web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Tunggal Guna Kain Batik Ganti Lampin Anak OKU

“Orang melihat keadaan saya seperti biasa, tetapi Allah sahaja yang tahu perasaan saya, dengan tiada simpanan, tidak pernah bekerja dan perlu menjaga keperluan bukan satu tapi tiga anak OKU,'' kata Rahimah.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 8:00AM

Rahimah Abd Karim, (kanan) mengurus keperluan anak kelimanya, Muhammad Nihal Abu Bakar yang terlantar di atas tilam di rumahnya di Taman Seri Austin, Johor Bahru. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kesusahan hidup yang membelenggu membuatkan seorang ibu tunggal terpaksa menggunakan kain batik bagi menggantikan lampin pakai buang untuk anak istimewanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) Celebral Palsy dan terlantar.

Rahimah Abd Karim, 48, berkata kaedah lama itu terpaksa digunakan untuk anak kelimanya itu, Muhammad Nihal Abu Bakar, 20, kerana ketiadaan wang untuk membeli bekalan lampin pakai buang yang telah kehabisan.

Ibu enam anak yang tidak bekerja itu, berkata Muhammad Nihal juga sudah setahun tidak minum susu khas yang sepatutnya diberikan sehingga tulang tangan kirinya kelihatan bengkok akibat kurang kalsium.

"Saya telah bercerai hampir dua tahun lepas dan bekas suami seolah-olah lepas tangan, membiarkan kami tanpa nafkah yang sewajarnya. Sewa rumah juga sudah tiga bulan tertunggak, nasib baik dua bulan sewa telah dijelaskan atas ihsan seorang saudara baru-baru ini. 

“Orang melihat keadaan saya seperti biasa, tetapi Allah sahaja yang tahu perasaan saya, dengan tiada simpanan, tidak pernah bekerja dan perlu menjaga keperluan bukan satu tapi tiga anak OKU," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Seri Austin, di sini hari ini.

Rahimah berkata selain Mohd Nihal, anak ketiganya Nurul Ain Abu, 23, merupakan OKU lembam yang kerap diserang sawan dan mempunyai penyakit kurang sel darah merah, serta Aiman Hakim, 19, yang kini belajar di sekolah khas di Kulai, manakala anak keempat Muhamad Rafiq Shah yang juga OKU meninggal dunia pada 2015, sementara anak pertama dan kedua pula telah berkahwin. 

Menurut Rahimah dia cuba berniaga kecil-kecilan dengan menerima tempahan makanan daripada rumah, tetapi disebabkan kekurangan modal usaha itu terhenti.

Kini dia bergantung sepenuhnya kepada wang bantuan Baitulmal sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 untuk menampung kos ubat-ubatan, lampin pakai buang dan makanan.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, kini dia turut diuji dengan kesihatan yang merosot dan baru menjalani pembedahan apendiks di Hospital Sultan Ismail (HSI) hujung bulan lepas, selain mempunyai ketumbuhan di rahim.

“Saya perlu kuat dan teruskan kehidupan demi anak-anak OKU saya. Muhammad Nihal perlukan rawatan susulan di HSI dan setiap kali ke hospital saya terpaksa menaiki kenderaan e-hailing kerana kereta yang ada sudah rosak. 

“Saya juga tidak mampu bayar sewa rumah dan berharap ada insan yang boleh membantu mendapatkan rumah sewa dengan kadar rendah. Saya tiada pendapatan, tetapi saya boleh memasak dan mahu kembali berniaga untuk menyara anak-anak,” katanya.

Sementara itu, kesusahan hidup Rahimah mendapat perhatian Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang mengunjungi keluarga itu dan menyampaikan sumbangan berbentuk lampin pakai buang dan susu formula khas. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia