Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Alami Sindrom Down, Tidak Halang Remaja Jadi Penghafaz Al-Quran

Hebat sungguh insan istimewa ini, sudah boleh menghafaz al-Quran pada usia 17 tahun. Ayuh, baca kisah menarik Muhammad Luqman dan cara ibu bapanya mendidiknya mengenali al-Quran.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 8:30AM

Gambar: Abdullah Ghatasheh, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dilahirkan sebagai insan istimewa dengan mengalami Sindrom Down tidak menghalang seorang remaja, Muhamad Luqman Nazim Muhamad Fadzli untuk menjadi seorang penghafaz al-Quran.

Walaupun dilahirkan tidak sempurna seperti insan lain, namun Muhamad Luqman Nazim, 17, dikurniakan daya ingatan yang kuat dan terang hati sehingga membolehkannya menghafaz surah-surah lazim seperti al-Fatihah, al-Falaq, an-Nas, al-Kaafirun, al-Asr, al-Fil, al-Ma’un dan al-Kausar sejak kecil.

Menurut ibunya, Farah Nazim Bulya Nazim, 42, yang menetap di Permatang Pauh, Pulau Pinang, anak sulung daripada empat beradik itu mula mengenal huruf, angka dan jawi pada usia dua tahun serta mula membaca ketika berusia enam tahun.

Malah anak istimewanya yang pernah menghidap penyakit jantung berlubang dan injap sempit ketika kecil, menamatkan bacaan Muqaddam semasa berusia 10 tahun dan kini sedang mengaji pada juzuk 15, surah al Isra’ dengan dibantu bapanya Muhamad Fadzli Abdullah, 45.

“Alhamdulillah, Muhamad Luqman Nazim dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat. Dia dapat mengingat sesuatu dalam masa singkat dan cepat, contohnya dia mampu menghafaz surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 hanya dalam tempoh tiga hari dan terbaru, Qunut Nazilah dalam masa sehari.

“Saya sentiasa berbual dan bercakap dengan Luqman dengan sebutan intonasi menggerakkan mulut secara perlahan-lahan kerana saya percaya dalam usia ini dia sebenarnya sedang belajar melalui pergerakan bibir,” katanya kepada Bernama.

Muhamad Luqman Nazim Muhamad Fadzli, 17, (berdiri, belakang, kanan) bersama adik beradiknya ketika bergambar pada Lebaran baru-baru ini di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Gambar: fotoBernama/Metro
Muhamad Luqman Nazim Muhamad Fadzli, 17, (berdiri, belakang, kanan) bersama adik beradiknya ketika bergambar pada Lebaran baru-baru ini di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Gambar: fotoBernama/Metro

Pada masa sama, Farah Nazim turut mengelak untuk bercakap dengan menggunakan bahasa pelat budak kecil bagi mengelakkan anaknya itu terikut dengan cara bercakap tidak betul.

Beliau juga sering mengurut muka Muhamad Luqman Nazim sejak dari kecil bermula dari bahagian kening, batang hidung dan mulut sampai ke pipi sambil berzikir.

Untuk proses menghafaz pula, Farah Nazim lebih selesa menggunakan kaedah pengulangan serta memberi ganjaran setiap kali anak-anaknya berjaya menghafaz sesuatu surah.

“Bagi saya anak-anak perlu diajar berdisplin termasuklah Muhamad Luqman Nazim. Sebagai ibu bapa, kita perlu tegas tetapi penyayang selain sentiasa memegang jawatan guru disiplin peribadi untuk anak-anak,” katanya.

Selain dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat, Muhammad Luqman Nazim juga tidak kekok untuk membantu ibunya memasak sehingga video membantu ibunya memasak turut tular di media sosial baru-baru ini di laman Facebook (FB) ‘Masak Apa Hari Ini’.

Gelagatnya yang sangat bersahaja dan ceria menyebabkan rata-rata warga net yang menonton video masakannya itu terhibur setelah melihat aksinya seperti seorang cef profesional mengendalikan program memasak.

Sementara itu, Farah Nazim yang juga ahli kumpulan Persatuan Bunga-Bunga Syurga Sindrom Down Malaysia, pada masa sama berharap agar masyarakat dan pihak berkenaan peka kepada golongan orang kurang upaya (OKU) ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk hidup dalam komuniti.

“Anak-anak ini ada keistimewaannya tersendiri yang perlu dicungkil dan digilap secara berterusan. Mereka juga berhak disayangi dengan betul iaitu dengan memberikan didikan kendiri dan bukannya kasih sayang tanpa ilmu,” katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar satu silibus pendidikan khas Sindrom Down diwujudkan bagi memperkasa kebolehan golongan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN

Gaya 22 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY