web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


#QuranHour Disiar Serentak Seluruh Negara, Langsung Dari Masjid Besi

‘Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar, tema Malaysia #QuranHour tahun ini.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:27AM

Sidang media #QuranHour

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia #QuranHour yang memasuki tahun ke-9 penganjurannya tahun ini akan diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran secara langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, bermula jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 tengah hari pada 30 Ogos nanti.

Acara yang dinanti-nantikan oleh umat Islam ini dibawakan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bersama rakan sinergi media Malaysia dari seluruh negara, dengan misi menyebarluaskan misi ‘MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah’.

Pada majlis taklimat yang diadakan semalam, pihak penganjur turut menjelaskan bahawa selain membawa misi di atas, program ini juga ingin menyampaikan nilai-nilai mulia Al-Quran dengan menyeru lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda di dalam dan luar negara untuk menyertai program berinteraksi dengan Al-Quran melalui baca, faham dan amal di platform media masing-masing. 

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, Malaysia #QuranHour yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 ini, buat pertama kalinya memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam membawa tema ‘Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.’

Marhaini Yusoff
Marhaini Yusoff

Menurut beliau, Al-Fatihah (Pembukaan), Al-Insan (Manusia) dan Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema pilihan dalam membentuk Malaysia Madani, negara yang sejahtera, harmoni, dan progresif. 

Dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia.

“Pemuda menjadi tunggak dan aset penting dalam pembinaan negara pada masa hadapan. Gabungan anak muda dan orang dewasa saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan al-Quran. 

“Sehingga 12 Ogos lalu, pemimpin, calon dan rakyat berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menentukan kepimpinan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.”

“Kini tiba masanya kita semua bangkit untuk bersyukur dan membina legasi negara Madani yang amanah, ikhlas, teguh, harmoni, sejahtera, dan progresif. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan, “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, ulasnya.

Taklimat #QuranHour baru-baru ini
Taklimat #QuranHour baru-baru ini

Pada masa sama, beliau turut menyeru masyarakat untuk meninggalkan segala pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan. 

Dalam erti kata lain, rapatkan jurang perbezaan, besarkan persamaan dalam membangunkan negara Malaysia Berakhlak Mulia. 

Malaysia #QuranHour, dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MTMZA, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta luar negara. 

Tahun ini, RTM buat julung kali menjadi penyiar rasmi bagi Malaysia #QuranHour di lapangan untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut. 

Rakan media lain dialu-alukan untuk bersiaran serentak di platform masing-masing. Pada 2017, RTM menjadi penyiar utama bagi Merdeka #QuranHour di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. - Getaran, 17 Ogos 2023

Foto : Kumpulan Karangkraf

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 2 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN