Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Akhlak Rasulullah Jadi Panduan Umat Islam

Refleksi Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 2:51PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhlak Nabi SAW adalah perkara yang sepatutnya menjadi darah daging kita dan dipraktikkan setiap masa. Hal ini kerana, perutusan Nabi SAW sebagai pemimpin teragung dunia adalah dengan misi membina peribadi dan menyempurnakan kemurnian akhlak sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: 

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

"Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

Daripada hadith di atas, mengandungi banyak pengajaran yang boleh kita dapat, di antaranya ialah Nabi Muhammad SAW datang untuk menyempurnakan apa yang dibina oleh para nabi dan rasul sebelum Baginda yang juga mempunyai sifat akhlak yang agung. Islam datang untuk menghapuskan sebarang akhlak buruk yang ada pada zaman sebelum Islam, membina satu asas tempat bagi penggantinya akhlak jahiliyyah itu, selain memelihara semua akhlak yang baik yang ada pada orang Arab sebelum datangnya Islam ini.

Di antara akhlak baik orang-orang Arab pada masa lampau seperti kedermawanan, kejujuran, amanah, sokongan kepada mereka yang dalam kesusahan, dan kebencian terhadap ketidakadilan. Manakala, antara akhlak yang diganti dan diperhalusi oleh Islam ialah bermegah-megah dengan keturunan, menghina orang yang lemah dan miskin, dan membunuh kanak-kanak perempuan. 

Maka, itulah Islam, apabila sesuatu itu dikaitkan dengan Baginda SAW, maka ia adalah perkara yang besar bagi umat Islam. Ia juga kriteria yang mengangkat seorang Muslim ke peringkat syurga yang paling tinggi, dan dengan itu mencapai keredhaan Allah Yang Maha Esa. Oleh itu, Rasulullah SAW menggesa akhlak yang baik, dan menekankan bahawa dia datang untuk menyempurnakan asas akhlak yang agung ini. Sama ada akhlak yang digalakkan oleh para nabi yang mendahului Baginda atau orang-orang Arab yang tetap berpegang teguh kepada perkara-perkara yang baik ini.  

Jika kita ingin menyingkap akhlak Rasulullah SAW yang ada, maka pasti dan sudah tentu terlalu banyak akhlak Baginda yang baik untuk diikuti. Penulis hanya menyenaraikan beberapa akhlak utama yang menjadi perhatian bagi hemat penulis. Antaranya:

Pemaaf Dalam Berdakwah

Susur galur hidup Rasulullah SAW tidak akan dapat dipisahkan dengan usaha dakwah. Dalam berdakwah terutamanya dalam usaha dakwah Baginda terhadap masyarakat Mekah, pelbagai hentaman, makian dan cacian serta sumpah seranah yang dilemparkan kepada Baginda. Selain itu, pelbagai ugutan untuk mencederakan dan membunuh Baginda, namun Baginda tetap tidak menyimpan marah serta dendam kepada pelaku tersebut.

Sikap pemaaf Baginda, selain tidak berdendam sangat ketara. Buktinya semasa berdakwah di Taif, Rasulullahh SAW mengalami cedera akibat dibaling batu oleh penduduknya, tetapi tidak terdetik pun ke atas hati Baginda untuk membalas balik perbuatan itu, walau ditawarkan oleh malaikat untuk menjatuhkan gunung atas penduduknya. Namun, Baginda menolak bahkan mendoakan kesejahteraan kepada mereka pula. Maka sejauh mana kita dapat contohi akhlak Rasulullah SAW ini yang sentiasa sabar dan memaafkan pada setiap keadaan.

Tawaduk Dan Merendah Diri

Rasulullah SAW tidak pernah sesekali menolak apa-apa pelawaan atau jemputan sama ada dari golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Baginda juga gemar makan bersama sesiapa sahaja termasuklah golongan hamba, bahkan Baginda sangat membenci perbuatan orang yang berdiri hormat apabila bertemu Baginda. Baginda juga gemar duduk serta bergurau bersama para sahabat tanpa membeza-bezakan mereka. Walaupun bergelar pemimpin tertinggi, kehidupan Baginda juga sederhana dan tetap berpakaian ringkas serta tidak mengamalkan kehidupan yang mewah.

Selain itu, Baginda mempunyai sikap tawadduk yang tinggi dalam setiap aspek termasuklah dalam percakapan, tingkah laku, perbuatan serta keseluruhan kehidupan Baginda. Rasulullah SAW sangat merendah diri walau berhadapan dengan semua golongan  termasuk para pembesar atau golongan hamba sahaya. Baginda juga seorang yang menghargai tetamu serta bersikap terbuka dengan sesiapapun baginda berjumpa.

Abu Nu’aim meriwayatkan dari Anas r.a yang berkata: “Bahawa Rasulullah SAW adalah termasuk orang yang lemah-lembut. Demi Allah, Baginda tidak menolak ketika hamba lelaki mahupun perempuan atau anak kecil yang memberi air, meskipun pada pagi hari yang sangat dingin, Baginda tetap membasuh muka dan kedua lengannya. Bila ada yang bertanya, baginda mendekatkan telinganya. Baginda tidak akan menghentikan sebelum orang yang bertanya habis bertanya. Tidak seorang pun menerima huluran tangan Baginda kecuali Baginda yang menghulurkannya terlebih dahulu untuk bersalam dan baginda tidak akan melepaskannya sebelum orang itu melepaskan tangannya terlebih dahulu.”

Sentiasa Menjaga Pandangan

Rasulullah SAW seorang yang sangat menjaga pandangan, bahkan akan mengelakkan diri daripada perkara yang dimurkai Allah SAW. Bahkan akhlak Baginda sendiri seorang yang mulia dan jauh dari pandangan-pandangan yang buruk dan hina. Rasulullah SAW menjamin golongan yang menjaga pandangan mereka akan memasuki syurga.

Abu Umamah berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Berilah jaminan padaku enam perkara, maka aku jamin bagi kalian syurga. Jika salah seorang kalian berkata maka janganlah berdusta, dan jika diberi amanah janganlah berkhianat, dan jika dia berjanji janganlah menyelisihinya, dan tundukkanlah pandangan kalian, cegahlah tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang lain), dan jagalah kemaluan kalian.”

Keberanian Yang Unggul

Dalam aspek keberanian Rasulullah SAW memang tidak boleh disangkal lagi. Baginda adalah sebagai ketua panglima dalam mengetuai peperangan menentang musuh Islam. Baginda juga akan berada di barisan paling hadapan dan hampir dengan musuh di setiap kali peperangan dan muncul sebagai pemberani melebihi sesiapa pun.

Saidina Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa.”

Adil Pada Semua Keadaan

Keadilan adalah sifat agung dan akhlak terpuji. Ia sifat pemimpin terutama para nabi dan orang soleh. Ia bertepatan misi perutusan Rasulullah SAW yang ditugaskan untuk membawa rahmat kepada seluruh alam. Antaranya ialah memastikan keadilan dilaksanakan. Baginda sentiasa bersikap adil terhadap Allah, kepada dirinya dan kepada semua makhluk. Baginda tidak pernah membezakan antara ahli keluarga atau orang luar, antara kawan atau lawan, antara orang yang bersetuju atau menentang.

Rasulullah SAW sentiasa komited dengan sifat adil dalam apa jua keadaan. Bahkan, Baginda mengingatkan supaya mengamalkan keadilan. Malah, baginda terpaksa menempuh pelbagai ujian dan rintangan demi memartabatkan keadilan.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Wahai Abdullah bin 'Amru! Aku dimaklumkan bahawa engkau berpuasa pada siang hari dan mendirikan solat (qiyam) pada waktu malam (tanpa berhenti). Janganlah begitu! Sesungguhnya tubuh badanmu ada hak ke atas kamu. Matamu juga ada hak ke atas kamu. Isterimu juga ada hak ke atas kamu". 

Pemurah Dalam Setiap Keadaan

Tidak ada sesiapapun yang mampu menandingi sikap pemurahnya Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah pernah menolak apa-apa permintaan daripada sesiapapun yang meminta dari Baginda, termasuklah jika Baginda tidak mempunyai apa-apapun. Jika Baginda mempunyai sedikit atau banyak wang mahupun harta semuanya diagihkan kepada sesiapa yang layak.

Bersabar dan Tabah

Dari Baginda kecil lagi, Allah SWT sudah mendidik Nabi Muhammad SAW dengan sifat tabah dan sabar. Baginda telah kehilangan ibu bapa serta datuknya pada usia kecil yang menuntutnya untuk menjadi seorang yang kuat semangat.

Sehinggalah apabila Baginda dewasa dan diangkat menjadi Rasul, semakin banyak dugaan yang Baginda hadapi dan diharungi dengan ketabahan yang tinggi. Dapat dilihat dalam usaha dakwahnya bagaimana Baginda menghadapi cabaran, dihina, dicaci dan difitnah termasuklah dilukai serta pelbagai lagi.

Sebagai penutup, tidaklah hal yang mudah untuk mengikuti akhlak Rasulullah SAW sepenuhnya, namun adalah sangat baik untuk mencontohi perlakuan Nabi sedaya yang kita mampu. Malah meninggalkan kelakuan buruk juga sudah memadai. Hakikatnya, mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW merupakan usaha untuk mendapat kedudukan mulia di mata masyarakat dan di sisi Allah SWT. Bahkan usaha untuk meninggalkan perbuatan jahat juga merupakan satu mujahadah yang disukai Allah SWT yang  diberikan ganjaran yang tersendiri. - Getaran, 6 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Jaga Adab, Akhlak Ketika Di Jalan Raya - Mohd Na’im

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Teruskan Usaha Teroka Ilmu Tanpa Pinggirkan Khazanah Ilmu Kemanusiaan - PM Anwar

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Trend ‘Teman Beraya’ Membimbangkan, Semakin Ramai Anak Muda Gadai Aturan Akhlak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akhlak Baik, Tidak ‘Gelojoh’ Kuasa Harus Jadi Amalan Pemimpin - Anwar

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 13 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN