Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Adakah Ibadat Korban Anda Sah? Leraikan Kemusykilan Anda

Kami paparkan soal jawab berkenaan ibadah korban yang dianggap relevan dengan perkembangan situasi semasa. Moga bermanfaat buat semua.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 2:27PM

Gambar fail oleh Sadiq Asyraf

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan, pasti ramai di antara kita yang sudah bersedia untuk melaksanakan ibadat korban tanda kesyukuran kita ke hadrat Ilahi. 

Berkorban merupakan salah satu ibadat yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk umat Islam melaksanakan ibadat korban.

Ibadat korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya dan menjadi salah satu ukuran takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa. Memang benar, umat Islam sudah maklum benar tentang ibadat korban namun masih ramai juga yang ingin mendapatkan kepastian tentang amalan yang amat disukai oleh Rasulullah SAW ini.

Berikut kami paparkan soal jawab berkenaan ibadah korban yang dianggap relevan dengan perkembangan situasi semasa. Penjelasan untuk setiap soalan disediakan oleh Ustaz Mohd Riza Kamaruddin, penceramah bebas dan berpengalaman menguruskan ibadah korban sejak 1995 sebagai pengurus program dan penyembelih profesional.

Soalan 1

Hukum korban adalah sunnah muakkadah. Tapi ada sebahagian ulama yang mengatakan ia wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Boleh ustaz terangkan secara lebih terperinci?

Ibadah korban merupakan salah satu ibadah sunnah Ibrahimiyyah yang sangat agung dan tinggi nilainya di sisi Allah yang diteruskan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Bahkan baginda Nabi tidak pernah meninggalkan untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini sepanjang hayatnya sehingga baginda menyembelih sendiri kibas yang gemuk dan sihat untuk dijadikan ibadah korban ini.

Para ulama khilaf dalam menentukan hukum melaksanakan ibadah korban ini. 

Menurut Rabi'ah, al-Auzaie, Imam Abu Hanifah, al-Laith bin Sa'ad, at-Tahawi dan sebahagian pengikut Imam Malik dan pendapat Imam Ahmad bin Hambal mengatakan bahawa hukum melakukan ibadah korban adalah diwajibkan bagi setiap ahli keluarga yang berkemampuan. 

Seorang ketua bagi sebuah keluarga sudah memadai ibadah korbannya dengan seekor kambing atau satu bahagian dari lembu, kerbau atau unta pada 10,11,12, & 13 Zulhijjah, berdalilkan firman Allah yang bermaksud: "Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah kamu."  (al-Kauthar 108:2)

Selain itu, terdapat juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA berkata: "Rasulullah telah menetap di Madinah selama sepuluh tahun dan baginda tetap berkorban (setiap kali menjelang hari raya korban)"  Hadis riwayat Tirmidzi.

Dari Abu hurairah RA Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mendapati dirinya mempunyai kemampuan (diberi rezeki untuk berkorban) lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami." Hadis riwayat Ahmad, ibn majah, Darqutni, hakim dengan sanad yang sahih.

Manakala bagi Imam Syafie pula menghukumkan bahawa ibadah korban ini sunnah hukumnya bukan wajib. Imam Syafie menjadikan hadis daripada Jabir RA berkata: "Aku pernah solat Aidil Adha bersama Rasulullah SAW. Kemudian, selepas selesai solat dibawakan kepada baginda seekor kibas, lalu baginda menyembelihnya sambil mengucapkan 'Bismillahi wa-Allahu Akbar', Ya Allah inilah (korban) daripadaku dan  orang-orang yang tidak berkorban daripada umatku." Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

Soalan 2

Bagaimana pula dengan individu yang mewah harta bendanya, tapi susah atau liat hendak melakukan ibadat korban? Lebih pentingkan tujuan duniawi seperti membeli beg berjenama, melancong atau sering bertukar kereta mewah?

Harta benda, wang ringgit dan kemewahan yang kita miliki itu adalah suatu pinjaman dan kurniaan bahkan ia juga sebagai ujian daripada Allah. Allah menguji hambanya dengan harta dan ingin melihat apakah mereka mahu berkorban sebagai tanda bersyukur atau kufur terhadap pemberian-Nya.

Sangat malang dan rugilah apabila mereka yang berkemampuan ini liat dan kedekut atau berkira-kira untuk melaksanakan ibadat korban, sedangkan Allah dan Rasulnya telah menjanjikan suatu imbuhan dan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti.

Daripada Ibnu Abbas RA berkata bahawasanya Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu perak (harta) yang dibelanjakan lebih utama melainkan (untuk membeli ) haiwan korban pada hari raya korban."  Hadis riwayat Daraqutni.

Justeru itu, lakukanlah urus niaga dengan Allah terhadap harta yang kita miliki dengan melakukan ibadah korban pada setiap tahun yang tentunya akan mendapat manfaat, keuntungan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. 

Dengan membelanjakan kira-kira RM700 hingga RM1,000 setiap tahun untuk menyertai program ibadah korban, tentunya akan meningkatkan lagi nilai taqwa kita kepada Allah. Segala perhiasan dunia yang kita beli belum tentu ada nilainya di sisi Allah. Bahkan, dibimbangi akan termasuk ke dalam golongan kufur nikmat dan melakukan pembaziran yang bakal mengundang laknat daripada Allah di akhirat kelak.

Soalan 3 

Dengan situasi pandemik yang tidak berpenghujung ini, apakah menjadi isu jika kita memilih untuk melakukan ibadat korban di luar negara sedangkan di tanah air sendiri masih ramai golongan fakir miskin atau jatuh susah kerana hilang punca pendapatan?

Ibadat korban sunnah dilakukan di mana kita mendirikan solat sunat Aidiladha atau di mana kita bermukim. Selain itu, kita disunnahkan untuk makan sebahagian daripada daging haiwan yang dikorbankan. Kemudian sunnah untuk kita agihkan kepada golongan fakir miskin dan dihadiahkan kepada saudara mara dan jiran tetangga kita. Itulah keutamaan dalam melaksanakan ibadah korban.

Wallahua'lam, perbuatan melakukan ibadah korban di luar kawasan mukim atau negara tidak pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat, namun jika di tempat kita atau dalam negara daging korban sudah terlalu banyak dan dibimbangi berlakunya pembaziran maka pada ketika itu, ia harus dilakukan di luar negara atau kawasan. 

Namun, dalam suasana pandemik COVID-19 ini kita dapati ramai dalam kalangan kita seakan sudah terputus sumber pendapatan, malah ada yang terputus bekalan makanan sehingga perlu mengibarkan bendera putih. Jadi, adalah lebih baik dan lebih afdal ibadah korban itu dilakukan di dalam kawasan dan negara sendiri. Bukan sekadar dagingnya dapat disedekah dan dimanfaatkan oleh ahli masyarakat setempat, tetapi ia juga dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita. 

Soalan 4

Memandangkan sekarang ini banyak agensi atau syarikat persendirian yang anjurkan pakej ibadat korban di luar negara, jadi ada dakwaan yang mengatakan ada di antaranya tidak wujud ('scammer'). Adakah ibadat korban itu diterima?

Saya tegaskan sekali lagi bahawa ibadat korban itu sunnah dilakukan kawasan jemaah atau di kawasan kita menunaikan solat Aidiladha. Jika ikut panduan sunnah ini tentunya kita akan terselamat daripada segala perkara khilaf berkaitan keabsahan (sah) ibadah korban yang dilakukan. 

Sama ada ibadat korban seseorang itu diterima atau tidak, sah atau tidak setelah menjadi mangsa scammer, kita serahkan kepada Allah atas niat kita itu. Semoga ia juga diterima oleh Allah.

Nasihat saya, apabila mahu melaksanakan ibadah korban maka lakukanlah di tempat kita tinggal bermukim kerana itu lebih baik dan keluar daripada khilaf. Namun, jika seseorang itu berkemampuan, maka bolehlah melakukan satu bahagian lagi di luar negara.

Soalan 5

Ramai yang masih keliru tentang pembahagian daging korban. Boleh ustaz jelaskan supaya ramai lebih faham.

Adalah sunnah bagi mereka yang berkorban agar makan daging sembelihan korbannya, membahagikan (sedekahkan) sebahagian dagingnya dan menyimpan sebahagian yang lain atau yang berlebihan berdasarkan Firman Allah: 

"Makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir."  al-Haj 22:28 

Berdasarkan sebuah hadis daripada Salamah bin al-Akwa, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang sesiapa antara kamu yang berkorban, maka janganlah ada baki daging korban di rumahnya pada hari yang ketiga.”

Pada tahun berikutnya para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan melakukan seperti tahun lalu?" Baginda bersabda: "Sekarang makanlah!, sedekahkanlah! dan simpanlah!. Tahun lalu aku melarangnya kerana pada saat itu orang dalam keadaan kesulitan dan aku ingin membantu mereka dengan daging korban tersebut.". Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan kenyataan hadis tersebut, hukum agihan daging korban itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu satu pertiga untuk dimakan sendiri, satu pertiga untuk disedekahkan dan satu pertiga lagi untuk simpanan sendiri.

Bahkan, tidak menjadi kesalahan jika seseorang itu mengambil keseluruhan daging korban itu untuk dimasak dan dimakan sendiri kerana ahli keluarganya ramai atau dia mengagihkan keseluruhan dagingnya untuk disedekahkan. 

Namun, ia tidak mendapat pahala sunnah kerana tidak makan sebahagian daripada daging korban tersebut. Malah, tidak menjadi kesalahan jika dia mengambil kesemua bahagiannya untuk dimakan dan disimpan sendiri.

Pemilik daging korban itu berhak menentukan siapa penerima daging korbannya.  Cuma diingatkan, jangan lupa berikan kepada mereka yang lebih memerlukan untuk mendapat ganjaran pahala berganda.

Wallahua'lam. Semoga ilmu yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua. - Getaran, 16 Julai 2021.

Semua gambar fail oleh Sadiq Asyraf kecuali foto-foto ustaz milik Ustaz Mohd Riza Kamaruddin

Berita Berkaitan

1

Refleksi 5 hari yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Sedondon Sekeluarga Pilihan Rakyat Malaysia Ketika Sambutan Aidilfitri

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Korban Nahas Kuala Krai Meningkat 4 Orang

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Ugut Bunuh PM Ditahan, Dakwa Tersalah Cakap - Polis Kedah

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 11 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Selera 16 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN