web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Mudah Memaafkan - Kajian

Mereka yang melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan mood dan membantu kesihatan mental seperti bersukan dan menulis jurnal katanya lebih mudah memaafkan orang lain. Benarkah?

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 9:35AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meminta maaf adalah sebuah keberanian. Tapi hanya orang yang mempunyai hati yang besar sahaja boleh memaafkan. 

Rakyat Malaysia rupanya adalah masyarakat yang mudah memaafkan kesalahan orang lain berdasarkan kepada data kajian yang dilakukan jenama gaya hidup, Signature Market baru-baru ini. 

Daripada 4,562 responden dari seluruh Malaysia yang terlibat dalam kajian ini, 10.4 peratus rakyat Malaysia sudah bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain sejurus permohonan maaf dilakukan. 

Sementara yang lain memerlukan masa sekitar seminggu untuk melakukan demikian.

Bukan itu sahaja, mereka yang melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan mood dan kesihatan mental juga ada kaitannya dengan sifat mudah memaafkan. Antara aktiviti yang paling banyak dilakukan adalah bersukan, menggunakan bauan aromaterapi, sentiasa bersyukur, melakukan yoga, menulis jurnal. 

Ajaibnya, mereka yang kerap melakukan aktiviti yang disenaraikan ini hanya memerlukan masa satu jam sahaja untuk memaafkan orang lain.

Pandemik sebenarnya memberi kesan negatif kepada kesihatan mental seseorang. Komunikasi terbatas, tidak boleh melakukan aktiviti luar rumah dan hidup dalam kerisauan akibat peningkatan kes. Maka, untuk keluar daripada perasaan ini, kita disarankan untuk selalu menghitung perkara baik yang terjadi kepada kita setiap hari.

Emosi yang terganggu menyebabkan kita cepat marah-marah. Bercakap tentang cara menangani kemarahan, separuh rakyat Malaysia memilih untuk mengingatkan diri mereka agar kekal bersikap tenang. Diikuti dengan diam atau memendam perasaan. 

Namun, memendam kemarahan sangat bahaya kerana apabila kita sudah meletup, kita cenderung memilih cara tidak sihat untuk menzahirkannya.

Akan tetapi, tiada perkara yang mengundang kemarahan dibincangkan dalam kajian ini. Kalau negara kita diperintah oleh orang yang tidak kompeten, tak pastilah sama ada masyarakat kita boleh memaafkan mereka hanya dalam sejam sahaja. - Getaran, 4 Jun 2021

Semua gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek