Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Ego Tidak Ke Mana, Hanya Makan Diri

Sekali-sekala mari cermin diri, adakah kita mempunyai sikap ego?

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 9:17AM

Gambar: Diva Plavalaguna, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perasan bagus, kononnya dialah yang paling sempurna, tidak pernah melakukan kesilapan dan pandang orang sekeliling dengan sebelah mata. Ini antara tanda-tanda orang yang ego. Cuba anda perhatikan, ada atau tidak di antara ahli keluarga atau kenalan anda yang punya sifat egoistik? Atau adakah diri anda sendiri yang ego? 

Menurut  Kamus Dewan, ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Menurut psikiatri ternama, Sigmund Freud, ego merupakan prinsip realiti yang wujud dalam keadaan sedar yang membentuk keperibadian seseorang. Namun, ego adalah struktur keperibadian yang tidak berserta dengan agama, moral adat atau norma-norma kehidupan manusia di mana ego yang muncul itu dapat bersifat baik atau buruk.

Jadi, ego ini berkaitan dengan self-esteem.  Dari sudut positif, ego yang tidak berlebih-lebihan boleh meningkatkan percaya diri, jika ia melampau dan tidak kena pada tempatnya ia hanya memakan diri. 

Bagaimana mengenali tanda-tanda seorang itu egoistik? 

1) Tidak menerima kritikan

Kritikan yang membangun sebenarnya diperlukan untuk meraih potensi sebenar dalam urusan kerja, tetapi mereka yang egois tidak melihat perkara ini dari sudut positif. Bagi mereka, semua kritikan adalah usaha untuk menjatuhkan mereka sehingga harus ditangkis dengan segala cara.

2) Suka mengkritik orang lain

Walaupun diri sendiri tidak suka dikritik, tetapi suka mengkritik orang lain di belakangnya. Ini kerana seperti yang dijelaskan di atas, orang yang ego melihat dirinya cukup sempurna sehingga menganggap orang lain tidak bagus. 

3) Sering berasa tercabar

Kerap berasa cemburu atau sakit hati apabila orang lain mendapat pujian. Situasi ini menyebabkan si egois berasa tercabar dan seterusnya berusaha ingin menutup kelemahan sehingga boleh lupa diri. Misi utama adalah memuaskan hati tanpa memikirkan kepentingan orang lain. 

4) Mengabaikan orang yang tidak sependapat

Menganggap individu yang lebih bijak atau lebih matang daripadanya adalah musuh, lebih-lebih lagi jika individu terbabit tidak sependapatnya.

5) Berasa berhak memiliki segalanya

Mahu memiliki segalanya. Tetapi tidak berusaha seperti orang lain untuk mendapatkannya. Sudahlah begitu, mereka juga sering menyalahkan keadaan, bahkan menyalahkan orang lain, atas kesusahan yang dideritanya.

6) Pentingkan diri sendiri

Ego bukan saja membabitkan faktor persekitaran, tapi juga emosi.  Si egois punya pendapat yang  perasaan orang lain tidak perlu dijaga dan boleh disakiti. Yang penting, hati dan perasaan diri sendiri. Tidak langsung punya empati.

7) Melebih-lebihkan pencapaian

Anda pernah bertemu dengan individu yang suka membanggakan pencapaiannya yang tidak seberapa? Itu adalah salah satu tanda egois, mereka memang tidak memiliki sikap rendah hati. Jika bekerja secara berkumpulan, si egois adalah individu pertama beria-ria mencanang tentang kejayaan yang diperolehi. Jika terdapat masalah, dia akan cepat-cepat lepas tangan. 

8) Tidak mahu ambil risiko 

Karakter lain untuk si egois ini ialah dia tidak berani mengambil risiko. Ini kerana mereka takut dengan kegagalan. Mereka mengabaikan pendapat bahawa setiap individu pasti memiliki kekurangan yang seharusnya dapat dilengkapi dengan bantuan daripada orang lain.

Jadi bagaimana? Anda punya ciri-ciri di atas? Jika ada, mungkin sudah sampai masanya untuk anda berubah. Ini kerana ego boleh memakan diri sendiri. 

Islam juga melarang sifat sombong dan angkuh (egoistik). Dalam ajaran Islam, perkataan ‘kibir’ adalah yang paling dekat maksudnya dengan ego. Sifat kibir atau sombong, angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.

Contoh paling jelas Allah membenci orang yang sombong dan membanggakan diri ialah ketika Dia murka terhadap Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam A.S. Iblis membesarkan diri kerana menganggap dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam A.S memandangkan dia dijadikan daripada api sedangkan Nabi Adam A.S berasal daripada tanah. 

Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)

Sifat sombong juga menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan”. - (Riwayat Muslim)

Sifat sombong dan egoistik bukan sahaja menjengkelkan banyak orang ketika di dunia, malah ia juga umpama menempah tiket ke neraka. Berbaloikah anda mendabik dada dengan sifat keji ini? Ego anda tidak akan ke mana, melainkan merugikan diri sendiri. Musuh dicari, hidup dibenci! - Getaran, 26 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 tahun yang lalu

Mencintai Dalam Sepi: 5 Tanda Perlu Peduli

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Refleksi 8 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah