Berita Terkini

15 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Merebut Pahala Zulhijjah Dan Menyahut Panggilan Haji

Kamu boleh melancong seribu kali di Amerika, Eropah, ya ke mana sahaja yang kamu mahu, tetapi kehadiran kamu ke rumah Allah terlalu istimewa untuk yang dipilih-Nya.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 8:00PM

Umat Islam melakukan tawaf keliling Kaabah di Makkah. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Tiada suatu hari di mana syaitan terlihat begitu kecil, dekil, hina, dan dimurkai kecuali pada hari Arafah” (Hadis). 

Baitullah adalah tempat yang paling berhak untuk didatangi. Sebab, pada dasarnya ibadah haji ada di setiap umat. Mereka harus memiliki tempat yang selalu ditempati mencari berkah di dalamnya ketika mereka melihat penampakan tanda-tanda kekuasaan Allah di dalamnya.

Syukur Allah merestui dan dipanggil-Nya untuk ke rumah-Nya, untuk ibadah Haji 2018. Dan, walaupun empat tahun sudah berlalu, kenangan bersama jutaan manusia di Tanah Suci ini sehingga kini mekar di hati. 

"Miliki wang berjuta belum tentu Allah pilih untuk bertamu ke rumah-Nya" - Gambar hiasan AFP
"Miliki wang berjuta belum tentu Allah pilih untuk bertamu ke rumah-Nya" - Gambar hiasan AFP

Tiada tempat seindah rumah Allah, tiada waktu sebegitu berharga untuk dihabiskan saat menghadap-Mu ya Allah. Selama sebulan aku menyerahkan jiwa raga, dan atas kuasa-Mu ya Allah, aku diberikan sebanyak-banyaknya kesihatan. 

Walau tidurku cuma berapa waktu, aku tidak berasa satu penyeksaan untuk bangun di malam yang syahdu mendekati-Mu. Dan bersama ibadah wajib yang sedia ditekuni, aku tidak sedikit pun berasa lelah. Ya Allah, Kau sediakan payung yang semulia untuk umat-Mu ini. 

Minggu ini sahaja bertubi-tubi pesanan ringkas diterima daripada kawan-kawan yang mohon kemaafan zahir batin kerana dijemput-Nya mereka ke tanah suci Makkah untuk urusan rukun Islam kelima. Air mata saya turut mengalir kegembiraan menyambut berita yang teramat bermakna pada kawan-kawan yang terpilih.

Miliki wang berjuta belum tentu Allah pilih untuk bertamu. Masih terbayang kepiluan satu kumpulan besar dengan bagasi-bagasi; lelaki perempuan siap berihram untuk ke tanah suci dan cuma ada beberapa hari untuk wukuf di Arafah. 

Dan tetiba mendengar jeritan Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar yang dilaung beberapa kali, dan tangisan berapa orang di situ. Bayangkan kepiluan mereka ini, hajat untuk mengerjakan Haji musnah kerana saat akhir visa yang dijanjikan tidak diperolehi.

Teringat, saat di Mina seorang yang duduk di sebelah saya bercerita dengan air matanya yang bercucuran sambil memanjat syukur yang teramat. Ceritanya, dia dan suami dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA. 

"Kamu boleh melancong seribu kali di Amerika, Eropah, ya ke mana sahaja yang kamu mahu, tetapi kehadiran kamu ke rumah Allah terlalu istimewa untuk yang dipilih-Nya" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif
"Kamu boleh melancong seribu kali di Amerika, Eropah, ya ke mana sahaja yang kamu mahu, tetapi kehadiran kamu ke rumah Allah terlalu istimewa untuk yang dipilih-Nya" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Terlalu banyak halangan ditempuhi; banjir yang tetiba, kemalangan yang menghalang perjalanan dan saat sampai ke KLIA, pesawat sudah berlepas. “Allah sahaja yang tahu kesedihan dan penyesalan kami. Sepatutnya kami datang terlebih awal supaya keadaan sebegitu bisa dielakkan, tetapi tidak, kami jangka, kami memang sampai pun empat jam lebih awal.”

“Kehendak Allah, pada keesokan malamnya kami diberi lampu hijau untuk terbang. Namun pesawat yang sepatutnya kami penumpangnya, terlantar di lapangan terbang di Manila. Ceritanya pesawat yang mengambil penumpang Filipina tidak dibenarkan berlepas kerana banjir besar, tiga hari ‘stranded’ dan sebaik dibenarkan berlepas, pintu lapangan terbang di Jeddah pula sudah ditutup kerana waktu wukuf di Arafah.”   

Betul, kamu boleh melancong seribu kali di Amerika, Eropah, ya ke mana sahaja yang kamu mahu, tetapi kehadiran kamu ke rumah Allah terlalu istimewa untuk yang dipilih-Nya. Begitu pun kita tidak tahu, semuanya urusan Allah. Maka persediaan harus dibuat sebaiknya. Paling utama percaya kepada qada dan qadar dan nekad yang Allah mengatur sebaiknya untuk setiap umatnya. 

Lalu apa? Bersedia dengan kewangan secukupnya, bersedia dengan jiwa yang suci dan yakin bahawa kamu akan dipilih-Nya dengan terusan memohon atas kebesaran-Nya kamu sempat menjejak kaki sebelum menutup mata. Bersedia dengan ilmu yang cukup, bersedia dengan niat untuk beribadah bukan untuk dibanggakan yang kamu Allah pilih, yang kamu mulia di sisinya. 

Kawan di Mina juga bercerita, “Kami suami isteri terlalu ingin mengerjakan haji bersama. Suami juga kesihatan tidak berapa baik. Permohonan untuk pergi dengan Tabung Haji juga tidak dilayan. Saya daftar pakej Furada, ‘RM40 ribu seorang,’ kata pihak ejen. 

“‘Kami tidak mampu, RM40 ribu berdua boleh,’ saya memberitahu. Tiada yang dapat dibantu oleh pihak ejen, atau saya atau suami seorang sahaja yang pergi. Itu sahaja pilihan yang ada. Namun suami perlukan saya, dan kami berjanji apapun mahu bersama.”

Niat suci katanya Allah SWT angkat. 

Tiba-tiba ejen yang sama menghubungi pada saat akhir. “Puan, syukur, ada hamba Allah datang bersedekah yakni menampung perbelanjaan.  Hamba Allah itu pun tidak mahu tahu siapa yang kami pilih,” katanya.  “Akhirnya dengan RM40 ribu kami di kem yang sama, dengan pekej yang selesa. Begitulah kehendak Allah,” kata kawan itu. 

"Percaya kepada qada dan qadar dan nekad yang Allah mengatur sebaiknya untuk setiap umatnya" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif
"Percaya kepada qada dan qadar dan nekad yang Allah mengatur sebaiknya untuk setiap umatnya" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Serahkan Segalanya Kepada Allah SWT.

Aku percaya takdir Allah pastilah yang terbaik untukku, dan untukmu juga.

Ya Allah ampunilah aku, sayangilah aku, berikanlah petunjuk kepadaku, limpahkanlah afiat (kesejahteraan) kepadaku, serta kurniakanlah rezeki kepadaku.

Adik-adikku, teman-temanku dan kalian yang kukasihi. Bila panggilan-Nya telah tiba, pergilah dengan hati yang tenang, lapang dan serahkan semuanya kepada Allah.

Dialah perancang akan segalanya. Yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Memberi. Jangan kau risau anak kecil yang ditinggalkan, harta bendamu, binatang peliharaanmu, kelak Allah akan menjaganya.

Saya mengalaminya sewaktu panggilan pertama menunaikan umrah. Di waktu itu, anak-anak  masih kecil. Ihtisham dan Imtiaz masih menyusu malam.

Bagaimana nanti kalau mereka tidak mahu minum, menangis mencari ibunya, bagaimana nanti kalau si 'bibik' lari? Oh, kita memikirkan seolah-olah hanya kita sahaja yang dapat menyempurnakan tugas itu, hanya kita sahaja yang berkuasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak?

Teman-temanku, bila masanya telah tiba, pergilah kerana percayalah Allah pemelihara yang terbaik. Sungguh kerisauan, kebimbangan dan hati yang berbaur antara suka (kerana akan menjejakkan kaki buat kali pertamanya itu), duka (kerana meninggalkan mereka, tetapi langsung tidak tercuit kala di sana.)

Bila kita serahkan kepada Allah dengan hati yang ikhlas, Allah menyediakan pula yang terbaik kepada orang yang kita percaya, yang kita tinggalkan untuk menjaga mereka dan apa jua yang kita sayangi dalam keadaan yang teramat sempurna.

"Teman-temanku, bila masanya telah tiba, pergilah kerana percayalah Allah pemelihara yang terbaik" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif
"Teman-temanku, bila masanya telah tiba, pergilah kerana percayalah Allah pemelihara yang terbaik" - Gambar hiasan oleh Abdul Razak Latif

Anak-anakku, Allah telah menyedia semua yang terbaik untuk kita, hanya mungkin kita sahaja yang kurang bersyukur atau kurang sabar, sehingga kita merasakan kehidupan ini tidak adil.

Bangunlah anak-anakku daripada ‘tidurmu’, dan isi hari-hari kamu dengan kerja yang berfaedah juga terus beribadah, nanti keindahan akan dikecapi di dunia dan di akhirat.

Pesan bondamu lagi, setelah kehidupan yang pendek ini, kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan dan mengikhlaskan untuk Tuhanmu, pasti ada kenikmatan yang menantimu.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Ya Allah, sungguh aku telah banyak menzalimi diriku, dan tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, ampunilah aku dengan ampunan maghfirah dari sisi-Mu. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Ya Allah Kau ampunkan segala dosa anak-anakku. Panjangkan umur mereka. Kau tetapkan hati mereka di dalam iman. Murahkan rezeki dan berikan mereka kesihatan tubuh badan. Kau sembuhkan segala penyakit yang ada di tubuh mereka.

“Ya Allah, berikan kesabaran yang tinggi, budi pekerti yang mulia, jadikan mereka insan yang penuh kasih sayang dan insan terbaik di dunia dan akhirat.”

"Bangunlah anak-anakku daripada ‘tidurmu’, dan isi hari-hari kamu dengan kerja yang berfaedah juga terus beribadah" - Gambar hiasan Unsplash
"Bangunlah anak-anakku daripada ‘tidurmu’, dan isi hari-hari kamu dengan kerja yang berfaedah juga terus beribadah" - Gambar hiasan Unsplash

Untuk ibu dan ayahku yang terlebih dahulu meninggalkan kami, “Ya Allah, aku mohon agar Kau ampunkan segala dosa-dosa mereka, peliharalah dan tempatkan mereka bersama golongan yang mulia di ’llliyyin dan terimalah segala amalan kami di dunia ini sebagai pahala yang mengalir kepada mereka.”

“Ya Allah, Kau berkatilah rumah tanggaku. Panjangkan jodoh kami ya Allah dan satukan kami sebagai suami isteri hingga ke syurga-Mu. Satukan hati kami ya Allah dan limpahkan hati kami dengan kasih sayang, kesabaran, saling menghormati dan saling memerlukan.

“Ya Allah, jadikan aku isteri yang terbaik untuk suamiku, dan jadikan suamiku sebagai suami yang terbaik untukku. Ya Allah Kau redailah perkahwinan kami ini. Ya Allah berikanlah rahmat-Mu agar kami dapat hidup bahagia selamanya. Jangan Kau uji ikatan perkahwinan kami dengan ujian yang tidak mampu kami tempuhi ya Allah.

“Jauhi kami daripada godaan syaitan yang ingin memusnahkan rumah tangga kami dan jauhi kami daripada manusia yang jahat yang mahu meruntuhkan rumah tangga kami. Jauhi kami daripada hasad dengki dan fitnah jahat yang bertujuan menggugatkan kebahagiaan kami”

“Ya Allah, bukakan pintu kebajikan, rezeki yang halal, barakah, nikmat, kekuatan fizikal dan mental, kesihatan, keselamatan dan syurga kepada kami. Hindarkan kami daripada bala dunia dan akhirat dan jauhkanlah kepada kami dengan kebenaran Al-Quran yang besar dan nabi-Mu yang mulia daripada kejahatan dunia dan akhirat.

“Semoga Engkau mengampuni kami dan mereka dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Pengasih lagi maha Penyayang.”

"Buat kita di sini yang tidak menunaikan ibadat haji, jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala berganda" - Gambar hiasan AFP
"Buat kita di sini yang tidak menunaikan ibadat haji, jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala berganda" - Gambar hiasan AFP

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa melaksanakan ibadat Haji semata-mata kerana Allah SWT dan ia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar daripada ketaatan) maka akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih daripada dosa).” HR Bukhari, hadis Sahih.

Dan kita yang di sini, jangan lepaskan peluang untuk mendapat pahala berganda. Zulhijjah bulan mulia, bulan haram yang bermaksud tidak dibenarkan berperang kerana ia dianggap sebagai bulan yang suci, justeru Allah melipat gandakan pahala terutama sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah. 

Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini. “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandingannya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali,” (HR al Bukhari). - Getaran, 3 Julai 2022

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Rencana 4 bulan yang lalu

Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu Mengenai Tak Tolerans Laktosa

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Dijangka Tiba Di Malaysia Rabu Ini

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Agong Zahir Penghargaan Kepada Arab Saudi Berjaya Urus 2 Juta Jemaah Haji

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 7 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan