Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menjadi Artis Rakaman Di Malaysia

Minggu ini Ad Samad berkongsi realiti sebenar insan seni yang berimpian mengecap kemasyhuran bersandarkan "passion" sebagai pemuzik dan artis rakaman.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 11:38AM

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap insan yang menjadi pemuzik atau penyanyi rakaman adalah kerana passion atau cinta yang mendalam terhadap muzik serta menyimpan impian untuk menjadi terkenal.

Tanpa cinta yang mendalam dan impian kemasyhuran, dan tanpa kesanggupan memperjudikan nasib yang mungkin menjurus kepada kehidupan yang sukar; seseorang itu lebih baik berusaha di dalam bidang lain yang mempunyai laluan kerjaya atau career path yang konvensional seperti menjadi doktor, astrophysicist, akauntan, guru atau polis.

Seperti bidang ekonomi, perniagaan dan pelaburan saham; menjadi artis di dalam industri muzik adalah satu lapangan ketidaktentuan, atau a field of uncertainty.

Malah lebih teruk lagi, tidak ada sebarang strategi atau formula kepada kejayaan. Kebarangkalian untuk berjaya adalah amat rendah dan jangka hayat di puncak jaya pula pendek.

Bidang ini tidak pernah menjanjikan sebarang pangkat, jawatan atau anugerah walaupun berkecimpung selama bertahun-tahun di dalamnya. Tiada skema bayaran yang berasaskan tahun penyertaan. Bayaran kepada artis lama yang pernah popular tidak semestinya lebih tinggi daripada artis baharu.

Ramai artis rakaman yang pernah menikmati zaman kemasyhuran dan kegemilangan, tetapi menempuhi hari kemudian yang sukar kerana gagal mengekalkan diri mendapat tawaran rakaman dan pertunjukan. 

Paling penting, mereka telah gagal mempelbagaikan punca pendapatan menerusi sumber lain seperti simpanan berfaedah tinggi, pelaburan dan perniagaan.

Setiap artis rakaman mesti menganggap industri muzik bukan satu kerjaya, tetapi hanyalah satu peluang atau opportunity.

Arena muzik popular adalah untuk orang muda yang menarik, berbakat dan kreatif.

Lumrahnya, orang muda akan tua. Bakat akan berkarat. Kreativiti akan kering. Citarasa jua berubah.

Apabila seseorang itu berjaya mengecapi populariti, mereka seharusnya menganggap tempoh hayat kepopularitian hanyalah 5 tahun. Rangkakan satu exit strategy untuk kehidupan selepas popular dengan membuat pelaburan kewangan dan menggunakan populariti untuk memajukan perniagaan demi masa depan yang lebih baik. 

Bagi wanita jelita dan rupawan, resam dunia memberi mereka kelebihan. Sentiasa ada golongan bangsawan dan hartawan yang mencari isteri muda dan kedua. Rugi sekiranya gagal memikat golongan kayangan tatkala sedang masyhur. Begitupun, bukan bererti tiada lelaki popular yang bersugar mummy.


 

Mempunyai Daya Tarikan

Bidang muzik bukan sahaja memerlukan kebolehan bermain alat muzik atau menyanyi, serta lambakan kreativiti untuk mencipta muzik, malah seseorang itu mesti mempunyai sesuatu yang menarik tentang dirinya. 

Itulah the X factor.

X factor adalah satu ciri atau kualiti semulajadi yang kuat dan istimewa yang terdapat pada seseorang lalu menjadikan mereka memiliki aura atau daya tarikan yang menarik dan memikat para insan kepadanya. 

X factor mungkin terdapat pada gaya, paras rupa atau keunikan pada bakat seseorang. Seringkali sukar untuk dihurai atau ditetapkan apakah dan di manakah x factor seseorang itu.

X factor itulah yang membuat seseorang menawan apabila di pentas, di layar perak, di kaca TV atau di majalah.

Siti Nurhaliza tidak akan berjaya di dalam bidang muzik jika sekadar bersandar kepada suara emasnya. Mujurlah beliau mempunyai personaliti dan rupa yang amat disenangi, malah sedap dipandang.

Di manakah X factor Siti Nurhaliza?

Mungkin keseluruhan diri Siti Nurhaliza daripada suara, rupa dan keperibadiannya adalah x factor.


Sedikit Latar Belakang Industri Muzik

Di Malaysia, muzik dari sudut ekonomi adalah anak buangan yang terpinggir. 

Bidang kreatif keseluruhannya, termasuk filem, permainan video, seni tampak dan lain lain, hanya menyumbang sekitar 1.9 peratus iaitu bersamaan RM29.4 billion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ramai yang berpendapat bahawa jumlah peratusan ini tidak tepat kerana ia tidak berdasarkan data yang komprehensif.

Ripple Effect daripada industri muzik tidak diambil kira. Iaitu bagaimana muzik telah mewujudkan kesan riak dan berangkai terhadap lain-lain industri seperti bidang penyiaran, pelancongan, Food & Beverage (F&B) atau restoran dan kedai makan, pusat pusat hiburan, dan pelbagai ruang mikro ekonomi di dalam negara. 

Kesan daripada perangkaan KDNK yang disebut di atas; industri muzik tidak akan dipandang sebagai satu industri yang penting dan para pemuzik akan terpinggir daripada pelbagai manfaat seperti subsidi, geran, pencukaian atau kemudahan perbankan seperti yang dinikmati oleh para pemain industri industri lain.

Tiada institusi sama ada kementerian, perbadanan kerajaan, parti politik atau syarikat syarikat gergasi yang memandang serius para penggiat muzik dari sudut ekonomi, tetapi hanyalah sebagai bahan seronok-seronok atau halwa telinga dan mata.

Hak yang ada pada para penggiat muzik seperti yang tertakluk di dalam Akta Hak Cipta tidak sepenuhnya dipelihara dan dilindungi. Sebagai contoh, tiada pemantauan dan pengauditan terhadap tata urus dan perakaunan, serta penyemakan terhadap perlembagaan atau Memorandum of Articles badan badan pelesenan. 

Badan badan perlesenan adalah sesuatu yang membabitkan wang kutipan berjumlah ratus juta setahun daripada para pengguna. Ia adalah sumber pendapatan yang penting bagi penggiat muzik. 

Gambar sekadar contoh perlembagaan sesebuah badan pelesenan.
Gambar sekadar contoh perlembagaan sesebuah badan pelesenan.

Tetapi, badan-badan pelesenan beroperasi seperti berundang-undang rimba akibat tiadanya pemantauan daripada pihak yang berkuasa. 

Pelbagai persatuan yang menggunakan muzik di dalam perniagaan mereka, kerap merungut malah menentang badan-badan perlesenan tertentu kerana mengenakan tarif yang keterlaluan, pengagihan royalti yang tidak jelas, serta kesangsian mereka bahawa hasil kutipan benar-benar sampai kepada para penggiat yang selayaknya.

Kontrak-kontrak pincang dan berat sebelah yang menjerat para penggiat juga tidak pernah mendapat pembelaan. Waris-waris para seniman legenda terpaksa berjuang bersendirian demi mendapatkan hak mereka yang selama ini ‘dirompak’ oleh syarikat-syarikat yang tidak jujur.

Golongan yang kononnya mewakili industri muzik apabila melakukan pertemuan dan perbincangan dengan pihak kerajaan adalah rata-ratanya wakil atau boneka para syarikat. Para penggiat muzik yang mempunyai nama, terutamanya daripada keturunan Melayu akan diletakan di barisan hadapan untuk menampakan kononnya mewakili kelompok demografik terbesar para pelaku muzik kita.

Para boneka yang mewakili kepentingan para tauke tidak akan memberi gambaran yang tepat mengenai industri muzik dan para penggiatnya. Perkara-perkara yang dikehadapankan oleh para boneka adalah perkara yang lebih mengutamakan para syarikat berbanding dengan kepentingan para penggiat secara langsung.

Keadaan semasa yang disebut di atas bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi, malah terhadap sosial dan budaya kita keseluruhannya.


Muhasabah

Kesimpulannya, sesiapa yang ingin menceburi bidang muzik mestilah bersedia menghadapi segala cabaran yang direntang serta bermuhasabah sama ada diri telah cukup semangat, bakat, rupa dan personaliti. 

Ibubapa yang bercadang menghantar anak anak mereka ke kolej atau akademi muzik, mesti berfikir banyak kali terhadap masa depan anak mereka.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kejayaan di dalam bidang muzik adalah bersandar kepada nasib semata-mata.

Untuk menjadi Siti Nurhaliza atau berjaya sepertinya adalah 1 di dalam 32.7 juta.

Sesungguhnya Siti Nurhaliza adalah satu anomali.

Tiada kaedah saintifik dan matematik untuk mengulangi atau replicate jejak langkah kejayaannya. - Getaran 16 Mac 2022



Ad Samad adalah penulis lirik yang telah lebih 20 tahun menulis untuk artis artis popular dan mendambakan hidup di dalam sebuah masyarakat yang mempunyai budaya pemikiran saintifik serta citarasa seni halus yang tinggi

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Motaz Azaiza Tersenarai Men Of The Year GQ Middle East

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok