web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Hadiah' Terakhir Buat Jenazah COVID-19 Daripada Penggali Kubur

Walaupun berat tugas yang dipikul, namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Yazrul Ekhzan bersama enam lagi rakan sekerja, yang menjalankan tugas sebagai penggali kubur.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2021 8:47AM

Semua gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bacaan Al-Fatihah serta doa menjadi 'hadiah' terakhir daripada kami buat jenazah pesakit COVID-19, hanya itu sahajalah yang sentiasa dibaca di dalam hati ketika mengusung jenazah sehingga menurunkannya ke liang lahad, demikian kongsi seorang penggali kubur, Yazrul Ekhzan.

Menurut kakitangan Unit Kecil Perkuburan dan Krematorium Perbadanan Putrajaya (PPj) berusia 42 tahun ini, menguruskan jenazah pesakit COVID-19 menjadi ‘terlalu sunyi’, apabila tiada waris dibenarkan berada di tanah perkuburan, untuk bersama-sama mengiringi perjalanan terakhir si mati.

“Memang rasa ralat apabila lihat waris mangsa COVID-19 tidak dapat menyentuh, menatap, mencium jenazah, buat kali terakhir.

“Ada ahli keluarga datang mengiringi van jenazah, tetapi tidak boleh datang dekat di kawasan perkuburan, kerana prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung risiko jangkitan,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Walaupun berat tugas yang dipikul, selain kurang diambil perhatian masyarakat, namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Yazrul bersama enam lagi rakan sekerja, yang menjalankan tugas sebagai penggali kubur.

“Biarlah ‘jasa tidak didendang’ asalkan, ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya,” kata Yazrul yang hampir enam bulan bertugas sebagai penggali kubur.

Petugas pasukan pengurusan jenazah Taman Selatan Putrajaya menguruskan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 sambil disaksikan ahli keluarga dari jarak jauh baru-baru ini
Petugas pasukan pengurusan jenazah Taman Selatan Putrajaya menguruskan pengebumian jenazah pesakit COVID-19 sambil disaksikan ahli keluarga dari jarak jauh baru-baru ini

Jelas bapa kepada empat cahaya mata ini, kes kematian akibat virus maut itu dilihat semakin meningkat awal tahun ini di seluruh negara, termasuk daerah kecil seperti Putrajaya, yang sekali gus menunjukkan virus COVID-19 semakin mengganas.

Mengakui sebelum menerima suntikan vaksin sebelum ini, timbul juga rasa bimbang ketika menguruskan jenazah pesakit COVID-19, namun terpaksa membuang perasaan itu demi tanggungjawab yang diamanahkan.

“Hampir setiap hari pihaknya menerima panggilan telefon dari Hospital Putrajaya untuk menggali kubur, kerana akan ada jenazah yang akan dihantar ke Taman Selatan di Presint 20, yang menggabungkan tanah perkuburan orang beragama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian,” katanya.

Sebaik menerima tugasan yang diamanahkan, beliau bersama enam rakan lain akan terus ke tanah perkuburan untuk kerja penggalian, bagi membolehkan jenazah diuruskan dengan segera bagi mengelakkan risiko penularan virus.

“Kerja berpasukan amat penting, terutama dalam memberi sokongan mental kerana kami terpaksa menghadapi cuaca yang tidak menentu, terutamanya ketika panas terik atau hujan yang terlalu lebat.

Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

“Namun dalam apa jua keadaan, semuanya harus diuruskan dengan pantas, kerana kita tidak boleh terlalu lama dengan jenazah. Apa yang boleh kami lakukan ketika itu adalah, sentiasa berdoa semoga urusan jenazah dapat dipermudahkan dan dikebumikan segera,” katanya.

Melihat situasi pendemik yang masih lagi kritikal dengan kes kematian yang tinggi, menyebabkan beliau sedih apabila ada segelintir masyarakat masih tidak nampak bahaya COVID-19, seterusnya mengambil mudah  penularan wabak dengan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, hanya mereka yang telah kehilangan ahli keluarga atau orang yang disayangi akan sedar bahawa, semua ini adalah benar dan sekiranya masyarakat masih mengambil mudah, tidak mustahil mungkin suatu hari nanti sama ada kita atau keluarga pula yang akan melalui situasi  sama.

Sementara itu, rakan setugas Yazrul, Zulkhurnain Abu Samah, 50, pula menyifatkan kerja penggali kubur walaupun bukan seperti petugas barisan hadapan lain yang menyelamatkan nyawa atau menjaga keselamatan awam, namun tetap memainkan peranan penting terutamanya  ketika ‘perang’  pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

“Ini adalah amanah dan kita perlu melaksanakannya dengan penuh dedikasi walaupun susah. Semasa COVID-19 mula-mula melanda negara, memang (kami) khuatir untuk menguruskan jenazah, kerana ketika itu tidak banyak maklumat mengenai penyebaran virus, sifat virus, dan tahap bahayanya.

Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut
Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut

“Apabila kes harian semakin tinggi dan angka kematian juga meningkat, kami perlu menghadapi tugas dan situasi ini dengan reda,” katanya.

Seorang lagi rakan setugas mereka Mohd Rizal Othman, 41, turut senada dengan sahabatnya bahawa tugas mereka sentiasa terdedah kepada risiko, namun amanah tersebut perlu dilaksanakan dengan baik dalam apa situasi sekali pun.

“Alhamdulillah...Sehingga hari ini, kami tujuh sahabat selamat dan tiada siapa pun yang dijangkiti atau dikuarantin kerana COVID-19. Ini kerana, (berkat) doa yang tidak pernah putus supaya segala urusan dipermudahkan.

“Selain itu sebagai pelindung, kami sentiasa memastikan SOP pengurusan jenazah dan pengebumian yang diberikan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya dipatuhi, terutamanya membabitkan tunjuk ajar dalam pemakaian PPE yang betul, selain memantau kerja kami agar  semuanya selamat,” katanya.

Walaupun kadang kala merasa tertekan dengan tugas yang memenatkan, namun beliau dan rakan-rakan tidak pernah berputus asa, dan yakin penularan wabak ini akan berakhir sekiranya seluruh masyarakat bekerjasama dengan mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengikut nasihat KKM. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN