluan KL.

Ini termasuk menerajui penggabungan Matlamat Pembangunan Mampan ke dalam draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040, pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon 2030 dan Pelan Tindakan Iklim 2050.

DBKL juga sudah menyediakan bilik gerakan 24 jam untuk memerhati dan menguruskan banjir di KL.

Walaupun diakui banjir kilat akan berterusan, usaha proaktif seperti bilik gerakan ini adalah penting untuk mencapai penyelesaian lebih mampan.

Program 1 Komuniti 1 Kitar Semula (1C1R) DBKL baru-baru ini yang menukar bahan buangan kepada keperluan asas atau potongan bayaran sewa, dilihat sebagai langkah meringankan beban golongan B40, di samping menggalakkan amalan kitar semula dan pemuliharaan alam sekitar.

Pengecualian dan lesen

Bagi mantan penasihat kanan DBKL, Datuk P Gunaseelan, visi Mahadi sering terhalang oleh pihak yang mempunyai hak.

Beliau berkata ini membawa kepada persepsi umum bahawa beberapa bahagian dalam sistem memerlukan penambahbaikan segera dan ia boleh ditambahbaik dengan melatih semula tenaga kerja di setiap jabatan.

Gunaseelan menyatakan bahawa DBKL sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk meringankan beban dihadapi penduduk dan perniagaan semasa pandamik.

Antaranya adalah memberi diskaun sewa kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan premis perniagaan, selain memperkenalkan lesen sementara KL Prihatin untuk membenarkan mereka yang terkesan memulakan perniagaan kecil tanpa membayar yuran lesen.

Datuk Bandar itu juga memastikan bahawa perniagaan yang beroperasi di bawah lesen hiburan (dilarang beroperasi sepanjang pandemik) diberi peluang untuk memohon lesen operasi tambahan untuk beroperasi sebagai restoran dan bar.

Menurut jurucakap Persatuan Pemilik Bar dan Restoran Bangsar, Joshua Billique, langkah diambil Mahadi itu membantu banyak premis yang tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini untuk kembali berniaga, walaupun di bawah bidang perkhidmatan berbeza.

“Kita perlu menjadi kreatif dalam menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Bersaing dengan pemain industri makanan dan minuman tradisional menjadi lebih sukar,” katanya.

Apa yang perlu diperbaiki

Manakala, bagi Bendahari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia, Datuk AT Kumarajah, antara cadangan utama adalah DBKL perlu membenarkan tempoh moratorium sebelum membanteras perniagaan tidak patuh, bertujuan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan pelbagai peraturan dan keperluan sedia ada.

Kumarajah juga mencadangkan agar DBKL dan majlis tempatan lain perlu menarik balik semua sekatan yang masih ada ke keadaan pra-pandemik bagi memastikan keseragaman.

Presiden Persatuan Pusat Beli Belah Malaysia Tan Sri Teo Chiang Kok turut berpendapat bahawa semua halangan untuk membuka semula ekonomi sepenuhnya harus dihapuskan serta-merta, malah mencadangkan supaya tempoh sah lesen untuk menjalankan perniagaan dilanjutkan secara automatik selama dua tahun tanpa bayaran.

“Ini munasabah kerana pada 2020 dan sebahagian besar 2021 perniagaan tidak dibenarkan dibuka dan oleh itu, lesen mereka boleh dianggap ‘tidak digunakan’.”

Pada masa sama, Presiden Dewan Perniagaan Melayu, Abdul Halim Hussin turut menggesa DBKL mempercepatkan permohonan lesen, terutama membabitkan usahawan kecil seperti penjaja tepi jalan.

Beliau turut menyeru Dewan Bandaraya supaya mewartakan lebih banyak kawasan untuk penjaja menjalankan perniagaan. - The Vibes, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

3

Muzik 3 bulan yang lalu

The Rose, Kumpulan K-indie Singgah Di Malaysia Sempena Konsert Dawn To Dusk  

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bunuh Peniaga Buah, 13 Warga Asing Ditahan

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut