Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukar Buat Pilihan, Sambung Belajar Atau Bekerja Dulu?

Lepasan sekolah generasi kini kadang susah membuat keputusan untuk sambung belajar atau bekerja dahulu. Di sini penyumbang kami berkongsi pendapat.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 8:40AM

Gambar: Pixabay, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita,” baris lirik lagu nyanyian Joe Flizzow ini amat dekat dengan kita semua, apatah lagi kepada pelajar lepasan Sijil Pengajian Malaysia (SPM).

Wahai adik-adik lepasan SPM, sudah tiba masanya untuk kalian merencanakan masa depan dengan teliti! Meskipun kita hanya mampu merancang, namun Tuhan adalah sebaik-baik Maha Perancang, Dia penentu segalanya.

Pun begitu, mempunyai perancangan yang rapi adalah lebih baik untuk kita tidak tersasar dari matlamat. Hal itu supaya anda tidak hanya terus bermimpi di siang hari tetapi bakal merealisasikan angan-angan itu. Ibarat kompas, tanpanya kita mungkin sesat atau tidak menjumpai jalan keluar.

Dalam penulisan kali ini penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada kebaikan yang bakal berlaku apabila kita mempunyai hala tuju yang jelas!

Selepas habis SPM ini nak bekerja dalam sektor perindustrian mana ataupun profesion apa?  Jadi, secara tidak langsung anda sudah boleh memulakan risikan di Google bagi mencari tempat kursus, kolej ataupun universiti yang menawarkan bidang pengkhususan berkenaan. 

Namun ingin penulis tekankan di sini pemilihan anda sepatutnya bukan pada nama institusi yang gah atau ikut kawan! Tetapi anda perlu membuat sedikit research. Ingat, ilmu tiada yang percuma biarpun diberikan tiket biasiswa.

Gambar fail
Gambar fail

Justeru itu, lihat siapakah ahli akademik (pensyarah) yang bukan sahaja berpengalaman dalam industri pengajian bahkan mempunyai pengetahuan industri dalam bidang berkaitan. Tambahan pula mereka mempunyai kajian-kajian atau jurnal yang sudah diterbitkan.

Disebabkan itulah ramai di kalangan ibu bapa, abang kakak kita sebelum ini sanggup belajar di luar negara, kerana di sana lebih ramai ahli pengkaji asal. Bukan hendak merendahkan ‘rumah sendiri’, cuma ahli akademik yang berkaliber tidak ramai mengikut bidang-bidang tertentu.

Sebenarnya penulis sedikit kecewa dengan kebanyakan graduan sejak lima tahun kebelakangan ini. Ramai yang sekadar cukup ‘masak di luar’ tetapi isinya masih mentah! Lulusan CGPA dekan setiap semester tetapi masih lagi lemah pada bab berkomunikasi yang betul dan cara menangani tekanan faktor sekeliling.

Menyentuh soal pengalaman. Percayalah, penulis juga sama, pernah duduk di kerusi anda. Pening dengan kebanyakan syarikat yang meletakkan syarat pekerjaan yang memerlukan kelulusan pengajian universiti tapi pada masa yang sama ada pengalaman yang tidak masuk akal.

Kunci di sini adalah anda perlu kreatif semasa temu duga. Jadikan waktu latihan amali itu sebagai batu loncatan dan gunakan tempoh tiga bulan percubaan sebaik-baiknya untuk meyakinkan majikan yang anda boleh buat kerja itu.

Alternatif lain, bekerja separuh masa di hari luang seperti Sabtu dan Ahad atau ikut jadual kosong tiada kuliah. Gantikan dengan apa sahaja pekerjaan yang membolehkan anda memperolehi pengalaman dari segi komunikasi dan cara bekerja dengan pelbagai ragam manusia.

Seterusnya dari segi tiada ‘nafsu’ untuk menyambung pengajian atau mahu kumpul duit terlebih dahulu. Teruskan sahaja, kumpul duit dan selepas itu barulah buat keputusan.

Cuma risiko bagi mereka yang tidak mahu sambung belajar atau dalam erti kata lain tiada kelulusan universiti, ianya bakal menjadi agak mencabar jika anda memilih jalan ini.

Peluang untuk pekerjaan tertentu mungkin agak tipis, tetapi tiada siapa yang boleh melawan takdir dan percaturan Tuhan kalau ada rezeki kenaikan gaji dan pangkat. Bergantung dengan prestasi kerja.

Gambar: Min An, Pexels
Gambar: Min An, Pexels

Seperkara yang ingin penulis sentuh. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau dalam norma baharu, kebanyakan tempat belajar kini sudah menjalankan pengajian hanya menerusi maya, sama ada dengan penggunaan aplikasi Zoom, Google Meet, ataupun Microsoft Teams.

Pandangan peribadi penulis, ini adalah masa yang sesuai untuk bakal pelajar melanjutkan pengajian kerana corak pengajiannya lebih menumpukan atau berat kepada tugasan praktikal berbanding teori.

Malah, dari sudut kewangan kebanyakan institusi menawarkan tawaran yang lebih berpatutan serta pengajian asas percuma sekali gus menyambung pengajian ke peringkat seterusnya.

Bukan itu sahaja, duit makan dan perjalanan juga boleh dikatakan tidak terpakai kerana kelas secara atas talian sahaja. Ibarat kata generasi hari ini “Know know arrive, tahu-tahu sampai,” jadi kali ini pasti, “Know know graduate!”

Jadi masih lagi sukar untuk membuat pilihan? Ingat, baik penulis atau siapapun di luar sana hanya mampu memberikan panduan, nasihat serta berkongsi sedikit pengalaman.

Terserah kepada anda sendiri sama ada mahu mendengar apa yang diinginkan. Di penghujung cerita ini, keputusan di tangan anda sendiri dalam mencorak masa depan itu nanti. Anda sendiri yang membuat mimpi menjadi kenyataan. - Getaran, 28 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Refleksi 4 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

4

Refleksi 2 bulan yang lalu

Menangani Krisis Kejantanan

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN