web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Dapat Bagi Duit Raya? Jangan Susah Hati, Tak Wajib Pun!

Pandemik atau tidak, satu hal yang kekal konsisten setiap kali raya menjelma adalah duit raya. Boleh beri, tapi janganlah sampai ia membebankan anda.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 2:00PM

Gambar: Syeda Imran

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rentas atau tidak, persiapan Raya tetap dilakukan oleh warga kota bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa. Selain membeli persalinan raya dan biskut raya, menyediakan duit raya juga termasuk di dalam senarai ‘to do list’. 

Tahun ini berapa banyak pula bajet duit raya yang anda sediakan? Atau anda tiada bajet kerana pendapatan terjejas? Jika keadaan kewangan tidak mengizinkan, tidak perlulah bersusah hati. 

Memberi duit raya bukanlah satu perkara wajib, tetapi ia sekadar budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak berzaman lamanya. 

Namun, pemberian duit raya kepada kaum keluarga, serta jiran tetangga yang hadir berkunjung ke rumah pada 1 Syawal adalah harus hukumnya. Konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. 

Bahkan perbuatan sedekah kepada ibu bapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu birrul walidain (berbuat baik kepada dua ibu bapa), mengeratkan silaturahim, serta pahala bersedekah itu sendiri.

Gambar: Syeda Imran
Gambar: Syeda Imran

Samalah juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.  Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa'd bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan reda Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.” - Riwayat Al-Bukhari (56)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu entri ada menggariskan panduan atau adab dalam memberi dan menerima duit Raya pada Syawal nanti. 

1) Pemberian duit raya yang diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) untuk memberi dengan jumlah yang besar.

2) Golongan yang menerimanya perlulah bersyukur dengan kadar yang diterima dan tidak diungkit-ungkit. Sebaliknya bersyukur dan mendoakan kebaikan untuk pemberi.

3) Hendaklah diutamakan pemberian kepada golongan fakir, miskin dan mereka yang memerlukan. Ini kerana, asnaf untuk sedekah yang wajib iaitu zakat, adalah merupakan asnaf yang sama untuk kita beri keutamaan semasa memberikan sedekah sunat.

Jadi, jika anda tidak berkemampuan untuk memberi duit raya pada tahun ini, janganlah berdukacita.  Islam itu mudah, jadi janganlah membebankan fikiran dengan budaya turun-temurun. Jika anda punya rezeki lebih, bolehlah teruskan budaya ini kerana ia menjanjikan pahala. - Getaran, 7 Mei 2021

Sumber : http://muftiwp.gov.my


 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 4 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN