Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rantaian Pengorbanan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah, penuh peristiwa, keistimewaan dan fadhilat sesuatu amalan. Bulan ini juga sinonim dengan erti pengorbanan kerana peristiwa dan fadhilat yang dilakukan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 9:19AM

Gambar: Konevi, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muharram - Safar - Rabi’ul Awwal - Rabi’ul Akhir - Jamadil Awal - Jamadil Akhir - Rejab - Sya’ban - Ramadan - Syawal - Zulkaedah - Zulhijjah 

Bulan Islam menjengah ke bulan terakhirnya. Tahun 1442H pasti memberi seribu satu pengalaman yang diingati setiap Muslim. Kebanyakan muslim tidak memberi perhatian akan bulan Islam berbanding bulan Masihi.

Manakan tidak, cuba ditanya tarikh lahir kita dalam bulan Islam. Jika tahu dan ada rekod baguslah. Jika tidak tahu jangan khuatir, kini dengan revolusi perindustrian 4.0, kita boleh juga semak tarikh lahir bulan Islam kita. Semua di hujung jari anda. Begitu lah, pendirian kita terhadap bulan Islam, selagi ianya tiada keperluan, tidak patut dilupakan. 

Penulisan kali ini bukanlah untuk bercerita kepentingan bulan Islam tetapi lebih untuk mengajak pembaca memfokuskan bulan terakhir bulan Islam.  Bulan Zulhijjah, penuh peristiwa, keistimewaan dan fadhilat sesuatu amalan.

Bulan ini juga sinonim dengan erti pengorbanan kerana peristiwa dan fadhilat yang dilakukan, bersama dengannya pasti dilaksanakan dengan penuh pengorbanan. Mengorbankan kesedapan dunia demi mengejar fadhilat setiap amalan yang diberi.

Saudaraku sekalian, dalam bulan Zulhijjah, penulis suka mengajak pembaca memegang satu hadith yang menceritakan keistimewaan 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Setiap tahun selepas ini pun, bila bertemu bulan Zulhijjah ini, ingat hadith yang dikongsikan di bawah ini :-

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).” 

[Hadis Riwayat Al-Bukhari]

Dalam hadis di atas menyatakan, kelebihan beramal pada 10 hari awal bulan Zulhijjah hanya dapat ‘dikalahkan’ dengan amalan seorang yang berjuang mempertahankan Islam sehingga dia mati syahid.

Fadhilat yang digambarkan dalam hadis ini diharap sedikit sebanyak dapat mengubati kerinduan tetamu Allah yang ditangguhkan sementara menziarahi bumi Allah, Makkah dan Madinah.

Kerana kebiasaannya jemaah haji pada ketika ini sudah berpusu-pusu ke Makkah tetapi pada tahun ini kerajaan telah menangguhkan perlaksanaan ibadah tersebut akibat penularan COVID-19.

Begitu juga, mereka yang berada di tanah air, hadis ini patut dijadikan pegangan seerat-eratnya bila bertemu bulan Zulhijjah. 

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab istimewanya sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Di sana terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan dalam meraih ganjaran dari Allah. Maka rugilah bagi mereka yang mendapat peluang keemasan ini tetapi mensia-siakannya dengan pelbagai alasan. Antara amalan yang boleh dilakukan adalah:

Pertama, Puasa.

Umat Islam digalakkan berpuasa terutama pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) aku mengharapkan atas Allah SWT agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.” 

[Hadis Riwayat Muslim]

Maka, wajar kita mengambil peluang yang ada ini untuk memperolehi fadhilat ini. Bukan sahaja dihapuskan dosa setahun sebelum, dihapus dosa setahun sesudahnya pula ditambah amalan ini merupakan amalan yang dikasihi Allah SWT kerana ianya dilaksanakan dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Berantai-rantai pahala diganjarkan kepada pelakunya. Ayuh ajak kaum kerabat, sahabat handai dan golongan masyarakat sekeliling untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah ini.

Kedua, Qurban. 

Ibadah Qurban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim kepada anaknya Nabi Ismail bagi memenuhi perintah Allah.  Bukan sahaja Ibadahnya Sunnah, malah makan, hadiah dan sedekah daging qurban kepada orang yang susah lagi fakir juga merupakan tuntutan. Berantai-rantai pahala Sunnah dalam Ibadah Qurban ini. 

Dalam sebuah hadis Sabda Baginda Rasulullah SAW: 

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah SWT selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).’’

[Hadith Riwayat Tirmizi]

Hadith di atas menunjukkan fadhilat melaksanakan ibadah Qurban. Fadhilat ibadah ini sangat besar sehinggakan terdapat ancaman Rasulullah SAW kepada orang yang berkemampuan tetapi tidak mahu berqurban ! 

Maka, bagi yang mempunyai kemampuan, carilah mana-mana agensi yang masih membuka penyertaan untuk menjadi peserta qurban. Kalau tidak di negara kita, paling tidakpun sertai qurban di luar negara yang harganya lebih rendah. Moga segalanya Allah terima dan menjadi asbab kita beroleh syurga. 

Ketiga, Mengingati Allah.

Bukan sahaja 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini, malah seluruh bulan Zulhijjah ini boleh diteruskan mengingati Allah. Yang dimaksudkan mengingati Allah ialah seperti membaca quran dan terjemahannya serta menghidupkan keheningan malam dengan solat-solat sunat.

Dua amalan ini yang paling awal berlegar dalam fikiran penulis saat menitipkan coretan ini yang bagi fahaman penulis merupakan manifestasi ritual ibadah ‘mengingati Allah’. 

Berzikir mengingati Allah pada setiap inci saat dan waktu pada hari-hari yang sangat dicintai Allah adalah satu amalan rantaian yang sangat baik. Segala bentuk amalan yang mengingatkan kita kepada Allah SWT merupakan satu amalan yang sangat dituntut lebih-lebih lagi dengan kita perbanyakan takbir, tahlil dan tahmid.

Hasil daripada amalan-amalan yang dikongsikan penulis, maka keistimewaan yang Allah kurniakan kepada kita pada hari ini marilah sama-sama kita usaha melaksanakannya agar kita sentiasa menjadi hamba Allah SWT yang bersyukur. Lakukan mana-mana amal kebaikan walaupun sedikit asalkan kita tidak terlepas peluang yang ada.

Mudah-mudahan dengan hadirnya Zulhijjah pada kali ini akan dapat mengubah kita menjadi lebih baik berbanding kita sebelum ini. Hidupkan sungguh-sungguh 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini.

Jangan lupa doakan sekali supaya seluruh dunia terutama negara kita diberi kesejahteraan dan bebas daripada ancaman pandemik COVID-19.

Ingat, jika kita sayang Allah dan nabi kita dengan menurut perintah yang diturunkan, nescaya Allah akan lebih mencintai dan menyayangi kita. 

Sekian, wassalam. - Getaran, 11 Julai 2021

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Koh Samui Untuk Pencinta Percutian Pantai

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

14,306 Jemaah Malaysia Menunggu Hari Wukuf

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Merebut Pahala Zulhijjah Dan Menyahut Panggilan Haji

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Ini Masa ‘Tur-baik’ Untuk Bercuti Ke Turki

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN