web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buku ‘Tuk Tak: Cerita Zahid Ahmad’ Rakam Riwayat Pemuzik

Buku ini mengupas tentang bagaimana Zahid mula bermain dram dan menjadi sebahagian daripada pemuzik kumpulan Rock pertama merekodkan album di Singapura.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 12:52PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia mengalami pelbagai transisi dunia muzik. Pada era 80-an, negara kita melalui fenomena di mana muzik yang dihasilkan pada waktu itu banyak pengaruh Jazz.

Maklumlah, dunia pada waktu itu begitu menggilai pemuzik seperti Chick Corea, Dave Grusin dan Cassiopea. Sheila Majid adalah antara artis yang dilihat sering membawakan nuansa R&B dan Jazz dalam lagunya. 

Begitu banyak dokumentari yang menceritakan tentang perjalanan seorang penyanyi. Namun, seringkali kita terlepas pandang kisah kehidupan para pemuzik yang  tidak kurang menariknya menyumbang kepada evolusi muzik tanah air.

Sebuah penerbitan baru, Bukuku Press mengumumkan projek sulung mereka yang merakamkan kisah pemuzik yang sangat berpengaruh membentuk perjalanan industri muzik di Malaysia, Zahid Ahmad.

Zahid di zaman mudanya.
Zahid di zaman mudanya.

Nama Zahid Ahmad begitu besar dalam kalangan pemuzik dan artis tetapi jarang disebut peminat. Buku ini bakal mengupas cerita tentang bagaimana Zahid mula bermain dram dan menjadi sebahagian daripada pemuzik kumpulan Rock pertama yang merekodkan album di Singapura.

Ketika fenomena Rock meledak pada pertengahan 80-an, Zahid sekali lagi memilih arus yang berbeza dengan menjadi pemain dram Jazz Melayu pertama yang mendapat bimbingan maestro Jazz negara, Michael Veerapen yang namanya masyhur di Berkeley College of Music.

“Saya seorang pemuzik yang dididik dalam latihan Jazz secara tradisional sewaktu menuntut di Berklee College of Music, Boston. Pada tahun 1985 (jika ingatan saya masih kuat), saya ingin mencari seorang pemain dram yang boleh bermain untuk band saya. Saya buat satu ujibakat untuk mencari calon yang menepati kehendak muzik saya.

“Saya masih ingat sewaktu dia hadir ke ujibakat tersebut. Kami bermain lagu Bebop Jazz, Donna Lee, Charlie Parker. Sebagai seorang pemuzik yang tidak ada latar belakang bermain muzik Bebop atau swing Jazz sebelum ini, permainan dram Zahid saya anggap sangat luar biasa dan sukar ditemui,” cerita Michael Veerapan.

Menurutnya lagi, Zahid mempunyai musical proportion sebagai pemain dram yang luar biasa. Dia boleh bermain dengan rentak yang pantas di tangan kiri dan perlahan di tangan kanan. Pendek kata, dia mahir mengawal kestabilan.

Zahid sudah melengkapkan fasa beliau sebagai pemain dram. Dia pernah bermain di kelab malam sehinggalah menjadi antara sessionist terbaik yang terlibat dalam proses rakaman album daripada Sudirman sehinggalah Ekamatra.

Pertemuan beliau dengan Roslan Aziz, Mac Chew dan rakan-rakan pemuzik yang lain akhirnya mencapai satu detik penting dalam sejarah muzik negara. Zahid bersama-sama Roslan Aziz menubuhkan Roslan Aziz Production (RAP) yang membawa kelainan dan revolusi baharu dalam muzik di Malaysia.

Dari tangan beliaulah lahir artis-artis besar seperti Sheila Majid, Zainal Abidin dan ramai lagi.

Buku berharga RM45 ini bukan sekadar kisah tentang biografi Zahid. Ini juga cerita-cerita yang tak pernah dirakamkan tentang bagaimana lagu dan album popular yang kita dengar hingga ke hari ini dihasilkan

Anda boleh layari maklumat lanjut di The Curated Bookstore – Bukuku Press

Sumber foto: Bukuku Press

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN