web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lafaz Sadaqallahulazim Tanda Memuliakan Al-Quran, Bukan Bidaah

Ia merupakan salah satu bentuk zikir yang amat digalakkan untuk dibaca dan diamalkan

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 8:43AM

Lafaz Sadaqallah bukan bidaah tetapi ialah amalan zikir yang amat digalakkan - gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjadi amalan kebanyakan muslimin dan muslimat yang membaca ayat sadaqallahulazim sejurus sahaja menunda atau tamat membaca Al-Quran sebagai lafaz penutup. Jika diterjemahkan kembali, ayat tersebut membawa maksud ‘Telah benarlah Allah Yang Maha Agung’. 

Sadaqallah ialah antara bentuk zikir yang amat digalakkan untuk dibaca sebagai satu kaedah memuliakan Al-Quran dan tanda adab kepada Allah SWT - gambar hiasan
Sadaqallah ialah antara bentuk zikir yang amat digalakkan untuk dibaca sebagai satu kaedah memuliakan Al-Quran dan tanda adab kepada Allah SWT - gambar hiasan

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu mendakwa bahawa amalan tersebut adalah satu rekaan sahaja atau dalam erti kata lain bidaah dalam agama Islam. Adakah perkara ini benar atau tidak ? Jawapannya ialah tidak.

Merujuk kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, lafaz sadaqallahulazim selepas selesai membaca Al-Quran bukanlah perbuatan bidaah dalam agama. Ia merupakan satu bentuk zikir, bahkan amat digalakkan untuk dibaca dan diamalkan sebagai satu kaedah memuliakan Al-Quran serta tanda adab kepada Allah SWT.

Bukan Al-Quran sahaja, malah ulama juga kerap menggunakan lafaz tersebut semasa membaca kitab-kitab serta nukilan tafsir mereka. Antara ulama tersebut ialah Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim dan Syeikh Ibn ‘Ajibah dalam al-Bahr al-Madid fi Tafsir al-Quran al-Majid. Menurut Imam al-Qurtubi:

ومن حرمته إذا انتهت قراءته أن يصدق ربه ويشهد بالبلاغ لرسوله صلى الله عليه وسلم ويشهد على ذلك أنه حق فيقول : صدقت ربنا وبلغت رسلك ونحن على ذلك من الشاهدين

(Rujuk Tafsir al-Qurtubi oleh Syamsuddin al-Qurtubi (t.t), Dar al-Fikr, 1/42)

Maksudnya: Antara cara menghormati Al-Quran adalah apabila seseorang selesai membacanya, dia membenarkan Tuhannya dan bersaksi bahawa Rasulullah SAW telah menyampaikan Al-Quran, serta bersaksi bahawa Al-Quran adalah benar dengan mengucapkan: “صدقت ربنا وبلغت رسلك ونحن على ذلك من الشاهدين” (Engkau benar wahai Tuhan kami, Engkau telah mengutuskan Rasul-Mu, dan kami menjadi saksi ke atas perkara tersebut.

Guru Sekolah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin di Alam Damai Cheras sedang mengajar pelajar membaca Al-Quran secara berkumpulan - gambar Azim Rahman
Guru Sekolah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin di Alam Damai Cheras sedang mengajar pelajar membaca Al-Quran secara berkumpulan - gambar Azim Rahman

Merujuk kepada Majlis Fatwa Jordan, perkara yang sama turut dilakukan malah mereka menegaskan ia adalah pujian terhadap Allah SWT yang digunakan sendiri oleh al-Quran melalui firman-Nya:

قُلْ صَدَقَ اللَّهُ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan dia bukanlah daripada kalangan orang musyrik. - Surah Ali ‘Imran (95)

Umat islam disarankan untuk fokus semasa membaca Al-Quran dan elakkanlah persoalan-persoalan seperti ini timbul di pikiran anda - gambar Azim Rahman
Umat islam disarankan untuk fokus semasa membaca Al-Quran dan elakkanlah persoalan-persoalan seperti ini timbul di pikiran anda - gambar Azim Rahman

Jadi usah ragu-ragu lagi dan berpegang teguh serta yakinlah tentang hal ini. Kukuhkan iman dan jangan sesekali berdebat mengenai hal ini lagi kerana ia tidak bercanggah dengan syarak. Seperti mana Syeikh Muhammad Ali al-Sabuni berkata, ucapan sadaqallahulazim merupakan salah satu isu yang sepatutnya tidak lagi dipersoalkan:

وقول صَدَقَ اللهُ العَظِيْمُ عند الانتهاء من التلاوة وأمثال ذلك من الأمور التى لا تحتاج إلى جدال ومناظرة

(Doha: Dar al-Kutub al-Qatriyyah, halaman 31-32)

Maksudnya: Ucapan sadaqallahulazim setelah membaca Al-Quran dan persoalan seumpamanya merupakan hal yang tidak perlu lagi diperdebatkan dan dibahaskan.

Oleh itu, umat Islam disarankan untuk fokus semasa membaca Al-Quran dan elakkanlah persoalan-persoalan seperti ini timbul di fikiran anda.  Selamat beramal. - Getaran, 31 Julai 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia