web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Daripada Pemain Dram Kepada Usahawan Barangan Kulit

Anak muda berusia 30 tahun ini memberanikan diri menceburi bidang baharu yang belum pernah diteroka iaitu menghasilkan barangan kulit pada 2021, ditambah pula dengan minatnya terhadap barangan berkenaan yang semakin mendalam, selepas mengabdikan diri dalam bidang muzik sejak 2012.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 8:00AM

Mohd Ashraf Mohd Amin atau nama pentasnya Acap Roseknight melakukan proses mengukur, memotong, menebuk dan menjahit benang bagi setiap penghasilan barangan kulit. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hilang sumber kewangan sebagai pemain dram, hidup Mohd Ashraf Mohd Amin atau nama pentasnya Acap Roseknight berubah sepenuhnya susulan penularan pandemik COVID-19 yang melanda negara pada 2019.

Tidak patah semangat, anak muda berusia 30 tahun ini memberanikan diri menceburi bidang baharu yang belum pernah diteroka iaitu menghasilkan barangan kulit pada 2021, ditambah pula dengan minatnya terhadap barangan berkenaan yang semakin mendalam, selepas mengabdikan diri dalam bidang muzik sejak 2012.

“Saya terpaksa akur dengan keadaan apabila semua persembahan pentas dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19.

“Lagi pula, saya sangat berminat dengan kasut but kulit sehingga menjadikan kasut berkenaan sebagai koleksi peribadi sesuai dengan penampilan sebagai pemain dram agar kelihatan lebih bergaya,” katanya kepada Bernama.

Sebagai permulaan, anak jati Kuala Lumpur ini bereksperimen dengan menggunakan kasut but lama miliknya yang telah rosak dan tercabut tapak bagi proses belajar menjahit.

“Saya hasilkan sebuah dompet kad yang ringkas daripada kulit kasut but itu yang disiapkan dalam tempoh beberapa hari, hanya berpandukan kepada tutorial daripada YouTube.

“Saya kemudian belajar dengan lebih mendalam bersama rakan-rakan dan pakar dalam bidang ini bertujuan memantapkan lagi kemahiran sedia ada,” katanya yang pernah menyertai kumpulan muzik genre indie antaranya Temjin dan Torquesix.

Bermula secara dalam talian, Mohd Ashraf bagaimanapun nekad untuk membuka kedai barangan kulit buatan tangan dengan fokus utama adalah kepada penghasilan pelbagai jenis dompet, tali pinggang, tali gantung gitar serta beg menerusi jenama Phrygian Acraft di Malaysia Grand Bazaar di Lalaport Bukit Bintang City Centre, di sini Disember lepas.

Mohd Ashraf yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik (Persembahan) daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan berkata semua produknya diperbuat daripada berbagai-bagai jenis kulit antaranya lembu, kambing, kerbau dan kuda.

“Proses menghasilkan barangan kulit membabitkan kerja-kerja mengukur, memotong, menebuk dan menjahit dengan benang dan setiap proses itu dilakukan dengan menggunakan tangan,” katanya.

Mohd Ashraf berkata setiap barangan kulit yang dihasilkan adalah berdasarkan kreativiti sendiri, mengikut gaya selain memenuhi kehendak pelanggan.

“Apa yang penting, saya sangat menitikberatkan soal ketelitian supaya hasilnya tampak kemas, berkualiti, halus serta tahan lama selain selesa dipakai,” katanya yang bercadang menjahit kasut but dan jaket kulit pada masa akan datang.

Setiap produk kulit buatan tangan Mohd Ashraf dijual pada harga antara RM200 hingga lebih RM2,000 bergantung kepada jenis produk, material dan saiz yang digunakan selain ditempah khas.

Keputusannya itu ternyata berbaloi kerana Mohd Ashraf tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Menurut Mohd Ashraf barangan yang diperbuat daripada kulit sentiasa mendapat tempat di hati penggemar produk itu kerana ia boleh membuat si pemakainya nampak lebih bergaya.

“Apabila menjual secara dalam talian, ada yang ragu-ragu dengan tahap keaslian produk yang dihasilkan. Jadi, dengan membuka kedai, mereka (pelanggan) berpeluang melihat sendiri kulit digunakan yang diperoleh daripada pembekal tempatan di Tanjung Malim, Perak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Gavin Berehat Panjang, Insomniacks Kurang Satu Ahli

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Search Gantikan Joy Oren Dengan Arthur Kam? 

3

Budaya 4 tahun yang lalu

Buku ‘Tuk Tak: Cerita Zahid Ahmad’ Rakam Riwayat Pemuzik

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden