web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ego Biarlah Bertempat, Jangan Sampai Undang Kebencian

Dalam ajaran Islam, perkataan ‘kibir’ adalah yang paling dekat maksudnya dengan ego dan ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 12:00PM

Antara tanda seseorang itu bersikap egoistik ialah dia tidak menerima kritikan. – Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak orang, banyaklah ragamnya. Dalam kehidupan ini pasti kita akan bertemu dengan banyak kerenah manusia. Ada yang menyenangkan, ada juga yang menjengkelkan.

Mereka yang bersifat egoistik adalah salah satu golongan yang ingin dijauhi kerana mereka ini sukar bertolak ansur, serba betul dan payah untuk mengakui kesilapan.

Cuba anda perhatikan, ada atau tidak di antara ahli keluarga atau kenalan anda yang punya sifat egoistik? Atau adakah diri anda sendiri yang ego?

Menurut psikiatri ternama, Sigmund Freud, ego merupakan prinsip realiti yang wujud dalam keadaan sedar yang membentuk keperibadian seseorang. Namun, ego adalah struktur keperibadian yang tidak berserta dengan agama, moral adat atau norma-norma kehidupan manusia di mana ego yang muncul itu dapat bersifat baik atau buruk.

Jadi, ego ini berkaitan dengan ‘self-esteem’.  Dari sudut positif, ego yang tidak berlebih-lebihan boleh meningkatkan percaya diri, jika ia melampau dan tidak kena pada tempatnya ia hanya memakan diri.

Antara tanda orang itu bersikap egoistik ialah dia tidak menerima kritikan, tetapi suka mengkritik orang lain. Ini kerana dia berasa dirinya cukup sempurna, orang lain tidak bagus.

Selain itu, si egois juga tidak boleh melihat orang lain mendapat pujian. Dia akan berasa cemburu dan sakit hati, lantas mencari jalan untuk menjatuhkan individu terbabit.

Paling menyakitkan hati, golongan ini berasa dia berhak memiliki segalanya berbanding orang lain. Jadi, dia akan mementingkan diri sendiri, abaikan perasaan orang lain.

Memang benar semua orang ada egonya. Namun kita perlu tahu di dalam sesetengah situasi kita perlu rendahkan ego. Jangan biarkan ego memakan diri sendiri sehingga tidak ada orang yang ingin mendekati.

Islam juga melarang sifat sombong dan angkuh (egoistik). Dalam ajaran Islam, perkataan ‘kibir’ adalah yang paling dekat maksudnya dengan ego. Sifat kibir atau sombong, angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

Contoh paling jelas Allah membenci orang yang sombong dan membanggakan diri ialah ketika Dia murka terhadap iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam A.S. Iblis  membesarkan diri kerana menganggap dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam A.S memandangkan dia dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam A.S berasal daripada tanah.

Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)

Sifat sombong juga menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong.

“Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan”.  (Riwayat Muslim) – Getaran, 28 Jun, 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 5 tahun yang lalu

Ego Tidak Ke Mana, Hanya Makan Diri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN