web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Search Gantikan Joy Oren Dengan Arthur Kam? 

Kelibat Joy Oren sebagai pemain dram tidak kelihatan sewaktu Search beraksi di malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021/2022 pada Ahad lalu. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 10:00AM

Joy Oren (paling kiri) ketika bersama kumpulan Search pada Ramadan baru-baru ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kumpulan Search beraksi di konsert berskala besar mereka, namun sudah ada yang mula tertanya-tanya ke mana perginya pemain dram mereka, Joy Oren. 

Sebelum ini, Search yang menyaksikan semula gabungan Amy (vokalis), Nasir (bass), Hillary Ang (pemain gitar)  dan Man Kidal (pemain gitar) telah membuat pengumuman secara rasmi bahawa Joy Oren bakal menggalas tanggungjawab sebagai pemain dram mereka sekaligus mengambil  posisi Allahyarham Yazit Ahmad.

Gambar oleh Ellyna Ali
Gambar oleh Ellyna Ali

Pengumuman secara rasmi itu dibuat sewaktu Search mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak tahfiz sekolah tahfiz milik Amy sendiri iaitu Al Bayan School Of Quran & Hadith pada bulan Ramadan yang lalu. 

Pada majlis itu juga, Joy Oren yang pernah menganggotai kumpulan Senna mengakui bahawa dia cukup teruja untuk beraksi bersama Search kerana dia sememangnya antara peminat tegar  band rock gergasi tersebut. 

Bahkan, bermain bersama Search juga adalah salah satu impiannya serta menyenaraikan 'Teguh' sebagai antara lagu Search yang paling diminatinya. 

“Sebetulnya, saya tidak rasa saya mampu untuk menggantikan tempat Yazit, namun saya cuma mampu meneruskan apa yang beliau lakukan dan bermain dengan sebaik mungkin,” katanya sewaktu diwawancara pihak media. 

Gambar ihsan Search
Gambar ihsan Search

Namun, kemunculan Search pada malam kemuncak Anugerah MeleTOP Era 2021/2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad lepas telah menimbulkan tanda-tanya apabila kelibat Joy Oren sebagai pemain dram tidak kelihatan. 

Sebaliknya, posisi Joy Oren telah digantikan dengan seorang pemain dram undangan bernama Arthur Kam yang juga adik kepada pengarah muzik dan pemain keyboard, Genervie Kam sewaktu Search beraksi dalam segmen persembahan membawakan medley empat buah lagu berhantu mereka iaitu 'Isi Atau Kulit', 'Pelesit Kota', 'Nigina' dan 'Pawana'.

Pihak publisiti Search juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Arthur Kam akan beraksi di dalam 'Konsert Endemik Search' yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 4 dan 5 Jun ini. 

Dalam kenyataan media itu juga turut menyebut bahawa Arthur adalah antara antara sessionist terbaik Malaysia, manakala Genervie yang juga isteri kepada penyanyi Hazama akan bertindak sebagai pengarah muzik dalam konsert Search itu nanti. 

Gambar ihsan Search
Gambar ihsan Search

Search juga turut menggunakan khidmat jurutera bunyi yang terkenal iaitu Akira Yamauchi untuk memastikan kualiti konsert ini berada di tahap yang tinggi. 

Konsert anjuran LOL Asia yang diadakan pada dua malam berturut-turut dan bertembung dengan konsert Datuk Hattan ini juga turut menyaksikan Search tampil dengan dua buah lagu baru iaitu 'Endemik I' dan 'Endemik II' termasuk lagu-lagu hit mereka yang telah menjadi siulan peminat sejak Search melancarkan album pertamanya. 

Search merupakan band muzik yang pertama dipilih untuk membuat persembahan solo di Zepp KL iaitu sebuah dewan konsert bertaraf antarabangsa yang baru sahaja dibina lengkap dengan fasiliti moden di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Zepp Hall Network Inc. ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai sebelas dewan konsert di serata dunia termasuk sembilan di Jepun, satu di Taipei dan yang terbaharu di Kuala Lumpur. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Selepas Berdekad Di Persada Seni, Search Akhirnya Tampil Dengan ‘Sujud Aidilfitri’

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert ‘Fantasia Bulan Salju’ - Search Bakal Beraksi Dan Gegarkan Arena Of Stars, Genting Highlands

3

Refleksi 3 tahun yang lalu

Daripada Pemain Dram Kepada Usahawan Barangan Kulit

4

Muzik 3 tahun yang lalu

D’ Masiv Angkat Tema Jelajah Dunia, Malaysia Jadi Lokasi Konsert 20AD To The World Pertama 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN