web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


20,000 Umat Islam Dijangka Hadir Program Selawat Dan Munajat Perdana

Program Selawat dan Munajat Perdana akan menampilkan tokoh agama antaranya johan qari antarabangsa Amirahman Abbas dan Sheikh Razak al-Masri yang akan bersama-sama mengalunkan selawat.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 8:03AM

Program yang bakal bermula 6.30 petang itu bertujuan mendekatkan rakyat bersama dengan Perdana Menteri, di samping memuliakan Rasulullah SAW dan mendekatkan diri dengan Allah SWT - Gambar Facebook DBKL2U

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok, dijangka menghimpunkan sehingga 20,000 umat Islam.

Pengarah Program Azizi Ab Hamid berkata acara itu akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dipimpin Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disusuli program selawat dan qasidah oleh Syabab EI-Mustofawiyah yang menjadi johan festival qasidah tahun lepas.

“Antara tokoh yang akan hadir bersama-sama memberikan ceramah dan juga tausiyah pada malam itu ialah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar, seorang ulama terkenal di negara kita,” katanya kepada Bernama semalam.

Selain itu, beliau berkata program berkenaan akan menampilkan tokoh agama antaranya johan qari antarabangsa Amirahman Abbas dan Sheikh Razak al-Masri yang akan bersama-sama mengalunkan selawat. 

Azizi berkata program ini merupakan kesinambungan majlis ilmu di rumah rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana sebelum ini.

“Daripada situ saya dapat idea untuk membawa majlis ilmu ini di luar agar Perdana Menteri dapat bersama dengan warga Kuala Lumpur dan sekitar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin berkata penaja utama program itu ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan beberapa agensi lain seperti Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Setakat ini selain Perdana Menteri, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri juga turut akan hadir pada program berkenaan serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Datuk Bandar KL Datuk Seri Mahadi Che Ngah,” katanya.

Beliau berkata jemputan turut akan dipanjangkan kepada kedutaan Arab Saudi dan Palestin di Malaysia.

Azman berkata program bermula 6.30 petang itu bertujuan mendekatkan rakyat bersama dengan Perdana Menteri, di samping memuliakan Rasulullah SAW dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan