web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Debat Ajar Individu Kuasai Gabungan Teknik, Ilmu Komunikasi Betul

Rencana Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 6:13PM

Muhammad Izzuddin (dua kanan) ketika berdebat pada satu pertandingan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karisma dan personaliti menarik dimiliki pendebat ternyata membuatkan Muhammad Izzuddin Kamarulzaman, 23, ‘jatuh cinta’ untuk menceburi arena pengucapan awam berkenaan.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kehakiman) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu berkata, pakaian lengkap dan kemas digayakan pendebat, sambil tangan memegang kertas penghujahan, menunjukkan kebijaksanaan  serta kredibiliti tinggi mereka dalam bidang terbabit.

Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.
Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.

Mengimbau detik awal pembabitannya sebagai pendebat, Muhammad Izzuddin memaklumkan, kisah itu bermula ketika dia bertugas sebagai penjaga tempat letak kenderaan bagi satu pertandingan debat ketika di Tingkatan Tiga.

“Masa menjaga parking (tempat letak kenderaan), saya seronok tengok peserta debat bergerak dalam kumpulan dengan pakaian lengkap dan kemas. Ada muka stres, ada tenang tapi nampak seolah-olah takut sebelum masuk bilik sidang.

“Jadi bila pertama kali saya tengok perdebatan masa itu, memang terkejut sebab soalan diberi dan dijawab adalah secara spontan membabitkan isu di luar bilik darjah, tetapi saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti debat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, Muhammad Izzuddin berkata, setahun kemudian, pihak sekolah mengadakan pemilihan untuk mencari pelapis baharu pendebat dan tanpa berfikir panjang, dia hadir mencuba nasib.

“Ketika ujian pemilihan itu, peserta diminta mengupas isu diberikan secara spontan dan yakin, namun waktu itu saya memang terpaksa bergantung kepada teks kerana tiada pengalaman serta kemahiran dalam pengucapan awam.

“Bagaimanapun, rezeki saya terpilih ke saringan kedua. Saya diajar asas dan perincian pengucapan awam, seperti sebutan vokal, jeda percakapan, bahasa tubuh serta bagaimana berhujah dengan betul. Selepas beberapa bulan berlatih, saya terpilih mewakili sekolah,” katanya.

Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.
Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.

Ditanya tarikan bidang perdebatan selepas tujuh tahun menceburinya, Muhammad Izzuddin berkata, ia menjadikan mana-mana mampu menguasai sekurang-kurangnya asas isu di dalam dan luar negara, membabitkan pelbagai topik, antaranya politik, ekonomi, kesihatan, undang-undang, hubungan antarabangsa, sukan, alam sekitar, hiburan.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, bidang terbabit juga mengajar dia mengaplikasi teknik komunikasi baik dalam kehidupan seharian, sekali gus menjadikan pendebat sebagai individu yang boleh memberi inspirasi atau meyakinkan orang ketika mendengar apa diucapkan.

Menurut Muhammad Izzuddin, pembabitan sebagai pendebat turut menjadikan dia lebih berkeyakinan untuk menguasai ilmu dan teknik pengucapan yang menjadi asas pembentukan keyakinan dalam diri manusia.

“Jika mengetahui teknik pengucapan tanpa ilmu, kita ibarat bersembang di kedai kopi sahaja kerana perbualan kita tiada tindakan dan kosong.

“Kalau ada ilmu tapi tiada teknik, penyampaian pula akan menjadi bosan dan lemah, jadi sayanglah jika tiada siapa berminat dengan apa kita mahu sampaikan,” katanya yang bercita-cita bergelar Peguam Syarie.

Muhammad Izzuddin (kiri) bersama rakan pasukan debat.
Muhammad Izzuddin (kiri) bersama rakan pasukan debat.

Berkongsi ‘pahit manis’ sebagai pendebat, Muhammad Izzuddin berkata, arena debat menuntut peserta menghadiri sesi latihan, termasuk pada cuti semester yang adakala menyebabkan mereka tidak boleh pulang bercuti ke kampung seperti rakan sekuliah lain.

Jelasnya, pendebat juga perlu melakukan analisis fakta yang terlalu banyak melangkaui pelbagai jenis topik, untuk memastikan mereka menguasai semua bidang ilmu.

Ujar Muhammad Izzuddin, kelebihan diperoleh sebagai pendebat adalah peserta dapat berkunjung ke merata tempat untuk menyertai pertandingan.

“Pada masa sama, kita (pendebat) dapat merasa kemesraan dan kebergantungan sesama ahli kumpulan sangat kuat kerana masih-masing perlu saling membantu serta bekerjasama.

“Bila kita mencapai kejayaan dalam pertandingan, kita rasa lega dan berbaloi kerana segala penat lelah serta usaha kita seperti berbayar, masa itu tahap syukur kita hanya tuhan tahu,” katanya.

Kongsi Muhammad Izzuddin berkata, cabaran paling besar dalam bidang perdebatan adalah menangani isu antara ahli kumpulan, iaitu bagaimana mewujudkan sinergi dengan mereka yang mempunyai batas kemampuan dan pendapat berbeza.

Bertambah sukar katanya, apabila masing-masing mempunyai pemikiran berbeza terhadap bukaan konsep usul perdebatan, sekali gus menyaksikan perlu ada satu jawapan dan justifikasi jelas untuk menentukan hujah siapa perlu dipilih tanpa menguris hati rakan sekumpulan.

Cabaran besar juga, jelasnya, boleh dihadapi apabila ada rakan sepasukan ‘menikam’ kes sendiri, iaitu tersalah memberi hujah.

Muhammad Izzuddin bersama ibu.
Muhammad Izzuddin bersama ibu.

“Dalam keadaan ini, ahli pasukan lain tidak boleh terus melenting, kita kena bertenang dan teruskan sahaja perdebatan seperti biasa. Ahli selepas itu perlu cuba sedaya upaya mengembalikan semula perdebatan di landasan sepatutnya.

“Cabaran lain adalah ketika perlu menggunakan sebaiknya waktu perbincangan 30 minit diberikan sejurus usul diumumkan untuk berfikir dan menentukan hujah apa akan diutarakan ketika perdebatan,” katanya.

Mengulas mengenai latihan, Muhammad Izzuddin yang juga Pendebat Terbaik Liga Pertandingan Debat Alam Sekitar 2019 itu berkata, sesi pemantapan kemahiran itu dijalankan secara berkala dan sekiranya hari pertandingan semakin hampir, ia boleh diadakan setiap hari.

Sesi latihan, katanya, dikendalikan pelbagai pihak, seperti tenaga pengajar yang disediakan penasihat Kelab Orator Unit Bahasa Melayu, pembabitan alumni dan rakan daripada kursus pengajian berbeza.

Dia berkata, latihan dipecahkan kepada beberapa jenis, antaranya sesi pengucapan membabitkan perjalanan penuh hari perdebatan atau ‘mock debat’.

“Latihan lain adalah pengukuhan hujah yang melibatkan analisis fakta melalui bacaan artikel dan kajian.

“Manakala latihan emosi dan jeda pula diadakan untuk melatih kita dalam menentukan naik turun nada ketika berucap,” katanya.

Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.
Muhammad Izzuddin bersama rakan pendebat dan pasukan UnisZA selepas menenangi satu pertandingan debat.

Berbicara soal harapan, Muhammad Izzuddin berkata, dia mendambakan supaya pertandingan debat diperbanyak serta dipelbagaikan, termasuk membabitkan jenis umur berbeza kerana bidang terbabit adalah medium perkongsian ilmu tanpa ada mana-mana pihak betul dan salah.

“Perdebatan juga perlu dinormalisasikan dalam kehidupan seharian, agar kita terbiasa berbahas atau memberi pandangan menerusi teknik penyampaian betul serta disokong fakta.

“Ini bagi menyokong sesuatu pandangan dan bertukar pandangan dalam keadaan menghormati orang lain,” katanya yang pernah mewakil negara ke acara hubungan antarabangsa di Kemboja dan Thailand. - Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

2

TARA 3 tahun yang lalu

Misteri Kehilangan Zalina Azman, Ini Ramalan Diva AA- Azwan Ali 

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Awesome TV  Gunakan Khidmat Pak Nil Mantapkan ’Berita 757’

4

Kolum 4 tahun yang lalu

Menjadi Artis Rakaman Di Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat