Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Malaysia #QuranHour Berlangsung Pada 30 Ogos, Sempena Hari Kebangsaan

Dengan tema ‘Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang’, acara Malaysia #QuranHour ke-7 akan diadakan pada 30 Ogos, sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:33AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia #QuranHour tahun ke-7, bertemakan ‘Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang’ akan diteruskan dengan kerjasama dan sokongan rakan Sinergi Media Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata agenda berinteraksi dengan al-Quran tahun ini sempena Hari Kebangsaan itu membawakan formula untuk menyembuh dan merawat Malaysia dengan solusi daripada Ilahi iaitu, Surah Al-Mulk dan juga tujuh Surah Musabbihat.

Beliau berkata seruan berinteraksi dengan al-Quran kali ini disasarkan kepada golongan pemimpin dan ibu bapa untuk mengajak keluarga meluangkan masa sejam pada 30 Ogos ini, bermula pukul 12 hingga 1 tengah hari, untuk diikuti secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

“Dengan kemelut politik hari ini dan suasana pandemik yang bagaikan tiada berpenghujung, ramai yang terkesan sehingga menjadi cabaran bagi mengesahkan pelaksanaan Malaysia #QuranHour di peringkat kementerian, dalam dan luar negara.

“Namun, kami optimis dan berharap bantuan Allah untuk menjadikan Surah Al-Mulk dan tujuh Surah Musabbihat sebagai momentum kepada semua rumah, sekolah, universiti, organisasi, komuniti, pemimpin dan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara ke arah lebih baik,” katanya di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia anjuran WUIF secara maya, hari ini.

Marhaini berkata fokus pelaksanaan sejam bersama al-Quran semasa Malaysia #QuranHour digalakkan diadakan di rumah bersama keluarga masing-masing untuk menghidupkan rumah dengan al-Quran sebagai visi Masuk Syurga Sekeluarga.

Malaysia #QuranHour di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi termasuk TV AlHijrah, RTM, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV, Sinar Harian, Nu Ideaktiv, IKIMfm, News Straits Times Press (NSTP), Zayan FM, Denaihati.com, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran. - Bernama

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Selera 1 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN